CCK - Pullback ke MA50Kajian Kaunter CCK
Kaunter Telur
Kaunter ini melakukan pullback namun kelihatan candlestick pattern hammer terbentuk dengan Significant Volume pada hari dagangn 27 Sept 2023.
Boleh perhatikan jika kaunter ini mampu bertahan di atas MA50 dan meneruskan kenaikkan atau sebaliknya
#BAYOR #TAYOR
Titik Pivot
E&O - Pullback ke RBS ?Kajian Kaunter E&O
Kaunter ini kelihatannya masih mempunyai momentum kerana masih mampu untuk bertahan di atas Tenkan dan juga MA20.
Volume jualan juga kelihatan tidak tinggi dan pullback ini juga masih terkawal.
Boleh perhatikan jika paras RBS di 0.660 mampu bertahan.
#BAYOR #TAYOR
KNM - Permulaan reversal yang baru ?Kajian Kaunter KNM
Secara keseluruhannya kaunter ini kelihatan masih berada di dalam Downtrend yang panjang.
Namun kelihatan kenaikkan kali ini berkemungkinan sebagai tanda kecil untuk kaunter ini memulakan gerak untuk reversal.
Paras confirmation untuk dilepasi adalah pada Pivot 0.325.
Boleh perhatikan untuk jangka masa panjang.
#BAYOR #TAYOR
UEMS - Masih meneruskan kenaikkanKajian Kaunter UEMS
Sebelum ini kelihatan seperti kaunter ini akan melakukan pullback.
Namun sebaliknya, kaunter ini masih meneruskan kenaikkan yang bertenaga.
Kelihatan indikator AO menunjukkan kenaikk ini bermomentum
Boleh perhatikan kaunter ini untuk peluang belian atau untuk selamat boleh tunggu untuk kaunter ini pullback di paras selamat sebelum membeli.
#BAYOR #TAYOR
MESTRON - ATH baruKajian Kaunter MESTRON
Menarik untuk perhatikan kaunter ini, kenaikkan yang bertenaga dan berjaya bertahan di atas Tenkan.
Kaunter yang berjaya untuk bertahan di atas Tenkan boleh dianggap sebagai kenaikkan yang bermomentum.
Boleh perhatikan kaunte ini untuk jangka masa panjang
#BAYOR #TAYOR
MKLAND - Kenaikkan bertenaga dengan VolKajian Kaunter MKLAND
Kaunter ini dengan susunan Moviang Average yang menarik sebelum ini telah berjaya untuk melakukan kenaikkan.
Selain itu, Volume juga kelihatan masuk dengan significant telah membantu kaunter ini untuk melakukan kenaikkan. Hal ini boleh dikaitkan dengan minat belian yang menarik dari kaunter ini.
Paras 52WH seterusnya adalah pada 0.295 dan harga psikologi di 30sen.
Boleh perhatikan kaunter ini jika mampu untuk melepasi paras ini.
#BAYOR #TAYOR
CENSOF - Permulaan Reversal ?Kajian Kaunter Censof
Sektor Teknologi
Kaunter ini telah melepasi paras MA200 pada hari dagangan 12 Sept dengan Volume yang agak tinggi.
Ini boleh dijadikan tanda tanda awal untuk kaunter ini menukar trend.
Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang
#BAYOR #TAYOR
SPSETIA - Nampak menarikKajian Kaunter SPSETIA
Percubaan untuk melepasi Upper Channel sebelum ini tidak berjaya.
Namun pullback kali ini kelihatannya masih mempunyai kekuatan di mana kelihatan volume semakin berkurang yang berkemungkinan juga selling pressure juga telah berkurang.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
MKLAND - Percubaan di DTL 2014Kajian Kaunter MKLAND
Kaunter ini telah berjaya keluar dari DTL 2014. Ini adalah satu tanda positif dari kaunter ini.
Namun, pada kebiasaaanya setelah keluar dari paras ini kaunter itu akan melakukan percubaan di paras DTL ini semula sebelum meneruskan kenaikkan.
Paras ini harus bertahan untuk kaunter ini meneruskan kenaikkan.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
VELESTO - Nampak menarik, DTL pendekKajian Kaunter VELESTO
Susunan Moving Average yang menarik dan juga DTL pendek antara perkara yang terlihat pada kaunter ini.
Namun harus diperhatikan juga paras Rintangan di 0.270 dan 0.280 yang agak kuat dan harus ditembusi.
Boleh perhatikan untuk jangka masa panjang
#BAYOR #TAYOR
UEMS - Pullback ?Kajian Kaunter UEMS
Kaunter ini telah mendaki ke paras Fibo 3.618 dengan sangat bertenaga.
Berkemungkinan juga kaunter ini akan pullback untuk menguji paras support, RBS atau mungkin paras Moving Average.
Atau mungkin juga kaunter ini akan sideway sahaja
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR