RGTECH-EP RM 0.38/0.385JIka melihat kepada carta hari ini 2/6/23, Kaunter RGTECH telah pun berada di dalam situasi beli dalam keaddan lemah . Dari segi teknikal, harga untuk masuk kaunter CAMRES ialah pada RM0.38/RM 0.385
Harga beli (Buy) = RM0.38/RM0.385
Jual sekiranya harga turun (Cut loss) = 0.355
Harga jual sekiranya untung (Target price) = RM 0.41
(Ini adalah idea dagangan sahaja. Sebarang risiko kerugian/kehilangan wang tidak di tanggung oleh penerbit idea)
Rgtech
RGTECH Masih Sah Berada pada Gelombang ketiga1. RGTECH pada corak gelombang dilihat masih berada pada gelombang ketiga. Sesuai untuk pedagang jangka panjang atau sederhana.
2. Petunjuk SMI menunjukkan garis biru sudah merentasi garis merah kebawah menandakan minat jualan agak besar sejak beberapa hari. Bagaimana pun ia boleh dilihat sebagai pembetulan kecil sebelum meneruskan kenaikan.
3. Menurut fibo, boleh ambil untung pada 0.66 untuk lebih selamat, manakala jika harga menurun bawah pada paras 0.45 boleh potong rugi kerana kemungkinan ia mengubah kearah downtrend ada.
4. Menurut corak lilin, doji yang dihasilkan mempunyai potensi untuk membuat kenaikan pada isnin ini. Jika permintaan lemah, ia akan membuat sedikit lagi pembetulan sehingga 0.46 atau paras sokongan kedua pada 0.435.
Kawasan masuk: 0.46 - 0.48
Ambil untung: 0.66
Potong Rugi: 0.45
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.
RGTECH - Kajian Arah Tuju 2022Dari segi QR tidak lah bagus sangat. Tapi konsisten untung walaupun tidak banyak. Yang terkini keuntungan hanya 0.5 Juta.
Dari segi EW, kalau dilihat pada time frame lebih besar iaitu carta mingguan, saya dapati ia sedang menuju ke gelombang besar ke 3.
Di time frame besar saya biasanya suka merujuk kepada carta garisan (line chart).
Pada bulan Disember 20, ia telah melengkapkan subwave daripada wave 3, lalu ia membuat pullback ke garisan resistance lama iaitu 0.405, yang mana apabila di lihat kepada line chart di Time frame mingguan, ia adalah harga penutup pada minggu pertama IPO bermula pada Julai 2018.
Kemudian ia membuat penurunan mendadak dan naik semula ke garisan resistance tersebut dan reject semula ke bawah selama beberapa kali tetapi tidak berjaya memecahkan dan tutup harga di atas garisan tersebut.
Pada Nov 21, harga berjaya memecahkan garisan resistance 0.405 dan pull back semula ke garisan itu pada Disember 21. Setelah itu harga terpantul ke atas semula . Ada kemungkinan ia telah habis wave 2, tapi ada kemungkinan juga ia masih dalam proses correction untuk membuat pattern flat, atau ia ada kemungkinan juga untuk meneruskan terus ke destinasi terakhir wave 3 pada harga 0.650, lebih kurang sama dengan harga tertinggi pada harga pertama IPO.
Kajian di carta harian saya dapati ia sudah menyiapkan satu pergerakan impulsive, ada kemungkinan sekarang ia dalam perjalanan utk membuat subwave 2 of wave 3, yang mana kita masih belum tahu correction bakal berakhir di mana. ada kemungkinan ia akan turun lagi untuk membentuk kaki C (Flat Pattern) sebelum naik ke wave 3. tapi kalau ia berjaya bertahan di line support sekarang iaitu 0.455 dan membuat lantunan harga ke atas, ada kemungkinan ia akan terus naik ke atas untuk meneruskan perjalanan ke subwave 3 of wave 3.
Sekiranya masuk di harga sekarang , CUTLOSS jika harga close di bawah 0.455, ada kemungkinan ia akan turun membentuk kaki C.
Sekadar kajian saya, bukan BUY CALL signal.
