Bursa George Kent (M) BhdAnalisa ini dibuat berdasarkan timeframe Weekly->Daily->H4, trend menaik sejak kejatuhan pada bulan March tahun lalu.
Jikalau dilihat dengan "Line Chart", nilai adalah sangat jelas bergerak di dalam Channel dan nilai terakhir penutupan iaitu RM 0.755 kini berada di garisan "Support & Resistant Weekly/ Daily"
.
____________________________________________________
📌 PENAFIAN 📌
Post ini bertujuan sekadar untuk perkongsian sahaja. Tiada dalam post ini harus ditafsirkan sebagai isyarat & nasihat kewangan atau pelaburan anda.
Rujuk penasihat kewangan profesional atau buat keputusan anda sendiri dalam bidang pelaburan atau kewangan.
____________________________________________________
Sahammalaysia
Bursa TH Heavy Engineering BerhadPotensi buy pada nilai RM 0.110 - 0.095, untuk dipuratakan pada nilai RM 0.08 - 0.065.
.
* 𝑃𝐸𝑁𝐴𝐹𝐼𝐴𝑁: 𝑃𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎. 𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 ℎ𝑎𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑓𝑠𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑖𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡, 𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛. 𝑅𝑢𝑗𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛.
Bursa VSOLAR Group Berhad*𝑃𝐸𝑁𝐴𝐹𝐼𝐴𝑁: 𝑃𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎. 𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 ℎ𝑎𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑓𝑠𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑖𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡, 𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛. 𝑅𝑢𝑗𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛.
Bursa Seacera Group BerhadBoleh lock position dengan buy pada harga terakhir zon pullback selepas lonjakkan pada awal pagi pembukaan pasaran Jumaat lalu. Zon nilai RM 0.240 berpotensi untuk buy jikalau pasaran membuat penurunan lagi Isnin depan. Untuk shorterm TP / TP terdekat adalah pada RM 0.335.
.
* 𝑃𝐸𝑁𝐴𝐹𝐼𝐴𝑁: 𝑃𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎. 𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 ℎ𝑎𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑓𝑠𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑖𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡, 𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛. 𝑅𝑢𝑗𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛.
Bursa EA Holdings Berhad Adakah nilai syarikat digital ini akan bersinar tidak lama lagi? Lagi² pada dunia yang semakin canggih dengan teknologi & digital ini dimana syarikat seperti ini amat diperlukan. Nilai saham berada diantara RM 0.045-0.010 sejak 2019 sehingga tahun lalu. Kenaikan harian ini membentuk 3-drive, penurunan berkemungkinan akan berlaku sebelum tanpa ia nilai akan sambung kenaikan terus.
*𝑃𝐸𝑁𝐴𝐹𝐼𝐴𝑁: 𝑃𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑜𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎. 𝑇𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑜𝑠𝑡 𝑖𝑛𝑖 ℎ𝑎𝑟𝑢𝑠 𝑑𝑖𝑡𝑎𝑓𝑠𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑖𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡, 𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑢𝑎𝑙 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛. 𝑅𝑢𝑗𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑟𝑜𝑓𝑒𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑏𝑢𝑟𝑎𝑛 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑘𝑒𝑤𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛.
ELSOFT Bergelut Untuk Graduasi Daripada Saham SenElsoft, kelihatan bergelut untuk keluar daripada kategori saham sen (saham bawah RM1). Secara keseluruhan, saham semikonduktor yang terdapat dalam pasaran saham Malaysia, kebanyakan telah melepasi harga RM1 kecuali beberapa kaunter termasuk Elsoft.
Sektor semikonduktor yang agak melemah pada bulan febuari ini dilhat kerana faktor penggiliran sektor setelah market diambil alih oleh sektor komoditi, besi serta minyak dan gas, membuat kebanyakan sektor semikonduktor
ANALISA FUNDAMENTAL
1. Elsoft dalam kategori ATE iaitu Atomated Equipment Test, iaitu melakukan pengujian ke atas peralatan elektronik yang melibatkan automatif, Lampu LED dan juga melakukan pengujian ke atas panel solar.
2. Boleh dikategorikan dalam syarikat yang mencatatkan keuntungan dari suku ke suku QR.
3. Tiga QR terakhir mencatatkan peningkatan keuntungan:
Q1 20 mencatat keuntungan 0.1juta, 2.5% daripada 4.3juta pendapatan.
Q2 20 mencatat keuntungan 1.2juta, 27.4% daripada 4.2juta pendapatan.
Q3 20 mencatat keuntungan 2.8juta, 58.2% daripada 4.7juta pendapatan.
4. Dengan peningkatan 3 QR terakhir berturut-turut, dijangka ia dapat meneruskan peningkatan disamping sektor semikonduktor yangmampu menjadi pemangkin kepada kenaikan harga saham.
ANALISA TEKNIKAL
1. Harga saham Elsoft sekarang 0.925 dilihat kini bergelut untuk melepasi rintangan besar untuk saham sen iaitu harga RM1.
2. Dari segi pergerakan harga, ia dilihat cuba menembus harga 1.00 sebanyak beberapa kali dan pernah mencecah harga tertinggi pada 1.04 namun tertarik semula ke bawah.
3. Percubaan ini berlaku sejak 13 Januari yang lepas telah membentuk Segitiga Simetri. Kelihatan ia akan mampu memecah harga 1.00 sekiranya pembentukan segitiga itu telah sempurna pada hujungnya dan dapat dibantu dengan volum yang kuat pada akhir segitiga.
4. Dari segi volum, dapat dilihat Pembeli masih menguasai saham berbanding penjual. Ia kelihatan mampu untuk ditolak ke atas.
5. RSI juga sudah menghampiri 50, kemungkinan boleh meneruskan mmentum trend saham.
6. RSI Stoch juga sudah berada dalam zone oversold, kemungkinan bersedia untuk memulakan momentum larian.
Khairul Hafiz
TM: Mampukah Mencapai Jangkaan Corak Carta?TM adalah salah satu daripada saham syarikat yang pautan kerajaan (Government Link Company). Ia adalah satu kaunter GLC yang paling sihat pada ketika ini yang terdapat dalam Bursa Malaysia. Ini disebabkan bisnes mereka berada dalam sektor yang trend berbanding GLC dalam sektor yang lain.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. Faktor utama adalah kerana terdapat banyak benda baru yang menanti dalam teknologi, seperti kedatangan teknologi 5G dan permulaan era baru Pengkalan Data Berpusat (Data Centric). Ini membina lebih banyak ruang untuk naik (upside) kepada TM.
2. Jumaat yang lepas, Perdana Menteri telah melancarkan MyDigital di mana TM memainkan peranan penting dalam agenda baru negara.
3. TM satu-satunya syarikat tempatan yang terlibat menyediakan prasarana 'Servis Cloud Provider' yang dilantik bersama-sama Microsoft, Amazon dan Google.
4. Pelancaran MyDigital ini akan merancakkan proses pendigitalan secara besar-besaran dan proses ini akan berjalan menyeluruh menjelang tahun 2030.
5. Jadi, ini dilihat ada banyak lagi ruang untuk harga saham TM meneruskan kenaikan menjelang peluang jangka masa panjang yang ada kira-kira 10 tahun ke hadapan.
6. Dari segi prestasi Qr juga, TM menunjukkan peningkatan yang baik pada 3 QR terakhir sejak mencatat kerugian 51juta pada Q4 19:
Q1 20 mencatat keuntungan 153juta, 6% daripada 2.56Billion pendapatan
Q2 20 mencatat keuntungan 275juta, 10.6% daripada 2.59Billion pendapatan
Q3 20 mencatat keuntungan 329juta, 12.2% daripada 2.69Billion pendapatan
ANALISA TEKNIKAL
1. Dapat dilihat pada pergerakan Harga TM, sejak ia berjaya memanjat ke atas MA200 pada Jun 2019, ia sudah berjaya terus kekal dia atas MA200, MA50 dan MA20 untuk mengekalkan momentum uptrend.
2. Sebanyak 3 kali Dinamik Support diuji (Anak panah kuning) namun ia berjaya kekal untuk berada di atas MA200 menunjukkan Dinamik Support MA200 dianggap support yang kuat ketika ini.
3. Sejak harga mula jatuh di bawah MA200 pada Oktober 2017, ia telah jatuh dan membentuk kawah pada kedalaman 63.55%. Kini TM berjaya memanjat semula pada Harga asal sekitar 5.89.
4. Dengan pembentukan semi parabolik yang telah lengkap, dijangka TM akan berjaya meneruskan momentum dengan disokong oleh beberapa pemangkin faktor MyDigital.
5. Dengan menggunakan jangkaan corak carta (chart pattern), ia dijangka mampu mendaki setinggi kedalaman kejatuhan 63.55%.
6. Jika dilhat anggaran Sasaran Harga melalui chart pattern ia mampu mencapai sekitar 8.23, bersamaan 63.55%.
7. Dari segi volume, secara perbandingan, Pembeli lebih ramai menguasai pasaran berbanding penjual, menunjukkan momentum uptrend agak kukuh.
8. Kini, RSI Stoch sudah berada dalam zon oversold, kemungkinan bersedia membuat satu lagi pusingan kenaikan.
Khairul Hafiz
JFTECH Mengakhiri Tekanan Minggu Ini?Sektor semikonduktor dilihat agak perlahan pada bulan Febuari ini berbanding ketika Januari. Namun permintaan yang tinggi terhadap semikonduktor di peringkat global menjadikan harga saham berkenaan sektor tersebut dijangka melonjak tinggi sepanjang tahun 2021 dengan kerancakan peralatan teknologi terbari berkenaan dengan Internet of Thing dan 5G yang baru saja membuka lembaran baru.
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JFTech dilihat sebagai salah satu saham yang berpotensi tinggi untuk tahun 2021. Projek kerjasama dengan Huawei melalui Hubble Technology Investment Co Ltd, dilihat mampu menjadi pemangkin kepada kenaikan JFTech dalam jangka panjang.
2. Pada 2015, China melancarkan kempen revolusi industri China yang diberi nama Made In China 2015 atau singkatannya MiC2025 untuk menyasarkan peningkatan industri China pada tahap global.
3. Keterbabitan JFTech ini dilihat mampu memberi pemangkin kepada JFTech skurang-kurangnya dalam tempoh 4 tahun lagi sempena kempen MiC2025
4. Kadar pertumbuhan tahunan 10 tahun, iaitu CAGR 10 tahun JFTech mencatatkan 53.85%, antara prestasi saham terbaik dalam peningkatan tempoh 10 tahun.
5. Jftech juga menyatakan mereka mampu menggandakan produk soket ujian untuk memberi hasil yang lebih untuk operasi yang akan datang.
6. Prestasi QR daripada 4 yang terbaru adalah seperti berikut:
Q3 20 mencatat keuntungan 1.7juta, 27.6% daripada 6.2juta pendapatan
Q4 20 mencatat keuntungan 3.1juta, 38% daripada 8.1juta pendapatan
Q1 21 mencatat keuntungan 4.0juta, 43.8% daripada 9.1juta pendapatan
Q2 21 mencatat keuntungan 4.0juta, 42.9% daripada 9.4juta pendapatan.
ANALISA TEKNIKAL
1. Harga sekarang berada pada atas Sokongan Klasik pada sekitar 1.62. Jika sokongan itu pecah, kemungkinan mampu turun untuk mencari Sokongan Dinamik pada MA50 sebelum membuat lonjakan.
2. Dari segi volum, dapat dilihat terdapat tekanan jualan pada hari ex-date Bonus issu pada 21hb jan. Namun tekanan jualan itu dapat diserap pada hari berikutnya dengan jualan volum yang rendah.
3. Bermula 3hb Feb, dapat dilihat Pembeli mula kembali kedalam saham dengan volum yang agak kuat.
4. Pada 4 hari terakhir minggu lalu, dapat dilihat Penjual dalam keadaan terkawal apabila harga menurun dengan volum yang agak rendah.
5. Jika Pembeli datang kembali kedalam saham untuk hari berikutnya sebelum membuat satu larian yang kuat.
6. RSI sudah berada pada paras bawah 50 dan kemungkinan bersedia untuk satu momentum larian.
7. RSI Stoch juga sudah berada dalam zon Lebihan Jualan, menunggu masa persilangan berlaku dan membuat balikan harga untuk menuju ke atas.
Khairul hafiz
- "Market saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
SCIB Terus Memberikan Tekanan Esok?SCIB hari ini turun pada paras sokongan pada harga 2.02 untuk kali ketiga. Seolah-olah ia akan menjadi support yang kuat andaikata ia tidak dibocorkan esok. Adakah ia akan berjaya bertahan atau akan terus turun untuk memberikan tekanan kepada pemegang saham SCIB esok?
FUNDAMENTAL ANALISIS
1. SCIB dilihat sebagai mempunyai pergerakan dan rekod cemerlang pada QR yang menerupai Kpower. Jadi sesetengah pelabur melabel ia sebagai saham adik beradik dengan Kpower.
2. Peningkatan SCIB ini juga berkait dengan perubahan yang dibawa oleh Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes SCIB dengan reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang sama seperti Kpower.
3. Pada 2020, SCIB dikatakan berjaya mencatatkan 1.9 Billion Order Book. Untuk tahun 2021, Pengurusan SCIB dikatakan yakin akan mencatatkan kira-kira 2.5Billion order book. Ini menjadi catalyst yang kuat untuk kenaikan SCIB.
4. SCIB terlibat dalam sektor Material Construction. Pasaran Market untuk projek SCIB kebanyakan juga diperoleh dari luar negara seperti Qatar, Sri Lanka dan Nepal memberikan gambaran bahawa SCIB mampu berkembang secara global tanpa hanya bergantung kepada projek-projek tempatan yang terhad.
5. Sebagai rekod peningkatan QR SCIB juga terus meningkat seperti di bawah,
Q4 19 mencatatkan keuntungan +0.8juta, 2.8% daripada 28.6juta perolehan.
Q1 20 mencatatkan keuntungan +4.3juta, 8.3% daripada 51.8juta perolehan.
Q2 20 mencatatkan keuntungan +5.1 juta, 5.3% daripada 94.9juta perolehan
Q3 20 mencatatkan keuntungan +12.4juta, 6.8% daripada 183.7juta perolehan.
6. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga Kpower.
7. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham SCIB.
TEKNIKAL ANALISIS
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 27hb Januari yang lalu di 3.08, SCIB dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada paras support yang sama untuk kali ketiga. Jika ia mampu bertahan daripada bocor, ini bermakna ia akan menjadi support yang kuat untuk SCIB meneruskan kenaikan.
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri Fibonachi Retracement 0.5 pada harga sekitar 1.96.
3. Jika Fibonachi retracement ini tidak mampu menjadi support yang kuat, ia dilihat mampu turun lagi sehingga mencecah MA50 sekitar 1.8. Support seterusnya adalah pada classical support di 1.73.
4. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
5. Penurunan harga pada 9hb Feb juga dilihat bersama volum yang tinggi. Namun pada hari-hari berikutnya, penurunan harga sudah dilihat volum dapat diserap disekitar purata volum, menunjukkan Penjual tidak ramai.
6. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak rendah ke paras RSI 50.
7. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan dikawan oversold zone, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah SCIB akan terus menekan pemegang saham esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin SCIB mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang saham SCIB merasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini pada esok hari?
Khairul Hafiz
Kpower Terus Memberikan Tekanan Esok?Kpower hari ini menurun pada paras harga terendah sejak sebulan yang lalu pada RM2.15. Sebulan yang lalu, Kpower mencecah ATH pada harga 2.90. Adakah ia akan terus memberikan tekanan kepada pemegang saham Kpower esok?
Fundamental Analisis
1. Kejayaan Kpower mendapatkan beberapa projek besar dalam sektor Renewable Energy, menarik minat pelabur untuk mendapatkan saham Kpower. Ini terbukti dengan peningkatan QR yang cantik sejak Q3 19.
2. Perubahan mendadak ini setelah kemasukan Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes Kpower membawa bersama reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang.
3. Sebagai rekod peningkatan QR Kpower terus meningkat seperti di bawah,
Q2 20 mencatatkan keuntungan +1.9juta, 13.6% dariada 13.6juta perolehan.
Q3 20 mencatatkan keuntungan +2.7juta, 8.4% daripada 31.7juta perolehan.
Q4 20 mencatatkan keuntungan +7.3 juta, 18.6% daripada 39.4juta perolehan
Q1 21 mencatatkan keuntungan +8.1juta, 14.3% daripada 57.1juta perolehan.
4. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga SCIB.
5. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham Kpower.
Teknikal Analisis
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 18hb Januari yang lalu di 2.9, Kpower dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada aras terendah pada 2.15, iaitu bersamaan harga minima pada indikator Fibinachi Retracement 0.618 pada harga 2.05. Adakah ia akan membuat lonjakan setelah mencapai lantai Fibonachi retracemenet 0.618?
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri MA50. Adakah ia akan berjaya membuat lonjakan sekiranya ia mencecah MA50 esok?
3. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
4. Pada hari berikutnya, penurunan beberapa hari sehingga hari ini hanya mempunyai volum yang sedikit. Ini menjadi faktor sokongan bahawa harga dijangka mampu membuat kenaikan semula. (lihat pada carta volum anak panah hijau)
5. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak banyak ke paras 50.
6. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah Kpower akan terus menekan pemegang saham Kpower ini esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin Kpower mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang shaam Kpower rasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini keeskan hari?
Khairul Hafiz
FIHB masih trendingSyarikat membuat perabot ini, jika dilihat pada Month chart time frame, harga pada April 2020 telah memecahkan DTL sejak awal 2016, iaitu menurun sejak 4 tahun.
Bila dikaji pada weekly chart time frame, trend masih menaik.
Untuk daily chart time frame, harga bermain sekitar 0.435 hingga ke resistant terdekat iaitu 0.490
Harga perlu pecahkan DTL sejak Jun pada daily chart untuk meneruskan kenaikan.
EP pada awal anak panah atau berdekatan support. Support paling kritikal adalah pada 0.38
Mohon syarikat cemerlang seperti HOMERIZ.
Ini bukan buycal, ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
saya doakan kitaa semua untung dalam bersaham.
TAYOR
DATAPRP masih bermomentum.Hampir sebulan kaunter ini sideway kecil. Momentum maish bagus.Harga berlegar sekitar 0.175-0.180
Menggunakan TA, saya menjangkakan akan berlaku kenaikan harga tetapi tidak lama.
Fundamental Analisis tidak berapa kuat untuk syarikat ini, maka kena lebih sensetif dengan pergerakan harga.
Saya cadang nak TP pada 0.22 secepat boleh.
Support seperti digariskan.
Kaunter penny, perlahan sikit lah nak gerak.
Ini bukan buycall, ini adalah untuk tujuan pembelajaran.
Saya doakan kita semua berjaya dalam saham
TAYOR
RGTBHD 26/10/2020 TA Gerak Dulu ? Menarik untuk diperhatikan, masih bertahan di paras sokongan kuat RM 0.59. Kemungkinan akan membuat kenaikan jika dapat memecahkan paras rintangan di RM 0.635. Saya sertakan sekali FA, untuk melihat bagaimana TA mendahului FA dalam kajian. TA ibarat pergi gym, FA ibarat supplement kesihatan. Haha analogi mudahnya.
**Penafian : Hanya untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian dan jaga risk management anda. Terima kasih
D&O Masih Bertahan ? 24/10/2020D&O masih bertahan setelah dapat memecahkan rintangan RM 1.00. Saham masih dalam keadaan uptrend di weekly dan daily timeframe. Boleh diperhatikan
Penafian : Kajian hanya untuk tujuan pembelajaran, sila jaga trading plan dan lakukan kajian sebelum melakukan sebarang pembelian. Terima kasih.
KSTAR 24/10/2020 (Non Shariah)Saham tak shariah, sungguh cantik chart. Both stage 2 in weekly and daily, just right the trend. Price masih belum volatile, boleh diperhatikan jika dapat menembusi rintangan RM 0.35.
Penafian : Kajian hanyalah untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian sebelum melakukakn sebarang pembelian, terima kasih.
Pecca 23/10/2020 Terus MendakiSaham ada kaitan dengan PPE, boleh diperhatikan berikutan kes Covid yang meningkat. Kaunter masih dalam keadaan uptend, berlaku sedikit correction pada hari ini tetapi masih bertahan di support yang terdekat.
Penafian : Kajian hanyalah untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian dan trading plan sebelum melalukan sebarang pembelian, terima kasih.