Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.
Mac19
EMAS (GC): Analisis ringkas minggu ke-3 Mac 2019Setakat ini struktur instrumen emas masih lagi menaik. HL baru telah dibentuk tetapi belum menembusi 2 HL sekaligus.
Satu petanda teknikal menarik pada indikator MACD boleh dilihat iaitu ''MACD Convergence'' di mana harga membentuk HL tetapi histogram MACD membentuk 'lower low' (LL). Ini menunjukkan penurunan harga hanya sementara atau pengambilan keuntungan. Bagaimanapun, jika HL ditembusi, struktur telah bertukar menjadi menurun.
KLCI: Kemaskini analisis teknikal minggu ke-3 Mac 2019Indeks sedang berada pada paras sokongan penting. Pada masa sama, indikator berikut menyokong pertahanan daripada terus menurun:
1) awan Ichimoku
2) paras Fibo Retracement 61.8%
3) histogram MACD yang semakin menaik.
Indeks perlu terus kekal berada di atas paras 1680 untuk mengembalikan semula momentum kenaikan.
5205 SENDAI : Penjualan Berterusan? Baru-baru ini salah seorang pemegang saham besar SENDAI telah menjual pegangan sahamnya.
Saya yakin saham SENDAI akan terus jatuh pada minggu hadapan. Support kuat SENDAI pada 0.550 telah dipecahkan. Saya yakin harga akan jatuh sekurang-kurangnya ke paras 0.525 dan seterusnya ke 0.500.
Jika harga tidak dapat bertahan pada paras 0.500, berkemungkinan harga akan mencari 52W L.
Peluang bagi mereka yang mempunyai akaun IDSS untuk SHORT.
Semoga banyak keuntungan dapat dilakukan.
17-Mac-2019: WTI menghampiri 50% fibo dan apa yang akan berlaku PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:WTICOUSD
Analisa: (Analisis Chart 1D)
1. Jika merujuk kembali kepada analisis pada 6-Mac-2019 yang lepas, ternyata WTI dan berjaya memecahkan channel yang pergerakan harga sebelum ini.
2. Trendline masih meghala ke atas.
3. Pergerakan pada carta 1D jelas menunjukkan harga semakin menghampiri paras 50% fibo
4. MA semasa menghala ke atas dan harga berada diatas MA merah(masih kuat untuk ke atas - untuk jangka masa pendek)
3. MACD juga masih berada diatas paras 0 dan membentuk crossing.
4. RSI masih berada di dalam zon 50-70 (uptrend)
Jangkaan:
1. Harga dijangka akan naik sehingga 59.++ (rasanya telah berjaya dicapai minggu lepas)
2. Reaksi pasaran perlu diperhatikan samaada berjaya naik atau ia akan turun semula ke upper band channel yang dilukis sebelum ini.
3. Menilai daripada MACD dan RSI, kita menjangkakan akan berlaku pergerakan keatas namun perlu diingat, jumaat lepas candle ditutup dengan DOJI. ini menunjukkan pasaran sedang ingin membuat keputusan.
4. Perhatian juga perlu diberikan pada news CRUDE OIL INVENTORI pada rabu ini memandangkan pasaran sering beraksi apabila news sebegini diumumkan.
Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (intraday @ short swing) saya melihat masih ada peluang untuk harga naik keatas berdasarkan carta 1 Hari
2. Berdasarkan analisis asas TA, walaupun harga berada pada zon bullish namun ianya masih lagi belum meyakinkan untuk mengatakan harga akan terus naik.
3. Saya lebih suka untuk menunggu terlebih dahulu di paras 50% fibo...dan sekiranya MCAD dan RSI semakin kebawah saya akan mencari peluang untuk SELL...
4. Sekiranya terdapat momentum yang kuat menghala ke atas pada paras 50% fibo... saya akan melakukan scalping singkat dan menyasarkan paras 61.8%
Kemana arah tuju HatalegaHartalega menarik untuk diperhatikan buat short term trader.
Harga terkini sedang rebounce dan menuju ke arah RM5.
Sekiranya ia berjaya melepasi harga pivot yang terdekat iaitu pada harga RM5.225, saham ini akan meneruskan kenaikan
pada pivot yang seterusnya.
Atau sebaliknya jika tidak berjaya melepasi garisan trendline di sekitar harga RM5, saham ini
akan berlaku penurunan berdasarkan descending triangle chart pattern
POH HUAT Tampak KonsistenPOH HUAT RESOURCES HOLDING BHD telah pun melaporkan Penyata Kewangan bagi Suku Tahun pertama 2019 dengan mencatatkan nilai Jualan yang meningkat berbanding Suku Tahun sebelumnya iaitu Suku Tahun ke 4 untuk tahun 2018. Dengan peningkatan daripada RM189,508,000 kepada RM197,058,000 merupakan permulaan yang baik. Walaubagaimanapun menjadi kebimbangan pelabur fundamental dengan peningkatan jualan tidak menyumbang kepada peningkatan keuntungan, malah terdapat penyusutan dari RM20,860,000 kepada RM15,263,000. EPS turut menyaksikan penyusutan dari 9.50 kepada 6.94.
