yuzieyusoff2

NAIM (5073) - BERMAIN DENGAN TRENDLINE (31/07/2020@11:16AM)

MYX:NAIM   NAIM HOLDINGS BHD
NAIM HOLDINGS BERHAD (5073)

SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 500,743,000
PUBLIC FLOAT %: 30.38%
SYARIAH: YES

NAIM telah mengalami kejatuhan yang besar bermula daripada puncak harga RM1.41 sehingga mencapai paras harga terendah RM0.335 dalam masa sebulan dan mula membuat reversal selepas itu. Setelah mencapai harga RM1.06 pada 13/07/2020, harga mula membuat correction. Jika diperhatikan, NAIM suka bermain dengan garisan uptrendline dengan menjadikannya sebagai support utama.

Pada Khamis (30/07/2020), harga membuat pullback setelah berjaya bertahan pada harga support trendline (RM0.805). Harga tutup pada paras RM0.880. Harga belum berjaya membolosi garisan minor downtrend dan halangan terdekat iaitu 0.885.

Jika dilihat daripada paras Fibonacci Retracement, harga berada 1 bid di atas garisan 0.500%. Garisan MA200 juga kebetulan berada pada paras harga RM0.885.

Agak menarik untuk diperhatikan pada minggu hadapan. Adakah NAIM berjaya meneruskan kenaikan atau tidak... 😁

#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.