Melihat volum hari ini yang melebihi volum purataVol hari ini yang melebihi atau lebih banyak dari purata, kebiasaannya memberikan kita satu petunjuk baru, samada terdapat lebih minat belian atau terlebih minat jualan.
Kalau dah bosan melilhat carta, kali ni kita layan lihat nombor pula di penyaring tradingview.
Boleh cuba dan ubah mengikut kesesuaian atau ikut selera masing-masing.
Mac19
Anggaran tempoh masa trend menaikDengan berpandukan garis 200 dan 50 , tak kisah samada MA atau EMA, kita boleh membuat anggaran tempoh masa pergerakan harga dari permulaan kenaikan sehinggalah dia mula kepenatan.
Sebagai panduan, harga yang bergerak naik dalam sudut 45 darjah mengambil tempoh masa di antara 3 sehingga 6 bulan dan lebih.
Saya tidak ada data lengkap untuk mengesahkan maklumat ini. Tapi, silalah cuba dan lihat carta-carta lama dan buat perbandingan sendiri.
Semoga terhibur.
Melihat peluang selepas breakout ke atas garis MA/EMA 200Tempohari kita sudah melihat kepentingan garis ma/ema 200 dan fokus membuat penyaring.
Kali ini, kita lihat pula bagaimana cara berdagang dan bentuk yang selalu muncul selepas breakout ma/ema 200.
Sebagai perbandingan, saya gunakan penyaring di tradingview untuk melihat carta-carta di negara lain dan melihat adakah mereka juga berkongsi bentuk yang sama selepas breakout.
Kemaskini sektor tenaga (energy )- mencari peluangHampir kebanyakan stok berkaitan tenaga (energy) yang naik tinggi sehingga kini mula turun dan nampan tanda-tanda berhenti sebentar.
Dengan beranggapan yang hentian ini sebagai pullback pertama selepas kenaikan, kita boleh perhatian ruang-ruang untuk berdagang, terutama sekali bila bentuk lilin sudah semakin mengecil.
Templat untuk fasa cartaGunakan alat lukisan untuk membuat templat fasa carta dan letak pada carta yang kita minat. Dari situ, cuba perhatikan di manakah kedudukan carta sekarang berbanding templat yang telah kita buat tadi.
Ringkasan :
1. Menentukan fasa semasa carta
2. Fokus pada bentuk lilin yang kecil molek yang berlonggok dan "think to buy"
3. "Think to sell" bila munculnya lilin bapak besar
Semoga terhibur
Volum dan Harga - Bahagian 3Kita sampai kepada bahagian terakhir cerita volum dan harga. Kalau ikutkan, masih banyak lagi yang boleh diterangkan.
Tapi cukuplah. Yang lain mungkin boleh rujuk bahan bacaan berkaitan VSA (volume spread analysis) , VPA (volume price analysis).
Atau, boleh rujuk terus kepada video dari Mr. Martin Wong yang memang fokus pada volum dan harga. Ada kat tradingview ni, boleh like dan ikuti.
my.tradingview.com
Sembang kali ni berkaitan
1. Pentingnya kesinambungan pergerakan harga selepas kemasukan volum.
2. Kisah mak bawang dan anak-anaknya.
Semoga terhibur.
Volum dan harga - Bahagian 1Rupanya ada limit masa juga buat video. Tradingview limit kan pada 20 minit. Kira ok lah, dari dulu cuma 10 minit.
Dalam video ini saya cuba sampaikan berkenaan volum yang bagi saya satu indikator yang sangat baik untuk di gunakan.
Antaranya :
1. Kenaikan harga perlu lah seiring dengan pertambahan volum
2. Membezakan di antara volum nak bagi harga naik dengan volum tak mau bagi harga naik
3. Volum yang sangat tinggi bukan bermakna harga akan terus naik.
Nanti sambung lagi.
Garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan sokongan TRENDSebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di antara carta bullish atau carta bearish.
Kali ini, kita melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang menaik.
Kalau ada yang bertanya " berapa lama nak simpan ", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan adalah, " tunggu sampai garis MA/EMA 50 bertukar dari sokongan menjadi rintangan ".
Kenapa mesti 50 dan bukan nombor lain?
Yang ini tiada jawapan tepat. Nak tahu, kenalah cuba sendiri dan perhatikan carta-carta lama.
Tak semua carta patuh pada nombor 50, tapi hampir semua carta menaik menjadikan 50 sebagai permulaan dan pengakhiran.
Semoga terhibur.
Memahami maksud disebalik corak cartaAda dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun.
Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik.
Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal sahaja.
Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.
Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.
Fokus pada garisan melintangSambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak.
Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun.
Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil bersiap-sedia membuat pelan dagangan.
Mula dan tamatnya trend menaikHari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX memulakan trend menaik pada awal Jan 2018 sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018.
Memang betul kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah dengan peuh kasih sayang.
# ade jugak yang berkahwin memang satu, bercinta biar ramai..terpulang..
Kategorikan senarai carta mengikut teknik sesuaiJika kita menghadapi kesukaran untuk membuat penyaring yang mantap, salah satu cara terbaik adalah dengan melihat setiap carta-carta yang ada pergerakan menarik.
Gunakan bantuan penyaring dari tradingview untuk mempercepatkan senarai lihat.
Dari situ, kita boleh lihat secara visual dan mula membuat pengasingan atau kategorikan mengikut teknik-teknik yang kita telah pelajari.
Mungkin mengambil masa yang agak lama, tetapi secara tak langsung, proses begini mengajar kita untuk lebih cekap melihat, mengasingkan dan membuat pelan dagangan.
"biar lambat, asal selamat"
Nota: Dah pandai nanti barulah "biar cepat, asal untung"
Ada waktunya penyaring corak lilin memang mujarabPada 1 Mac 2019 lepas bersamaan hari jumaat, kita dikejutkan dengan kenaikan harga bagi kebanyakan carta. Pada ketika itu, muncul banyak corak lilin seperti engulfing dan marubozu.
Bergantung pada keadaan semasa carta ketika itu, kemunculan 2 jenis corak ini menggambarkan seperti ada minat belian yang menyokong harga dari turun ke bawah lagi.
Corak lilin ini memberikan kita satu kesempatan untuk membuat pelan dagangan, dengan risiko paling dekat sekitar harga terendah di mana munculnya corak lilin tersebut.