RGTECH Gelombang Kombo berganda telah berakhir Sektor : Teknologi
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Setelah gelombang besar 2 Pembetulan kombo berganda WXY berakhir & ketika ini sedang mula menunggu momentum baru sebelum membuat pembalikan menaik ke permulaan gelombang besar tiga
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 23.6% , 38.2% - 61.8%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 38.2%-61.8% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Rgtech lama menyepiKajian TA :
1) Telah lama sideway
2) Line telah merapat
3) Macd telah bersilang dan berada di atas garisan 0 ( GC1 )
3) Ema5 telah besilang dengan midd bb ( GC2 )
4) Rsi nampak menarik untuk meneruskan momentum
5) Vol turut melangkau vol sebelumnya
6) Jika dapat BO 0.380 nescaya akan pergi ke 40sen
6) Kaunter ini salah satu yang menyediakan digital servis
7) gunakan gann chart untuk mengetahui SnR
Ini adalah kajian semata-mata untuk tujuan pembelajaran. TIada saranan untuk membeli dan menjual.TAYOR !!!!
RGTECH (0202) : Menguji Rintangan Terdekat Sektor: Penny Stocks, IPO, Technology, Digital Services
1. Kaunter yang menunjukkan petanda kenaikan berpandukan MACD bersama EMA Cross. Stochastic sebagai pengesahan kenaikan.
2. Namun begitu, kaunter ini masih dalam fasa pengumpulan yang panjang selagi tidak memecahkan rintangan 0.440 untuk peluang dalam trend kenaikan. (uptrend)
3. Cadangan dagangan singkat: apabila rintangan 0.375 berjaya dilepasi atau pantau minat belian pada 8 Feb 2021, bullish candle di atas EMA7 dalam TF15.
#Sekadarpandanganperibadi
#TAYOR
RGTECH Cubaan Kembali Ke Harga LahirRGTECH dilahirkan dipertengahan tahun 2018 yang lalu dan malangnya, terus koma dihari lahir. Kini, setelah 2 tahun, RGTECH kembali mendaki ke harga hari lahir iaitu pada harga 0.500. Jika dilihat pada pattern segitiga, RGTECH telahpun memecahkan pattern segitiga dan juga rintangan kuat di 0.380. Aras rintangan terdekat adalah di 0.420 dan seterusnya jika berjaya pecah, RGTECH akan cuba untuk kembali mencuba rintangan harga lahir, Andai berjaya pecah, kita dapat melihat RGTECH mendaki ke aras yang lebih tinggi, secara teorinya. Indicator Ichimoku juga menunjukkan RGTECH sedang bullish. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
RGTECH NAK BANGUN DARI TIDO KE?+++++++++++++
TECHNICAL
+++++++++++++
1. SOKONGAN DI 0.320
2. HALANGAN PERTAMA DI 0.385
3. HALANGAN KEDUA DI 0.420
4. HALANGAN KETIGA DI 0.440
.
+++++++++++++
CHART PATTERN
+++++++++++++
- NONE
.
+++++++++++++
ULASAN
+++++++++++++
- SHORT TERM TRADE
- Entry? Cari best entry dalam kotak di highlightkan tersebut. TRADE AT YOUR OWN RISK.
.
+++++++++++++
RISK REWARD RATIO
+++++++++++++
Jika entry 0.340 dengan target 0.415 dan cut loss 0.310 RRR --> 1:2.50
.
=========
DISCLAIMER
==========
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari MAHERSAHAM.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing. Trade what you see not what you want to see.
RGTECH sejarah mungkin berulang (pak cik kayor)RGTECH merupakan salah satu kaunter JEWEL RHB 2020 jadi boleh buat kajian kenapa RHB senaraikan kaunter di dalam list mereka. Berdasarkan sejarah RGTECH telah beberapa kali memberikan sebatang lemang. Berkemungkinan beliau akan sambut raya dalam masa terdekat boleh WL. Beliau telah berada di atas garisan fib382 dan volume juga telah menaik. Jika dimasukkan EMA 50 dan Bollinger bands dapat kita lihat beliau kuat bertahan di atas EMA50 dan telah pon berada di atas garisan Mid BB. Stochastic juga telah cross up manakala MACD hampir2 cross up(harapnya berjaya melepasi awan ichi + MACD cross up). Klu nak masuk lebih selamat di atas 350. R 385/440. S 325. Sediakan trading plan masing2. Sekadar kajian dan pembelajaran.
#Market bukan kita punya
28 Jun 2020 - RGTECH Menanti Pecahkan Triangle?Kaunter ini dalam sektor teknologi dengan sub-sektor perkhidmatan digital.
Dari segi analisis fundamental, rating neutral.
Jumlah saham: 525.20 juta
P/E Ratio: 34.21
ROE (%): 7.85
Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Garisan MA20 menjadi rintangan terdekat.
