ichivergence_hunter

RGTECH Chart Pattern Cup & Handle. Menarik Untuk Diperhatikan

MYX:RGTECH   RADIANT GLOBALTECH BERHAD
RGTECH telah melengkapkan pattern cup & handle dan sedang dalam perjalanan untuk mendaki keatas. Pada hari ini, 24 April 2020, Rgtech telah memecahkan aras rintangan terkuat iaitu di aras 0.290 disokong oleh volume yang kuat (volume breakout). Apa yang lebih menarik, Rgtech juga memecahkan aras EMA200 pada hari ini. Secara teorinya, kaunter yang memecahkan aras EMA200 dengan candle solid (marubozu) dan disokong oleh volume yang kuat akan meneruskan pendakian ke aras yang lebih tinggi dan boleh jadikan aras EMA200 sebagai aras sokongan yang kuat. Selagi berada diatas EMA200, akan punya cukup kekuatan terus mendaki ke atas. Aras target yang pertama adalah aras neckline pattern cup & handle di 0.385 dan jika dapat di pecahkan, aras target long adalah di 0.580. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.