5257 CARIMIN - Permulaan Rally?Volume telah mula masuk bermula daripada penghujung hari semalam? Anda perasan tak? Hari ini, sebentar tadi pada 9.19 AM, telah berjaya mencapai harga RM 0.760. Pada pendapat saya, jika buy rate mampu kekal di atas 50% hingga ke penghujung 'trading time', sy yakin petanda untuk Carimin memulakan rally telah bermula.
5257 CARIMIN
Ratio: 1.4 (bawah 3.0 dianggap ringan)
Jika harga kekal di atas 0.700
TP1 : 0.720
TP2 : 0.840
Jika buy rate kekal di atas 60% dengan volume sekurang-kurangnya sebanyak 22 Juta, saya yakin mampu memecahkan harga syiling 0.840 dan meneruskan kenaikan.
Jika harga kekal di bawah 0.760
Supp1 : 0.735
Supp2 : 0.620
Di bahagian support, boleh monitor sama ada akan rebounce atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Supp2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.