Mac19
VELESTO - garisan uptrend masih lagi validVELESTO, masi lagi fasa uptrend dan garisan uptrendline masih lagi intact.
Daripada carta, sokongan telah terbentuk pada 0.28, sekaligus pada harini harga tutup pada 0.295. Kebarangkalian untuk harga terus naik adalah tinggi, diharapkan index KLCI juga sihat.
Peringatan, key MA masi lagi sihat/healthy.
SAPURA - masih lagi sihat untuk jangka panjangSapura telah melalui koreksi jangka pendek, sokongan pendek telah mulai.
Lilin pada harini, menampakkan rejection harga tinggi, dan sokongan telah terbentuk pada 0.34, RBS 0.35. Untuk pelabur pastinya menambahkan sharenya lagi dan menahan harga daripada terus jatuh. Harga masih lagi atas EMA50.
Kita pantau utk harga seterusnya, jika harga terus maintain atas 0.34, green light utk traders/pelabur seterusnya untuk wave seterusnya..
Peringatan, QR pada hujung March ini. Jika harga terus jatuh, hint QR berkemungkinan negatif.. atau untuk pemegang saham lemah di keluarkan. Weak holder. Operator susah sikit untuk kita jangkakan..
Juga baik untuk tengok warrant.
FGV 20/03/19 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN1) Harga kaunter FGV pada tarikh 20/03/19 menunjukkan minat belian telah kembali..
2) Kenaikan harga kaunter ini juga disokong dengan volume yang kuat..
3) Kaunter ini akan lebih menarik jika mampu melepasi garisan MA 200 ??
4) Jika harga tidak berjaya melepasi garisan MA 200 maka aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian
@ kawasan lantunan harga..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
0078 GDEX : Garisan Rintangan Bertepatan Dengan FIBO?Kajian terhadap GDEX menunjukkan kebetulan yang sangat menakjubkan. Garisan rintangan yang dikaji menepati Fibo secara tidak sengaja. Ini menunjukkan garisan-garisan rintangan yang dikaji mempunyai ketepatan yang sangat tinggi. Trade GDEX berdasarkan TA. TA kata jual, ikut saja untuk mengurangkan risiko kerugian besar.
Analisis Xeostock
Xeostock TA : 14.29% (Keseluruhan (termasuk faktor2 TA lain)
TA kurang memberansangkan, untuk short term... hmm... boleh lah...
Rebound
Upper Dead Cross
RSI 60.26%
Momentum 4.40%
Xeostock FA : 24.95% (merangkumi banyak faktor)
FA tidak begitu cantik. berdasarkan analisis, tidak sesuai untuk Long Term pada pandangan saya.
Ratio: Kaunter Ringan
R1 : 0.360
R2 : 0.380
pecah R2 berkemungkinan fly laju ke atas.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
WIDAD: Sauk1) Widad menunjukkan minat belian sejak semalam dan hari ini juga minat belian itu masih ada.
2) Harga terendah pada 0.280 dan tertinggi pada 0.355.
3) Kaunter ini menarik perhatian kerana, indikator Stoch RSI telah bersilang dari bawah mencapah keatas.
4) Menandakan reversal itu bakal berlaku dalam waktu terdekat ini.
5) Jika dilihat pada indikator yang lain, masih menunjukkan pelemahan.
6) Tetapi kaunter ini cuba berada di atas MA50 dan mendekati MA20.
7) Traders boleh tunggu harga berada diatas 0.320 dan indicator Parabolic SAR bersilang ke bawah untuk ride the trends.
Emetall: Break downtrendline1) Indikator Stoch RSI telah bersilang keatas menandakan trend kenaikan akan terus berlaku.
2) Dalam masa sama, indikator Parabolic SAR juga telah bersilang ke bawah hari ini, kita boleh ride the trends selagi support SAR tidak pecah.
3) Indikator MACD juga telah bersilang dalam mencapah keatas cuma masih berada dibawah paras 0.
4) Kaunter ini masih perlu berhati-hati kerana didagangkan di bawah MA50.
5) Moving average MA10 dan MA20 masih belum bersilang tetapi melihat pada gerakannya pasti tidak lama lagi bakal bersilang.
6) Kaunter ini menarik untuk pembelian jangka pendek.
7) Perhatian lebih diperlukan kerana volume yang didagangkan dalam kaunter dianggap kecil dan tidak signifikan sangat.
FAJAR: menanti sinaran fajar1) Dapat dilihat kaunter ini kuat menahan pada 0.415 dan 0.420 selama beberapa hari.
2) Kaunter ini masih menarik kerana kenaikan harga yang signifikan disokong dengan volume yang besar pada beberapa hari lepas.
3) Pelemahan yang berlaku lebih bersifat sementara akibat profit taking activities daripada para traders.
4) Indikator Stoch RSI telah bersilang, menandakan reversal akan berlaku dalam waktu terdekat.
5) Indikator MACD juga berada diatas 0 tetapi garisannya masih menunjukkan ketidaktentuan.
6) Kaunter ini didagangkan diatas MA20 dan MA50, trend jangka sederhana dan jangka panjang dalam dalam keadaan bullish.
7) Sangat menarik lagi kerana volume kering hari ini.
HUAAN: Candle hammer tu1) Kaunter ini memebentuk candle reversal, hammer pada hari ini dan diingatkan hari ini juga adalah T4.
2) Indikator MACD masih diatas paras 0 dan masih mencapah keatas.
