Trend CHGP bakal berubah?CHGP baru melepasi ke atas garisan trend menurun pada paras 0.360 dan tutup pada paras 0.365. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.350. "Trendband" merah kelihatan semakin mengecil dan "trendband" hijau kecil kelihatan sudah muncul menunjukkan kaunter ini bakal berubah trend. "Candle" kuning juga sudah muncul. Kaunter ini perlu melepasi rintangan awan Ichimoku untuk meneruskan kenaikan. Resistance pada 0.380 dan 0.400.
Mac19
GDB dalam fasa pengumpulan?Sepanjang 7 minggu ini, harga GDB kelihatan bermain sekitar 0.255 sehingga 0.280. Support bagi kaunter ini kelihatan kukuh di paras 0.255. Kaunter ini baru melepasi awan Ichimoku. "Trendband" masih berwarna hijau menunjukkan kaunter ini masih lagi dalam trend menaik. Resistance pada 0.280.
CCK dan QRWalaupun keputusan kewangan sukuan keempat CCK tahun ini dinisbahkan dengan tahun 2017 (YoY) mencatatkan penurunan sebanyak -55.1%, harga CCK kelihatan tidak terjejas kerana masih mampu bertahan di atas "trendband" hijau lagi. Selepas pengumuman dibuat pada 25 Februari, berlaku sedikit penjualan panik pada pada 26 Februari menyebabkan berlaku "gap down" pada harga 0.605 sebelum jatuh ke paras terendah 0.575. Namun kaunter ini berjaya naik semula bermula jam 9:30 pagi sehingga dapat tutup semula "gap" pada jam 10:30 pagi. Akhirnya ia dapat kembali semula ke paras tertinggi 0.665 semasa tutup pada hari tersebut. Walaupun keputusan sukuan tahun ke tahun YoY mencatatkan penurunan yang banyak, keputusan sukuan QoQ masih berada di paras yang sama. Hasil jualan juga masih berada di atas 151 juta ringgit.
Bermain dengan garisanAntara peralatan lukisan yang sesuai digunapakai untuk mencari potensi entri adalah garis tren menurun (downtrendline).
Penggunaannya sangat mudah, tetapi perlukan pergerakan harga yang sesuai.
Boleh rujuk pada video nanti.
Potensi lebih baik jika harga bergerak dalam tren menaik atau menurun dan kurang sesuai jika harga masih tido lena (melintang).
Semoga terhibur.
Penerangan Script Trendband Naked - trailing stopSaya buat satu tambahan - cadangan trailing stop berdasarkan breakout lilin yang muncul di carta.
Secara umum,
- jika harga masih di atas garis trailing stop, carta masih bullish atau positif.
- jika harga berada di bawah garis trailing stop, berkemungkinan menuju bearish atau sedang membuat pembetulan.
Boleh digunakan sebagai potensi keluar dagangan atau potensi membeli jika muncul signal baik punyer.