ChannelTrend

RGTECH royal candle muncul

MYX:RGTECH   RADIANT GLOBALTECH BERHAD
RGTECH royal candle (candle kuning) muncul menunjukkan telah berlaku breakout daripada narrow band daripada indicator PBO iaitu breakout upper band pada nilai 0.03. NIlai 0.03 menunjukkan kedudukan Bollinger Band telah sempit antara upper band dan middle band. Selain daripada breakout upperband, candle kuning akan muncul apabila volume average hari breakout lebih tinggi daripada sebelumnya 2 kali ganda, menunjukkan minat belian sudah ada. Ketika ini RGTECH sedang menyentuh 2 resistance, resistance yang pertama life line EMA50 dan resistance kedua upper channel. Sekiranya berjaya melepasi 2 resistance ini, dijangkakan kaunter ini akan ke resistance seterusnya iaitu pada harga 0.295. Support terkuat bagi kaunter ini ialah pada harga 0.235.

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.