Paras rintangan 0.390 merupakan rintangan yang kuat dan sejarah menunjukkan rintangan ini merupakan paras trend reversal untuk kaunter ini.
Harga pernah pecahkan paras 0.390 dan selepas itu terus menurun. Corak symmetrical traingle juga dilihat terbentuk.
Sekiranya ada breakout triangle ini, ada potensi untuk teruskan kenaikan.
Indikator stochastic RSI di paras oversold.
Sokongan: 0.300
Rintangan 1: 0.245
Rintangan 2: 0.370
Rintangan 3: 0.390
Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.
#mahersaham #rgtech #jun20 #FIAR
RGTECH Chart Pattern Cup & Handle. Menarik Untuk DiperhatikanRGTECH telah melengkapkan pattern cup & handle dan sedang dalam perjalanan untuk mendaki keatas. Pada hari ini, 24 April 2020, Rgtech telah memecahkan aras rintangan terkuat iaitu di aras 0.290 disokong oleh volume yang kuat (volume breakout). Apa yang lebih menarik, Rgtech juga memecahkan aras EMA200 pada hari ini. Secara teorinya, kaunter yang memecahkan aras EMA200 dengan candle solid (marubozu) dan disokong oleh volume yang kuat akan meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi dan boleh jadikan aras EMA200 sebagai aras sokongan yang kuat. Selagi berada diatas EMA200, akan punya cukup kekuatan terus mendaki ke atas. Aras target yang pertama adalah aras neckline pattern cup & handle di 0.385 dan jika dapat di pecahkan, aras target long adalah di 0.580. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Adakah RGTECH Telah Bersedia Untuk Meneruskan Perjalanan Menaik?RGTECH telahpun berjaya memecahkan kotak pengumpulan dan dalam masa yang sama melintasi aras EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Terdapat satu aras rintangan di 0.290 yang perlu dilepaskan. Jika berjaya dilepaskan, RGTECH mempunyai cukup kekuatan untuk mengubah trend kepada trend menaik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar Kajian dan Pembelajaran).
RGTECH Breakout Aras Rintangan Kuat dan Potensi Terus NaikRGTECH memecahkan aras ringtangan yang kuat di 0.275 dan ditutup dengan solid candle di aras 0.280, disokong oleh volume yang kuat. Aras rintangan yang perlu dipecahkan seterusnya adalah di aras 0.285 dan jika berjaya pecah dan kekal di atas 0.285, potensi target harga berdasarkan fibonachi retracement adalah di aras 0.320. Rgtech juga berjaya naik dan ditutup didalam channel baru bollinger band dan berpontesi untuk surf upper BB jika berjaya memecahkan rintangan 0.285. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. Cuma kaunter ni, pergerakan agak slow dan memerlukan tahap kesabaran sederhana. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
RGTECH royal candle munculRGTECH royal candle (candle kuning) muncul menunjukkan telah berlaku breakout daripada narrow band daripada indicator PBO iaitu breakout upper band pada nilai 0.03. NIlai 0.03 menunjukkan kedudukan Bollinger Band telah sempit antara upper band dan middle band. Selain daripada breakout upperband, candle kuning akan muncul apabila volume average hari breakout lebih tinggi daripada sebelumnya 2 kali ganda, menunjukkan minat belian sudah ada. Ketika ini RGTECH sedang menyentuh 2 resistance, resistance yang pertama life line EMA50 dan resistance kedua upper channel. Sekiranya berjaya melepasi 2 resistance ini, dijangkakan kaunter ini akan ke resistance seterusnya iaitu pada harga 0.295. Support terkuat bagi kaunter ini ialah pada harga 0.235.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
RGTECH melepasi harga tertinggi dalam sebulan- Kaunter RGTECH telah melepasi harga tertinggi dalam sebulan setelah melepasi 2 rintangan, rintangan pertama iaitu rintangan turtle pada harga 0.285 dan rintangan kedua iaitu garisan hijau iaitu 0.290. (petunjuk candle bewarna hijau)
- Setelah melepasi rintangan tersebut, harga 0,285 menjadi Resistance Become Support.
- RGTECH perlu berada diatas garisan hijau untuk kekal bullish.
- Signal PBO juga memberi isyarat BUY.
- Signal DUCKS hampir memberi isyarat BUY
- Target Price terdekat pada fibo 0.236 pada harga 0.330
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!