Mac19
KEMASKINI :FBMKLCI : Membuat Reversal Trend, EMA 200 Halangan Pasaran kemungkinan akan membuat keadaan mendatar sebelum meneruskan kenaikan atau meneruskan kejatuhan. Kalau diikutkan kepada carta harian, pasaran akan bergerak mendatar di area BL sebelum membuat percubaan kedua untuk memecahkan halangan tertinggi 1732 mata. Itu adalah kemungkinan dan kalau pasaran memberi reaksi positif, maka pasaran akan pergi lebih jauh. Mungkin juga pasaran membuat 2@3 kali percubaan sebelum memecahkan halangan. Namun, tiada katalis atau penunjuk pasaran yang baru yang positif untuk memacu pergerakan harga. Kita harap pasaran mampu bergerak jauh. Untuk masa sekarang, bagi saya, pasaran perlu lebih perlu diperhatikan dan jaga pengurusan kewangan kita.
TNB sedang menguji paras sokonganTNB merupakan salah satu kaunter pemacu indeks KLCI. Jadi menarik untuk diperhatikan kerana ia mempengaruhi naik turun indeks. Naik turun indeks pula mempengaruhi mood pedagang dan pelabur secara amnya.
TNB mencatat kerugian suku yang pertama setelah 7 tahun. Apakah perkara ini akan membuatkan pelabur menjauhkan diri atau masih optimis dengan masa depan TNB. Carta dapat menunjukkannya.
Lihat pada carta bulanan. Kita dapati ia berada di sokongan Tenkan. Dan ia juga berada di fibonacci retracement 0.618 (nisbah emas).
Jika dilihat pada candle pula, (1) ia membentuk bayangan bawah yang panjang. Ini merupakan isyarat bullish reversal yang pertama. Iaitu berlakunya penolakan kepada bearish. (2) ia membentuk corak candle bullish harami. Namun ia turun kembali ke paras terendah candle (1). Ini bermakna kedua-dua isyarat tersebut masih belum terbukti palsu.
Isyarat ini akan terbukti palsu apabila harga jatuh melepasi paras terendah candle (1). Jika itu berlaku, kita boleh menjangkakan harga TNB akan mula junam dan bertukar menjadi downtrend. Ini sedikit sebanyak akan turut mempengaruhi pergerakan indeks KLCI.
Yang menarik untuk diperhatikan juga adalah slow stochastic berada di paras oversold. Adakah ia menunjukkan harga telah sampai di lantai? Ataupun ia menunjukkan permulaan momentum bearish?
Garis Signal MACD masih berada di atas paras 0. Menunjukkan ianya masih dalam keadaan bullish (tren major) tapi sedang sideways (tren minor).
Paras sokongan patah atau mampu bertahan? Sama-sama kita perhatikan.
Indeks DJIA: Analisa ringkasIndeks DJIA merupakan indeks yang menjadi panduan bagi arah tuju KLCI. Mungkin akan turun sedikit dahulu sebelum melantun di:-
1) paras rintangan menjadi sokongan dan
2) garis kipas gann
Harga masih berada di atas awan Ichimoku dan sedang mencuba garis EMA50. Bayangan seakan 'Cup & Handle' juga dapat dilihat buat masa ini.
0098 BAHVEST : Adakah Perlu 'DUDUK' atau 'LARI'? RSI telah memasuki fasa overbought. Saya menjangkakan akan berlakunya retracement sebelum stock ini mendaki semula. Jika anda seorang 'swinger' yang telah membeli daripada bawah, HOLD juga tiada masalah. Namun jika anda seorang intraday trader, perlu berjaga-jaga beberapa hari akan datang ini kerana kelihatannya akan berlaku retracement.
For mid term, berdasarkan fibo, sy yakin beberapa hari lagi BAHVEST akan test di 0.725 . masukkan dalam watchlist anda. sama-sama kita saksikan, jika ada cukup momentum untuk BAHVEST memecahkan 0.725 dan fly lebih tinggi.
Daripada segi FA berdasarkan analisis sy untuk pertumbuhan 5 tahun BAHVEST, markah yg sy berikan adalah 81.25%.
Berdasarkan analisis Company Growth selama 5 tahun. Nilai BAHVEST masih berada di paraas undervalue.
Ratio: Ringan
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.665
Resistance 1 : 0.680 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.725 (+-0.005) - perlu lebih 20 juta untuk pecahkan R2 dengan buyrate 77% ke atas.
Resistance 3 : 0.755 (+-0.005)
Sy yakin jika ada volume sekurang2nya 24 juta dengan buyrate maintain di atas 82%, besar kemungkinan akan pergi lebih daripada 0.755.
