Pullback
NAIM (5073) - BERMAIN DENGAN TRENDLINE (31/07/2020@11:16AM)NAIM HOLDINGS BERHAD (5073)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 500,743,000
PUBLIC FLOAT %: 30.38%
SYARIAH: YES
NAIM telah mengalami kejatuhan yang besar bermula daripada puncak harga RM1.41 sehingga mencapai paras harga terendah RM0.335 dalam masa sebulan dan mula membuat reversal selepas itu. Setelah mencapai harga RM1.06 pada 13/07/2020, harga mula membuat correction. Jika diperhatikan, NAIM suka bermain dengan garisan uptrendline dengan menjadikannya sebagai support utama.
Pada Khamis (30/07/2020), harga membuat pullback setelah berjaya bertahan pada harga support trendline (RM0.805). Harga tutup pada paras RM0.880. Harga belum berjaya membolosi garisan minor downtrend dan halangan terdekat iaitu 0.885.
Jika dilihat daripada paras Fibonacci Retracement, harga berada 1 bid di atas garisan 0.500%. Garisan MA200 juga kebetulan berada pada paras harga RM0.885.
Agak menarik untuk diperhatikan pada minggu hadapan. Adakah NAIM berjaya meneruskan kenaikan atau tidak... 😁
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
ACO Cubaan Membuat PullbackACO memantul (rebounce) di garisan EMA50 dan bertahan selama beberapa untuk tidak bocor. Permulaan untuk membuat signal pullback. Jika dimasukkan indicator Bollinger Band, candle ACO ditutup diatas middle bollinger. Jika berjaya membuat pengesahan pullback, ACO berpotensi untuk mencari semula aras tertinggi sebelum ini iaitu di aras 0.705. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
EFORCE Chart Pattern Yang Menarik dan BerpotensiEFORCE sebelum ini membuat pertukaran trend selepas membuat trend menurun (downtrend) selama dua tahun. Breakout dengan volume yang kuat seterusnya membuat kenaikkan seketika disokong oleh momentum yang kuat. Setelah itu, EFORCE berehat dan membuat pembetulan harga (retracement) dan mengumpul tenaga selama dua bulan. Pada Jumaat lepas, candle EFORCE telahpun melintasi ke atas aras EMA50 dan EMA200 serentak. Signal belian dan pullback yang cukup kuat untuk meneruskan pendakian ke atas mencari aras tertinggi yang baru (higher high). Aras rintangan / target harga adalah di 0.560 dan juga 0.745. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
KGROUP Bakal Memulakan Gelombang Kenaikkan Yang SeterusnyaKGROUP pada hari ni telah mengesahkan signal pullback disokong oleh volume yang kuat dan juga volume breakout. Jika dilihat dari chart di atas, KGROUP berpotensi membuat pattern surf Bollinger Band dan aras target adalah di 0.140. Jika berjaya memecahkan aras 0.140, KGROUP akan meneruskan kenaikkan untuk mencari higher high yang baru. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran). Jemput lawat website kami di www.tradercorner.my
LKL Masih Uptrend, Bullish dan Dalam Cubaan Meneruskan PendakianLKL masih diatas garisan menaik (uptrend) dan nampak seperti sudah selesai membuat retracement dan bersedia untuk meneruskan pendakian mencari aras higher high yang baru. QR report LKL yang baru dikeluarkan minggu lepas pun nampak kuat dan menarik. Aras yang perlu dipecahkan adalah di aras 0.620 dan jika berjaya dipecahkan, boleh jadikan aras sokongan RBS. Selagi berjaya bertahan di atas 0.620, LKL berpotensi untuk kembali mencari aras 0.855. Jika berjaya memecahkan aras 0.855, LKL akan meneruskan pendakian mencari aras tertinggi (higher high) yang baru. Jika reject 0.855 atau tidak berjaya sampai 0.855 dan membuat penurunan, kena berhati-hati kerana LKL mungkin akan membuat pattern double top. Sama -sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Dah tinggi ? Cuba playback dan hafalSelalu kita dengar dah tinggi, dah tinggi,tunggu pullback, tunggu retrace, tunggu oversold..menyebabkan kita jadi takut nak layan carta yang "nampak naik tinggi"..ada mental block kat situ..
Saya cadangkan, bukak mana-mana carta dan gunakan fungsi pullback untuk kembali ke masa "dah tinggi" tu..
Ingat dan hafalkan ciri-ciri harga ketika breakout, ketika pullback, ketika breakout sekali lagi dan ketika kita kata dah tinggi sangat..
IRIS Nampak Seperti Sudah Bersedia Untuk Meneruskan PendakianIRIS telahpun memecahkan garisan menurun 2 tahun sebelum, turun seketika membuat retracement dan hari ini membuat pullback disokong oleh volume yang kuat. IRIS merupakan antara syarikat yang sedang membida kontrak National Integrated Immigration System (NIIS) yang bernilai RM1.8 billion. Aras rintangan untuk IRIS adalah di 0.195 dan juga 0.245. Hari ini juga telah muncul anak panah persilangan antara EMA50 dan EMA200. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
ADAKAH ARBB Telah Bersedia Untuk Membuat Pullback?ARBB telahpun memecahkan garisan menurun 4 tahun (4yr DTL) dengan jayanya dan membuat pendakian sebelum turun membuat retracement. Adakah ARBB telah bersedia untuk membuat pullback dan memulakan pendakian untuk mencari higher high yang baru? Kita tahu bahawa ARBB merupakan kaunter UPTREND kerana telahpun memecahkan garisan DTL 4yr. Selain itu, ARBB juga merupakan kaunter yang mempunyai fundamental yang bagus. Sama-sama kita perhatirapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
RSAWIT Nampak Seperti Sudah Bersedia Untuk Bergerak Ke AtasRsawit sangat menarik untuk diperhatikan. Sedang dalam fasa pembetulan harga sebelum ini dan pada hari ini terlahpun ditutup dengan reversal candle yang kuat dimana ianya membuat pantulan (rebounce) di middle Bollinger Band dan disokong oleh volume yang kuat (volume breakout). Secara teorinya, Rsawit telah bersedia untuk membuat pullback dan meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi. Jika dilhat pada indicator Bollinger Band juga, Rsawit berpotensi untuk membuat pattern surf Bollinger Band. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
MINETEC Adakah Sudah Bersedia Untuk Gelombang Menaik Seterusnya?Minetec sedang dalam fasa pembetulan harga (retracement) setelah membuat pendakian yang cemerlang sebelum ini. Hari ini ditutup cantik dimana ianya ditutup dengan candle doji yang membuat rebounce di middle Bollinger Band. Sangat menarik untuk diperhatikan minggu hadapan. Jika berjaya memecahkan garisan hitam dan juga volume breakout, maka secara teorinya Minetec membuat pengesahan membuat pullback untuk pendakian untuk gelombang menaik yang seterusnya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
GDEX Adakah Cukup Kuat Untuk Meneruskan Kenaikkan?Minggu lepas GDEX telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) dan EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Seterusnya berehat beberapa hari membuat retracement tetapi kuat bertahan di atas aras EMA50 dan hari Selasa 14 March 2020 telah muncul candle hijau dan siang tadi (Rabu, 15 March 2020) closed dengan candle doji. Adakah esok akan muncul sebatang candle hijau untuk membuat pengesahan kepada pullback GDEX da seterusnya meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi? Sama-sama kita follow rapat ya. Sediakan trading plan siap-siap. (Sekadar kajian dan pembelajaran).