Inari
Inari Menarik!Harga menghampiri resistant yang kuat.
Sudah beberapa kali mencucuk resistant 3.74.
Beberapa hari lepas membuat fake BO sebelum patah balik dan kali ni mahu mencuba lagi
Kalau berjaya BO dengan volum yang kuat, boleh dipertimbangkan.
Monthly tf menaik, Weekly tf menaik, Daily tf masih sideways.
Berpotensi untuk pecah ATH.
Kaunter ni boleh perhati rapat.
*Sekadar perkongsian pendapat.
*Bukan buy call.
*Trade at your own risk #TAYOR
INARI (Terus Berlari di atas Landasan Kenaikan)Sektor :
- Technology, Exports, Electronic, Semiconductors, OSAT.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- INARI merupakan kaunter saham pegangan beberapa institusi² (jerung) besar antaranya:
1) Kumpulan Wang Persaraan (pegangan sebanyak RM 1,370.31 juta).
2) EPF (pegangan sebanyak RM 841.93 juta).
3) AIA (pegangan sebanyak RM 522.58 juta).
4) Great Eastern Life Assurance (pegangan sebanyak RM 238.06 juta).
5) Lembaga Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 226.45 juta).
6) PNB (pegangan sebanyak RM 88.26 juta).
7) Takafulink Dana Ekuiti (pegangan sebanyak RM 70.84 juta).
- Keuntungan dan hasil (revenue) INARI juga berada dalam trend menaik dengan mencatatkan kenaikan YoY masing² sebanyak 42.68% dan 8.23%.
- INARI juga konsisten dalam pemberian dividen. Terbaru, dividen yang diberikan adalah sebanyak 6.6 sen sesaham meningkat berbanding tahun lepas, 2020 sebanyak 4.4 sen sesaham. Walaubagaimanapun, sebelum ini, INARI pernah memberikan dividen yang lebih tinggi iatu sekitar 8 sen hingga 9.8 sen sesaham.
~ Teknikal ~
- INARI berada dalam keadaan uptrend dengan membuat HHHL.
- INARI membuat trend line support sepanjang kenaikan ini.
- Muncul signal 'hidden bearish divergence' daripada stochastic RSI menandakan momentum pembelian masih tidak berjaya menaikkan harga kerana momentum penjualan masih kuat. Harga meneruskan kejatuhan dan membentuk bullish symmetrical triangle di atas trend line support.
- Terkini, INARI berjaya memecahkan bullish symmetrical triangle dengan volume signifikan.
- Jika INARI mampu bertahan di atas RM 3.350 atau trend line support, harga mampu melebihi resistance RM 3.750 dan terus membuat higher high yang baru.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras harga terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga terendah sebelumnya'.
* Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi stochastic RSI menaik.
* Lower high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
INARI MAHU MENARI?Analisis teknikal chart INARI ringkas menggunakan support dan resistance .
Harga masih menarik kerana ketika ini masih di fasa low risk sekiranya tidak menjadi. INARI sedang berada di atas trendline dan masih dalam fasa Uptrend. Menunggu masa dan catalyst untuk Breakout (BO) dan menujah keatas atau Breakdown dan jatuh ke bawah.
Kebanyakan saham teknologi di Bursa Malaysia sudah beberapa hari berehat. INARI merupakan leader dalam sektor teknologi.
Adakah INARI akan kembali mencabar ATH pada harga Rm3.75 atau patah trendline ? Masa sahaja yang akan menentukan.
Antara fakta yang menarik yang perlu dipertimbangkan adalah ketika ini di pasaran saham US sedang berada di dalam musim Quarter Earning . Mungkin ketika ini pasaran akan sedikit volatile .
INARI merupakan antara salah satu pembekal kepada APPLE. Sebarang impak kepada Quarter Earning APPLE mungkin akan mempengaruhi pergerakan harga saham INARI .
Sifir mudahnya adalah ingat APPLE , ingat INARI .
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
INARIInari dilihat telah membuat ATH pada 2 NOV dan 16 NOV yang mana harga tidak membuat new high. Dijangka Inari samaada bakal membuat sideways atau pun menurun. Kebarangkalian membuat sideways adalah lebih tinggi berikutan berita yang mana permintaan terhadap chip peranti telefon bagi menyokong fixture 5G.
INARI MASIH KAUNTER YANG UPTRENDJIka diperhatikan pada carta INARI, kaunter ini masih uptrend namun harga semasa tidak lah begitu tingi dan tidaklah begitu rendah. Jadi bagi yang ingin mebeli, boleh lah beli pada harga sokongan terdekat dan simpan sehingga anda rasa cukup dengan keuntungan yang anda dapat. Terima kasih
6 TECH 5GDISCLAIMER : Perkongsian adalah pembelajaran semata, tiada sebarang unsur xxxBUYCALLxx
Company yang ada hubungkait dengan perkembangan 5G di Malaysia.
Sedikit sebanyak company-company ini akan mendapat tempias sekiranya
ada projek untuk mengembangkan sistem telekomunikasi negara ke arah 5G.
FA - OK, Profit banyak setiap quarter dan yearly namun tidak berkembang.
TA - sedang menuju ke paras harga ALL TIME HIGH, UPTRREND STOCK
CATALYST -
Ogos - Proposed JV dengan MIT Semiconductor
REVIEW - (FA /)(TA /)(CA /)
prepare trading plan untuk pastikan entry dan exit yang terbaik
7 Jun 2020 - Buy on Dip INARIKaunter ini dalam sektor teknologi (technology) dengan sub-sektor semikonduktor (semiconductor).
Dengan unjuran permintaan global untuk semikonduktor akan bertambah seiring dengan pembukaan semula ekonomi global dan perningkatan pemintaan alatan elektronik, dijangkakan ia akan menjadi pemacu positif untuk kaunter ini.
Dari segi analisis fundamental, rating adalah neutral. Rekod pendapatan dan keuntungan dari tahun 2017 hingga kini menunjukkan penurunan.
Kaunter ini agak berat memandangkan jumlah unit saham melebihi 1 billion unit.
Number of Share: 3.244b
P/E Ratio: 31.70
ROE (%): 13.29
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA20 dan MA50. Harga perlu melepasi rintangan di MA200 untuk meneruskan kenaikan.
Harga sedang retrace dan boleh pantau (monitor) di sokongan terdekat untuk entry buy on dip.
Sokongan: 1.490
Rintangan 1: 1.640
Rintangan 2: 1.710
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #inari #teknologi #FIAR #bod #jun20
0166 INARI : Hampir Breakout Resistance Terdahulu?Ratio : 0.5 Kaunter ringan. Volume kecil mampu menggerakkan harga INARI.
Jika kekal di atas 1.910, berdasarkan analisis, Resistance seterusnya seperti berikut:-
R2 : 2.000
R1 : 1.950
Jika kekal di bawah 1.960, berdasarkan analisis, Support seterusnya seperti berikut :-
S1 : 1.920
S2 : 1.870
Cadangan CL pada 1.870/1.860