E&O - Gagal untuk breakoutSektor:
- Property, management and operations of hotels and restaurants,investment in residential and commercial properties
Idea analisis:
DARI SUDUT TA
- E&O gagal untuk memecahkan paras harga 0.585. Ramalan mungkin E&O akan berehat seketika mencari support 1 atau support 2 untuk rebound semula.
- E&O sudah membuat kenaikkan sebanyak 65% dan kemungkinan akan berehat seketika untuk menyambung semula kenaikkan.
- Volume divergence kelihatan- tanda kelemahan.
- Namun, sekiranya minat belian bertambah, kemungkinan besar E&O akan memecahkan paras 0.585.
DARI SUDUT FA
- Revenue dan pendapatan bersih syarikat mengalami penurunan. Kemungkinan disebabkan musim COVID19 membantut perkembangan syarikat.
- NTA RM 1.22 - Undervalue stock
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
Mac21
Apa seterusnya1. Harga tutup di atas DTL. Menarik jika dapat terus kelas di atas DTL dan memecah garisan tengan BB
2. Stochastic sudah bersilang dan berada di kawasan OS
3. RSI masih kurang tenaga tapi kelihatan mendongak ke atas.
4. Menanti kenaikan volume jika ramai yang berminat untuk menolak harga ke atas
-Newbie belajar-
Melantun atau menurun1. Harga sudah bocor MA200
2. Stochastic berada dikawasan OS
3. RSI masih kekurangan momentum dan berada di bawah 50
4. Seakan membentuk corak bullish butterfly jika terus membuat penurunan mencari sokongan di harga 0.335
Cukup kuat kah untuk membuat lantuntan atau terus membuat penurunan sama-sama kita perhatikan.
-Newbie belajar-
Boleh diperhati1. Harga seakan selesai membuat pullback dan melantun di garisan FIBO 0.618
2. Sokongan terdekat 0.30 dan rintangan terdekat 0.375 dan 0.485
3. Stochastic sudah membuat silangan ke atas dan RSI berada di atas paras 50
4. Untuk lebih selamat boleh diperhatikan sekiranya harga berjaya memecah DTL dan garisan tengah BB sekitar 0.35-0.36
-Newbie belajar-
Minetec: Petanda ke atas?Corak Butterfly telah lengkap dan sekarang harga sedang membuat pembalikan ke atas
FCPO: Menanti ''breakout'' dari falling wedgeHarga betul-betul berada pada resistance
Kemungkinan untuk harga breakout dari falling wedge dengan gap up amat tinggi kerana kenaikan harga semalam pada soyabean oil
Apabila harga breakout dari falling wedge atau apa-apa jenis chart pattern, apa yang perlu dibuat ialah tunggu retracement dahulu, selalunya di dalam komoditi harga akan bermain di sekitar rintang menjadi sokongan sebelum meneruskan kenaikan
BTC (Berehat Sebentar atau Jalan Terus?)Sebelum ini, Bitcoin (BTC) telah beberapa kali rebound di atas MA 50 dan kali ini, BTC berjaya rebound di atas MA 50 sekali lagi. Harga dilihat menuju ke paras resistance sebelum ini iaitu RM 250,000. Berkemungkinan harga akan berehat dahulu dengan pullback tidak melebihi MA 50 sebelum rebound dan memecahkan resistance. Harga juga mungkin tidak akan berehat dan mungkin akan terus breakout dengan memecahkan resistance.
Nota kaki:
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Resistance = Rintangan atau bumbung harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
FBMKLCI (Nyawa-Nyawa Ikan)FBMKLCI hari ini ditutup pada paras RM 1573.51 dengan penyusutan sebanyak -2.22% berbanding harga ditutup semalam. FBMKLCI dijangka menuju ke 'support area' pada paras RM 1560 - RM 1570. Jika harga tembus atau jatuh melebihi paras 'support area' ini, harga berkemungkinan akan menuju ke support seterusnya pada paras RM 1450.
MA 200 juga perlu diperhatikan. FBMKLCI sekarang masih uptrend untuk long term kerana harga masih berada di atas MA 200 tetapi penurunan terendah hari ni telah menyentuh MA 200. Adakah FBMKLCI mampu bertahan di atas MA 200?
Nota kaki:
* Support = Sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.