Jika harga kekal di bawah 0.665
Support 1 : 0.650 (+-0.005)
Support 2 : 0.575 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
PERDANA: Jual jika pecah MA20 Perdana sebenarnya telah mengeluarkan signal trailing stop selepas pecahnya sokongan 310 & kini menyediakan peluang kemasukkan baru. Dengan mengandaikan ia masih mempunyai bullish sentiment, PERDANA mungkin mampu rebound di atas MA20. Tetapi, mengikut petunjuk yang ada, ramai pemegang PERDANA ingin menjualnya. Kemasukkan pada harga 290 dianggap kurang berisiko dengan sokongan MA20 pada harga yang sama. Sekiranya ia bolos, pelabur perlu pastikan ia tidak mampu tutup di atas MA20 lagi untuk sahkan jual rugi.
NEXTGREEN dalam saluran NGGB masih dalam salurannya. Sekiranya rintangan 0.540 pecah, ia mampu menarik minat belian baru. Tetapi sekiranya NGGB mampu tutup di bawah 470, NGGB akan 'trigger' satu gelombang jualan. Entry paling selamat adalah di sekitar 470, dengan jual rugi pada 460. Target ambil untung pada 540/545.
Mula dan tamatnya trend menaikHari ini kita berkongsi lihat bagaimana carta SUPERMAX memulakan trend menaik pada awal Jan 2018 sehinggalah trendnya tamat pda Jul 2018.
Memang betul kata orang, berkahwin biar satu. Jaga lah dan belailah dengan peuh kasih sayang.
# ade jugak yang berkahwin memang satu, bercinta biar ramai..terpulang..
10-Mac-2019: PEMBELAJARAN 1 - SOP NEWBIE (Trendline & SNR)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Saya ingin berkongsi sedikit kaedah kajian yang saya sering gunakan. Ianya adalah kaedah asas namun sangat berharga untuk dikongsi dan dipraktikkan. Sedia maklum ini adalah kaedah untuk PEMULA (Newbie/zerobie) untuk sekurang-kurangnya boleh menentukan hala tuju pasaran sebelum mereka membuat keputusan.
Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk kita berkongsi pendapat dan kaedah kajian masing-masing. Walaupun ini cuma asas, even you dah lama trade, sekiranya anda gagal tentukan halatuju pasaran... still juga akan tersungkur dengan market.
Baiklah kita mulakan dengan STEP berikut;
1. Tandakan Trendline
Mula2 lihat pada trend keseluruhan pada TF 4 H dan tandakan arah dengan menandakan trendline. Ianya sangat penting untuk mendapatkan gambaran awal kemana hala tuju pasaran.
2. Tandakan Support & Resistant (SNR)
Langkah ini penting untuk mendapatkan gambaran kemana harga boleh pergi dan apa yang boleh dijangkakan...mungkin akan ada pergerakan turun naik di kawasan harga tersebut.
benda yang selalu jadi persoalan bila nak tanda SnR... "nak tarik kat mana" sebenarnya tiada tempat spesifik nak tanda pun... semua bergantung pada keselesaan dan pengalaman individu.... jadi x yah kita nak judge dan berbalah cikgu in ajar salah , cikgu tu ajar betul... sbb selagi dia BOLEH WITHDRAW so betul la tu... jadi nya saya share kaedah daripada salah seorang cikgu sya dan apa yang saya amalkan:-
Menanda SnR ni kita kena tgk dari kiri ke kanan... ni yang dikatakan HISTORY REPEAT ITSELF
Selepas itu kita tandakan dan namakan garisan yang telah ditandakan seperti dibawah:-
TAHNIAHHHHH.... anda dah hampir berjaya lalui stage 1. Jadi selepas kita berjaya tandakan garisan macam mana pulak nak tau "betul ka apa aku tanda ni..." dia ada dua kaedah, kaedah visual dan fibo. Untuk permulaan kita guna kaedah visual ja dlu... fibo akan di terangkan dalam sesi lain. So cuba kita perhatikan lukisan kita, kita akan nampak banyak candle akan berlegar disekitar garisan yang kita lukis tadi. Oleh yang demikian makanya... inshaallah lukisan kita dah betul la tu.... boleh rujuk gambar dibawah:-
3. Kesimpulan
- Jangan sekadar melihat, salin la nota ya... mgkn kita tgk lukisan org...."eleh senang ja" tapi cuba buat, tgk boleh ka tak...
- sila praktik dan conteng2 la chart tu dulu... inshaallah boleh mahir... jangan la nk lompat ke fibo,CP,CL selagi korang x mahir menconteng.
PERFECT PRACTICE MAKE PERFECT
- Kita akan sentuh berkenaan fibo dalam pembelajaran akan datang.
-Semoga perkongsian ini memberi manafaat.
Berikut adalah lukisan penuh yang telah dihasilkan
10-Mac-2019: Pergerakan NAS dan Jangkaan Minggu hadapanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
Analisa: (berdasarkan carta 4H)
1. Trend keseluruhan menampakkan penurunan.
2. MA semakin mengembang ke bawah dan menandakan pergerakan semakin trending.
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 30, zon downtrend.
