I-XRP
XRP sedang dlm fasa akhir gelombang pembetulan kecil 4 Wang Kripto - XRP
Kapital Pasaran : $51.44 B
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan kecil 4 yang membentuk coak ' ZIGZAG' ( ABC ) akan berakhir sedikit masa dan kini menunggu pantulan pembalikan serta memulakan pergerakan di gelombang kecil 5
akan mendaki ke arah tahap fibo 200% - 261.8% untuk sasaran Gelombang Besar satu .
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% ,161% & 200%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200% - 261.8% ( Jangkaan Masa - 3-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
XRP membentuk trading range baru selepas kejatuhanSekitar 1-2 bulan lepas, ramai pula kawan yang sebelum ini tidak cakna tentang pelaburan mula bercakap-cakap tentang pelaburan cryptocurrency.
Semasa itu, harga Bitcoin serta Altcoin sedang mencanak naik.
Mungkin itu petanda harga sudah sampai di puncak dan akan jatuh bila-bila masa.
Kini, kejatuhan itu sudah jadi kenyataan. Sekarang, kelihatan seperti cryptocurrency kembali masuk ke fasa pengumpulan.
Sejak saman SEC 23.12.2021 lepas, XRP naik mendadak dan turun juga dengan mendadak mengikut skema pengumpulan-mark up-pelepasan-mark down.
Buat masa ini, trading range XRP dalam lingkungan harga 4.30 dan 3.30 (kalau di Luno, harganya berbeza sekitar 10 sen dengan tradingview).
Maka kita tunggu dan lihat dahulu.
*PENAFIAN: Ini adalah kajian persendirian semata-mata. Bukan saranan membeli / menjual
XRPUSDT - Membentuk Segitiga SimetriXRP membentuk segitiga simetri pada carta 4 jam dan kini menuju ke garis rintangan segitiga atas.
Kami menjangkakan ujian semula garis sokongan segitiga bawah. XRP akan bergerak dalam segitiga untuk beberapa lilin berikutnya sebelum pelarian.
Sekiranya anda ingin membina kedudukan di XRP, buat pesanan anda dalam lingkungan $1.35 - $1.4 dan tunggu. Sasaran untuk pelarian segitiga ini ialah $ 2.1.
XRP (Muncul Signal Kenaikan Berturut-Turut)Ripple (XRP) dilihat mencuba untuk meneruskan kenaikan setelah berjaya BDTL. Kejayaan BDTL XRP ini disokong oleh signal 'strong bullish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
Setelah berjaya BDTL, indikator stochastic RSI memberikan signal positif sekali lagi. Munculnya signal 'hidden bullish divergence' menandakan bahawa momentum penjualan adalah kuat tetapi tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, muncul pula signal 'strong bullish divergence' menandakan harga akan meneruskan kenaikan dengan menjadikan paras harga RM 5.40 sebagai support terbarunya. Sekiranya harga mampu menembusi paras RM 6.20 dan dapat bertahan di atas paras harga ini, XRP berpotensi untuk menuju ke resistance seterusnya pada paras harga RM 8.10.
Kajian ini hanya meninjau pergerakan harga pada time frame 4 jam sahaja. Kemungkinan pergerakan harga di time frame yang berbeza menatijahkan analisis yang hampir sama atau berbeza.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
XRP (Bangkit Dari Mimpi Lena)Ripple (XRP) telah berjaya BDTL setelah mengalami tekanan penjualan berturut². Signal 'strong bullish divergence' juga melihatkan momentum downtrend semakin lemah. Jika XRP mampu bertahan di atas paras RBS RM 4.80, harga berpotensi menuju ke RM 6.20 dan seterusnya ke RM 8.10. Jika harga tidak mampu bertahan di atas RM 4.80, harga berpotensi untuk jatuh ke support seterusnya pada RM 3.60.
Kajian ini hanya meninjau pergerakan untuk tf 4 jam sahaja. Kemungkinan pergerakan berbeza untuk tf yang lain.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik.
* Lower low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Tf = Time Frame.
#TAYOR #BAYOR #DYOR
XRP (Mencari Persinggahan atau Menuju Pengakhiran)Ripple (XRP) kini menerima tekanan penjualan 4 hari berturut². Kejatuhan ini juga didorong oleh signal 'strong bearish divergence' yang ditunjukkan oleh stochastic RSI. XRP perlu rebound samada di atas fibo 0.5 atau fibo 0.382 bagi meneruskan kenaikan. Jika XRP jatuh dan 'tutup' sehingga melebihi paras fibo 0.382 iaitu di bawah harga RM 5.40, XRP tidak dikira membuat retracement lagi tetapi berkemungkinan XRP membuat reversal.
Nota kaki:
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Correction / Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada sideways atau downtrend.
XRP (Berjaya Pecahkan Piring)Ripple (XRP) dilihat telah berjaya memecahkan rounding bottom atau saucer pattern. Jika XRP mampu bertahan di atas RBS iaitu RM 2.70, harga berpotensi menuju ke RM 3.50 mengikut teori rounding bottom atau saucer pattern.
Nota kaki:
* RBS = Resistance Become Support.
XRP (Percubaan untuk Mendaki)Beberapa hari ini, harga XRP dilihat meningkat setelah berjaya memecahkan (break) ascending triangle. Jika XRP mampu bertahan di atas support terbaru iaitu RM 2.00, XRP berpotensi menuju ke resistance sebelum ini iaitu RM 2.60.
Nota kaki:
* RBS = Resistance Become Support.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'ascending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
XRP ada harapan lagi ke?XRP telah melakukan kenaikan mendadak baru-baru ni, dan sudah memecahkan downtrendline. Tapi ia juga turun mendadak dan memerangkap ramai pelabur di pucuk.
Jadi masih ada harapan ke?
Chart pattern: Sedang consolidate dan membuat formasi penant dengan volume yang semakin mengecil.
RSI: Masih menunjuk ke bawah dan belum melakukan reversal atas paras 50.
MACD: Bullish, kerana menunjuk ke atas di atas paras kosong.
Ada harapan? Kalau buat reversal, memang ada harapan.
Perhatikan paras-paras support untuk peluang belian kalau masih cuak nak masuk.