Berdasarkan Laporan Kewangan Suku Tahun Pertama, kestabilan operasi perniagaan boleh diukur melalui Quick Ratio Poh Huat dilihat memberansangkan dengan kadar sebanyak 1.356, Poh Huat tidak memiliki sebarang masalah untuk melunaskan tanggungan yang dimilik pada bila - bila masa. Risiko kebankrapan syarikat juga dilihat hampir tiada dengan tidak memiliki sebarang Hutang Jangka Panjang. Oleh itu, Debt to Equity Ratio tidak perlu dinilai buat masa ini.
Dari aspek Teknikal Analisis pula, trend menunjukkan uptrend bermula sekitar Oktober 2018. Berjaya memecahkan Ichimoku terus menolak candlestick atas awan Ichimoku menandakan tahap keyakinan pelabur adalah tinggi. Walaubagaimanapun, pelabur dinasihatkan untuk menunggu buy signal dari indicator memandangkan RSI Stochastic telah bergerak ke arah oversold. Sekiranya candlestick masih boleh bertahan di atas Ichimoku, POH HUAT boleh diletakkan di bawah WATCHLIST anda.
17-Mac-19: NAS masih kelihatan BullishPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
Analisa: (berdasarkan carta 4H)
1. Trend keseluruhan menampakkan kenaikan(Trendline Putih)
2. MA semakin mengembang ke atas dan masih menunjukkan uptrend.(Setelah bermain disekitar MA kuning)
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 70 (Uptrend)
4. MACD berada diatas 0
5. Untuk minggu lepas harga seolah-olah bermain di dalam channel selama seminggu dan sekarang bermain di lower band channel.
Jangkaan:
1. Melihat daripada trendline, menampakkan yang market masih lagi belum menunjukan tanda2 untuk berpatah balik ke bawah (buat masa ini)
2. Harga pula masih berada di atas MA dan tidak ada momentum untuk turun buat seketika, ini kerana dia nya tidak berjaya memecahkan garis MA kuning.
3. RSI masih lagi berlegar didalam kawasan uptrend dan ini menambahkan keyakinan bahawa harga masih akan naik untuk mencari R1 dan R2.
4. Melihat pada MACD, terdapat cross pada signal namun cross ini berada di atas paras 0 dan hanyalah menunjukkan penurunan sementara dan menampakkan pasaran masih mencari momentum untuk ke atas.
5. Harga pada jumaat lepas masih melantun di channel lower band dan lower band ini selari dengan garisan MA...ini menandakan ianya adalah support yang sangat kuat.
6. Sila berikan perhatian kepada NEWS pada hari KHAMIS yang mungkin boleh mempengaruhi pergerakan keselurahan pasaran US.
Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (Intradaya & Short Swing) secara keseluruhan, saya melihat pasaran masih dalam keadaan BULLISH.
2. Namun beberapa indicasi awal perlu diberikan perhatian terutamanya channel dimana ianya adalah penentu kepada pergerakan 18/3/2019 - 22/3/2019
3. Harus diingat juga terdapat satu news yang tidak kurang hebat pada minggu ini iaitu FOMC dan news ini dijangka mampu memberikan impak kepada pergerakan keseluruhan. Sekiranya terdapat momentum besar-besaran memecahkan channel ke bawah, ini mungkin akan menyebabkan arah pasaran bertukar. Namun sekiranya lantunan berlaku dengan momentum pasaran dijangka boleh melonjak sehingga ke R2
4. Apa-apa pun secara peribadi saya menasihatkan jangan melawan trend, cari peluang untuk BUY, JANGKA MASA SINGKAT
GKENT: Sokongan pada 1.10, 1.00 dan 92 senGKENT telah mengalami fasa pengagihan (distribution) sejak Januari 2019. Ini lebih diterukkan lagi apabila harga tidak dapat berdagang di atas MA200 dengan stabil, dan pecah ke bawah pada Jumaat lepas. Sokongan penting terkini untuk GKENT adalah 1.10, 1.00 diikuti dengan 0.92 sen.
Bearish bias intact.
FGV: Pecah 1.110 bakal ke 1.07, 0.965Sawit sekarang terpalit dengan isu dengan EU. FGV telah menunjukkan kesan isu tersebut apabila kenaikkannya berhenti pada 28 Feb bulan lepas. KIta bakal menyaksikan lebih banyak kejatuhan harga saham FGV sekiranya sokongan 1.110 pecah. Anggaran harga kejatuhan seterusnya adalah 1.07 dan 0.965.