4. MACD berada dibawah paras 0
5. Zon harga yang ditandakan pada chart kelihatan sangat signifikan dan kuat.. memandangkan kebanyakan harga bermain di sekitar kawaasan tersebut.
Jangkaan:
1. Apabila berlaku pergerakan drastik pada khamis lepas, ramai menjangkkan akan berlaku penurunan terus dan mereka mengatakan pasaran mula CRASH.
2. Namun ini tidak berlaku kerana ini merupakan impak sementara daripada news.
3. Dari segi teknikal parasan dilihat semakin tenat dan memungkinkan akan berlaku kejatuhan pada minggu hadapan.
4. Harus di ingat, pasaran tidak akan bergerak terus menerus tetapi akan mengambil masa dengan membuat pendakian sementara sebelum meneruskan terjunan.
5. HARUS di ingat, terdapat satu news pada hari sabtu 9/3/2019 (SEMASA PASARAN TUTUP) mungkin akan menyebabkan volatility yang melampau pada Isnin ini dan boleh menyebabkan pelabur2 kecil panik.
Strategi / trading plan:
1. Secara keseluruhan saya melihat peluang untuk melakukan SELL pada minggu ini.
2. TP dan SL boleh dinilai sendiri melalui kaasan yang ditandakan, sila gunakan kaedah SnR untuk sahkan keputusan anda.
3. Perhatikan pergerakan harga dan bersedia apabila harga memasuki zon yang ditandakan, anda boleh masuk dengan lot yang kecil (jaga MM)
4. Untuk lebih selamat tunggu pengesahan pasaran dengan melihat candle yang terbentuk.
5. Tak perlu terkejar-kejar market dan masuklah dalam keadaan selamat.
LIONIND: Beli selepas mempunyai trendPara pedagang boleh melihat dengan jelas bahawa Lionind sekadar berlegar-legar di sekitar MA20. Ini menunjukkan bahawa LIONIND masih belum mempunyai uptrend yang kuat. Walaupun begitu, kemasukan volume yang agak banyak pada 7 Mac perlu diberi perhatian. Consolidation breakout pada 0.610 perlu berlaku untuk wujudnya satu momentum belian kuat yang baru.
FBMKLCI : BBMA+TRENBAND : Mode Mendatar Sebelum JatuhKLCI berada dalam mode mendatar bagi carta bulanan. Seperti kebiasaan, sebelum naik atau menurun, kebiasaannya dalam keadaan mendatar. Tapi dalam hal ini, KLCI berada dalam range BL50 tetapi stoch telah menunjukkan penurunan. Kalau pasaran tidak mampu bertahan di kawasan EMA 50, saya jangkakan dia akan menuju EMA200 utk membuat pembetulan besar-besaran. Kemudian pasaran akan membuat keputusan untuk terus jatuh atau naik namun ia akan tertumpu juga kepada perkembangan ekonomi dunia semasa.
ECRL trading idea #1 - IJMMenurut laporan The Edge Market, IJM dan GBG dijangka mampu memegang kerja-kerja subkontrak untuk bahagian timur Semenanjung Malaysia sekiranya ECRL diteruskan. Dari sudut teknikal, IJM Corp telah memecahkan rintangan pergerakan purata 200 hari untuk berada di tahap sekarang. Sekiranya RM 2.07 pecah, IJM mampu bergerak ke RM 2.32 diikuti dengan RM 2.49.
Monitor untuk break out.
DAYANG - Masih tidak mengecewakanDayang baru2 ini menarik minat ramai pelabur dan pedagang, dan telah mencatatkan kenaikan lebih daripada 150% setakat ini selepas melaporkan QR yg agak baik.
TP tertinggi MIDF, iaitu RM 1.3 juga pecah.
TP seterusnya pada RM 1.9-2.0
Kedua2 RSI dan Stoch kini berada dlm overbought area.
Menjangkakan correction atau short consolidation sebelum naik kembali.
Kita tunggu pada correction? atau layan trend sampai, habis :)
- EMA50 & SMA200 yg menaik, pastinya contoh stok yg terbaik
ACOSTEC - bullish untuk short termACOSTEC menunjukkan tanda-tanda positif seakan ada pemulihan dari segi laporan kewangan.
carta menunjukkan suatu perkembangan positif, kelihatan harga terendah dalam jangkauan 30sen telah berlalu dan minat belian adalah sangat tinggi selepas kejatuhan tersebut. ianya kini berapa diaras MA100 - rujuk carta mingguan - suatu berita baik
untuk short term, harga mungkin akan mencuba paras R1, Jika berjaya menembusi paras tersebut, maka kaunter ini dijangka akan naik lebih tinggi. Jika tidak berjaya, mungkin short term retracement hingga S1. namun begitu, jika S1 ditembusi, maka paras sokongan seterusnya ialah S2.