Mac19
GTRONIC - minat belian bermulaGTRONIC telah jatuh sekian lama, pelabur-pelabur mula kembali menunjukkan minat untuk membeli kaunter ini. indicator berada dalam keadaan oversold merupakan waktu terbaik untuk membeli.
Entry: Harga semasa atau lebih rendah. perhatikan esok atau tunggu T+4
Target: R1
Stoploss: S1
Maksimum waktu pegangan (jika tidak naik) 10 hari.
peluang trade dufudufu sekarang kita boleh nampak tengah buat sideway.
walaupun sentimen tak berapa baik, tapi harga tidak membuat kejatuhan menunjukkan mereka2 yang lemah iman sudah berjaya dikeluarkan pada hari2 sebelum ini.
tahap risiko agak rendah.
jika dufu membuat kenaikan, kita boleh sasarkan 1.75 dan 1.9
semoga berjaya
GKENT - tunggu breakoutGKENT sedang bergerak dalam trading channel yang sempit. mungkin harga akan turun dahulu mencuba S1 sebelum ia melantun balik dalam channel R1/S1.
Jika harga berjaya menembusi R1 dengan volume yang kuat, boleh buat entry dengan jangkaan harga mungkin akan mencuba paras R2 stoploss pada R1 (Resistance become Support)
Apakah TNB sudah berada di harga diskaun terbaik?Di atas adalah carta mingguan Tenaga. Kali ini ia sedang menguji paras sokongan buat kali ke-3.
MACD semakin mengecut menandakan momentum bearish mula berkurangan.
Volume juga semakin mengecut. Tiada lagi pembuangan berlaku.
Ia juga membuat corak descending atau falling wedge dan hampir ke penghujung menanti samaada, breakout ke atas atau breakdown. Corak falling wedge biasanya lebih cenderung kepada breakout ke atas dan sambung bullish.
Apakah sudah sampai masa yang sesuai untuk melabur ke dalam saham Tenaga? Keputusan di tangan anda sendiri.
Huaan apakah sudah membuat base yang sah?Huaan dilihat bermain di 0.245 - 0.265. Ini adalah kawasan sokongan.
Price juga berada hampir dengan garis Kijun Ichimoku. Kijun bertindak sebagai paras sokongan dalam Ichimoku.
Volume pula kelihatan makin bertenang. Satu tanda positif. Tekanan jualan hampir tiada kerana price bertahan dan volume kurang.
Cuma MACD menunjukkan hampir cross ke bawah. Ia boleh jadi akan cross ke bawah ataupun terus pantul balik ke atas.
Keseluruhannya ia masih positif. Jika melepasi 0.265 ia merupakan signal untuk sambung kenaikan. Manakala jika turun melepasi 0.245, ia menandakan huaan belum ada base yang kuat.
7017 KOMARK : Meneruskan Pendakian?Ulasan ringkas:
Berdasarkan analisis yang dilakukan, KOMARK kelihatan akan meneruskan pendakian pada hari ni. Immediate Resistance R1 pada 0.305. Bergantung kepada sentimen market bursa juga. Jika market tidak begitu baik, berkemungkinan akan berlaku profit taking.
bermaz autopada 14 march, harga bauto telah gap up dan naik tinggi kerana quarter report yang positif.
walau bagaimanapun, kenaikan itu tidak dapat bertahan dan para pelabur telah melakukan pejualan.
jika harga pecah support 2.3, harga akan menutup gap dan turun hingga ke paras 2.55 dan jika tekanan jualan masih kekal, harga boleh turun keparas 2.12
tapi ia akan mengambil sedikit masa.
support = 2.3~2.25
destiniharga dah turun banyak dan memasuki zon kena rebound.
kalau tak boleh rebound dan pecah 27sen, ada channce nak turun lagi.
secara amnya, posisi harga sekarang agak rendah risiko kerana dekat dngan support. cuma jangan masuk teru, pastikan ada volum pembelian yang masuk supaya lebih selamat.
semoga berjaya
bolehkah ifcams bertahan.jika dilihat pada heiken, sesi penjualan masih berterusan. masih bearish.
stokastik juga menunjukkan ada ruang lagi untuk turun.
walaubagaimanapun, ia telah mendekati paras suport di 40sen.
kalau macam ni gayanya, kena tunggu dia test suport tu sama ada bertahan atau pecah ditekan.
baik tunggu dan lihat buat masa sekarang.