3) Tetapi dilihat pada indikator Stoch RSI, kaunter ini seperti akan kebawah dulu atau melakukan sideways.
4) Dilihat pada MA20 juga sudah terlalu jauh dengan candle.
5) Seharusnya candle akan cuba mendekati MA20 dan sebelum melakukan rebound dan meneruskan kenaikan seterusnya.
6) Kaunter ini masih ok kerana terdapat kemasukan volume besar yang lepas dan tiada tanda penjualan yang besar.
7) Boleh tunggu untuk beberapa hari lagi, jika harga terendah 0.245 itu mebentuk support yang keras, maka boleh membuat pembelian awal.
8) Bagi risk averse traders boleh tunggu harga pecah rintangan pada 0.300 dan membuat kenaikan seterusnya.
IFCAMS: Biar retrace dulu1) Kaunter ini semestinya akan meneruskan penurunan setelah kenaikan yang banyak setelah sekian lama.
2) Jika dilihat pada indikator MACD, garisan MACD dan signal telah bersilang kebawah dan menujukkan arah penurunan yang ketara.
3) Indikator Stoch RSI juga menunjukkan pelemahan yang ketara dan menuju kebawah.
4) Para traders boleh tunggu pada fibo retracement dan candle membentuk support.
5) Selagi harga tidak turun lebih daripada MA50, kaunter ini masih dalam radar.
6) Tiada tanda-tanda penjualan besar-besaran, pelemahan yang berlaku lebih kepada proses profit taking daripada para traders.
GFM: Percubaan menahan harga1) Bagi pengamal chart pattern, kaunter ini dilihat seperti membuat bullish pennant.
2) Dalam masa sama, dapat dilihat kaunter cuba menahan tidak pecah daripada harga 0.510.
3) Indikator MACD berada diatas 0 dan telah bersilang garisan MACD dan signal nya.
4) Indikator Stoch RSI pula menunjukkan kelemahan menuju ke bawah lagi.
5) Tetapi moving average MA10 telah bersilang dengan MA20, menandakan jangka pendek, trend akan melakukan kenaikan lagi.
6) KAunter ini boleh masuk watchlist dulu, mungkin minggu depan baru beraksi.
70 Selagi harga tidak pecah 0.510 kaunter ini masih okay untuk diintai.
Zecon: Nak tutup gap dulu1) Kemasukan volume besar dengan kenaikan candle jarum sebatang, menjadikan kaunter ini semestinya tidak boleh diabaikan.
2) Pada pengamatan saya, kaunter ini akan cuba untuk menutup gap dahulu, sebelum meneruskan kenaikan.
3) Para traders boleh tunggu pada fibo retracement.
4) Kaunter ini masih menarik, kerana didagangkan diatas MA20 dan MA50.
5) Bagi indikator MACD, garisan berada diatas paras 0 dan mencapah keatas menunjukkan momentum dan trend itu ada.
6) Indikator Stoch RSI pula belum bersilang dan nampak akan ke bawah lagi.
7) melihat pada gerakannya, pasti tidak lama lagi bakal bersilang dan berlaku reversal.
AHB: Selagi atas support1) Pengujian support keras pada 0.145 berlaku sebanyak 2 kali sebelum ini.
2) Kaunter ini menarik kerana kemasukan volume belian yang besar pada 15 Mac lepas.
3) Para traders boleh tunggu pada T4 selagi harga tidak pecah 0.145, memang menarik kaunter ini.
4) Bagi risk averse traders, boleh tunggu harga pecah rintangan 0.155.
5) Indikator MACD berada diatas 0 dan telah bersilang garisan MACD dan signal.
6) Indikator Stoch RSI juga dalam bullish momentum.
7) Moving average MA10 telah bersilang MA20 semalam dan bersilang MA50 pada hari ini, menandakan trend jangka sederhana dan panjang dalam trend menaik.
8) BAgi indikator Parabolic SAR, telah bersilang ke bawah pada 15 Mac lepas, kita boleh ride the trends selagi tidak pecah paras support SAR tersebut.
Garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan sokongan TRENDSebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di antara carta bullish atau carta bearish.
Kali ini, kita melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang menaik.
Kalau ada yang bertanya " berapa lama nak simpan ", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan adalah, " tunggu sampai garis MA/EMA 50 bertukar dari sokongan menjadi rintangan ".
Kenapa mesti 50 dan bukan nombor lain?
Yang ini tiada jawapan tepat. Nak tahu, kenalah cuba sendiri dan perhatikan carta-carta lama.
Tak semua carta patuh pada nombor 50, tapi hampir semua carta menaik menjadikan 50 sebagai permulaan dan pengakhiran.
Semoga terhibur.
EVERGREEN: Bakal hijau sehijaunya1) Sejak 1 Mac sehingga kini, dapat dilihat minat belian yang berterusan bagi kaunter ini dan tiada penjualan yang besar berlaku.
2) Paras sokongan terendah bagi kaunter ini adalah pada 0.345 dan rintangan seterusnya pada 0.395.
3) Bagi indikator MACD, garisan MACD dan signal telah bersilang, cuma masih berada di bawah paras 0.
4) Indikator Stoch RSI berada pada paras 70, momentum build up dan bakal meneruskan kenaikan.
5) Jika harga dapat tutup diatas MA50, pada 0.385 maka kaunter ini sangat menarik untuk didagangkan.
6) Bagi risk averse trader, boleh tunggu kaunter didagangkan diatas rintangan pada 0.390.