#SEDANIA - Pembalikan menaik Gelombang kelima Analisa Teknikal Gelombang Elliot
gelombang empat telah membentuk segitiga (triangle) ABCDE
dan telah berakhir, kini sedang mengorak untuk menaik ke atas meneruskan
Gelombang kelima
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Fibo Level 61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100.% -127% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
Tdex : Jangkaan Elliott Wave1. Secara keseluruhannya, lengkaplah wave 5 dalam kitaran Elliot Wave.
2. Sekarang harga akan membuat major correction iaitu wave abc.
3. Wave a dan b telah terbentuk. Wave c mungkin akan mencari garis-garis fibonacci untuk dijadikan support.
4. Jika berlaku rebound pada garis fibo atau kemunculan candle bullish, kaunter akan membuat wave baru.
5. Jika tidak berlaku rebound, kaunter akan downtrend memecahkan support yang ada. Seterusnya mencari satu paras harga untuk dijadikan base/consolidation/sideways
Carimin sedang membuat Elliott Wave?Harga bagi kaunter Carimin ditutup pada harga 0.655. Apa yang menarik mengenai kaunter Carimin ialah
1. Harga kaunter telah memantul pada Fibo 50% dan bertepatan dengan konsep Elliot Wave iaitu harga akan terpantul sekurang-kurang pada fibo 50%.
2. Carimin adalah salah satu daripada kaunter yang berkaitan minyak. Disebabkan harga WTI dan Brent melonjat tinggi, maka sedikit sebanyak akan mempengaruhi harga kaunter minyak
3. Namun, halangan terdekat ialah pada EMA50 dan awan ichimoku yang tebal. Sekiranya 2 halangan ini dapat diatasi, maka kaunter carimin dijangka akan bergerak ke atas.
Ini bukan buycall. Sediakan pelan dagangan anda.
DUFU : THE NEXT TOP GLOVE?1) DUFU memang tengah uptrend dimana company ini berjaya menaikan revenue dan juga net profit sehingga 3Q 2018.
2) Revenue yang kian meningkat ini diharapkan mampu meberikan peluang kepada DUFU untuk lebih mengembangkan usaha company kearah yang semakin besar.
3) Dilihat daripada RSI maupun Stochastic, akhir gelombang elliot 5 berada pada harga 2.715 dengan RSI 84 dan stochastic 97 dimana posisi oversold.
4) adanya correction dan jugak kenaikan pada gelombang B (harga tertinggi 2.670) menunjukkan adanya RSI yang melemah dengan point 69.
5) Besar kemungkinan DUFU tengah berada pada fasa correction gelombang elliot C, diikuti dengan penurunan RSI dan stochastic.
6) Ada baiknya bila ingin masuk, dengan menunggu posisi oversold ataupun boleh menggunakan garisan fibo retracement.
7) News dan juga FInancial report mampu memberikan catalyst kepada kaunter ini untuk tetap berada dalam posisi uptrend.
TSLA dah breakout downtrend channelPergerakan harga TSLA dah breakout downtrend channel menandakan kemungkinan fasa correction dah tamat, dan nak mulakan fasa kenaikan yang baru.
Kiraan Elliott Wave yang mudah menunjukkan pergerakan harga mungkin dalam Wave correction ABC yang besar, dan fasa correction B mungkin dan habis, dan nak teruskan ke wave C.
Target paling dekat ialah zon paras tertinggi sebelum ni, pada kawasan sekitar $300, dan kalau paras $300 ditembusi, kemungkinan harga akan mencuba ke paras berhampiran $400 lebih tinggi, pada penghujung fibonacci ratio 1.618 wave C.
Paras sokongan terdekat pada $235.
Jangan lupa follow profile Teropong Bursa
Asas Elliot Wave SFPTECH (masih belajar)MYX:SFPTECH
Salam Sejahtera
Disini saya kongsikan kiraan elliot wave saya pada satu saham yang berpotensi iaitu SFPTECH... secara fundamentalnya SFPTECH ini salah satu syarikat yang agak kukuh dari segi keupayaan kewangan dan juga operasi.
Boleh saya kata syarikat ini boleh dicerminkan kepada satu lagi syarikat industri yang sama iaitu Greatech pada permulaan ianya mula disenaraikan di bursa malaysia.
Teknikal:-
Mengikut kiraan saya SFPTECH telah selesai melakukan wave 1 dan sekarang dalam fasa permulaan wave 3. Pada saat ini ianya sedang membuat fasa pembetulan harga saham (correction phase wave 3). Seterusnya dijangkakan akan meneruskan fasa seterusnya wave3 setelah ianya selesai pada fasa pembetulan (correction wave - C). Perlu diingatkan wave 3 adalah wave terpanjang dalam asas elliot wave, dan akan terdapat bentuk diagonal wave akan tercipta di dalam fasa ini. Pada pemerhatian saya tidak perlu terlalu fokus pada diagonal atau kiraan-kiraan wave kecil di dalam wave 3. Hanya perlu fokus dan betulkan pengiraan pada subwave2 yang crucial di dalam wave 3.
Sekadar hanya pendapat peribadi saya dan juga ingin belajar lagi. Tiada promosi atau buycall bagi kaunter ini dari saya.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum............
KLSE sedang buat apa sebenarnya?Kali ini kita lihat dari segi Elliott Wave.
Kenaikan pada Julai hingga Ogos lepas menepati Impulsive Wave dan diakhiri dengan Ending Diagonal.
Setelah itu ia retrace sebanyak 50% membentuk corrective wave A. Ini adalah kebiasaan untuk Wave 2.
Diikuti oleh Wave B yang retrace sebanyak 78.6%, Wave C 61.8%. Ini merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Regular Contracting Triangle Corrective Pattern.
Kini berada dalam Wave D dengan jangkaan sedikit kenaikan sebelum melengkapkan Triangle ini dengan Wave E yang pada kiraan biasanya dijangka berakhir di paras ~1490.
Kemudian baru Impulsive Wave 3 akan berlaku sekiranya ia tidak extend correction dengan Wave X.
Rumusannya sabar sedikit masa je lagi ;)
= FUSION STYLE =
AAPL (Antara Ambil Peluang @ Lepas)• Saham Apple (AAPL) adalah saham pendasar utama etf HLAL.
• Etf HLAL pula adalah aset utama portfolio US Stocks dan Very Aggressive (Wahed Invest).
• Pergerakan harga saham AAPL sangat memberi kesan kepada harga etf HLAL.
• Pergerakan harga etf HLAL sangat memberi kesan kepada nilai portfolio US Stocks dan Very Aggressive.
• Jadi, keputusan pelaburan dalam portfolio US Stocks dan Very Aggressive perlu diberatkan @ bias kepada saham AAPL dari sudut fundamental dan teknikal.
• Dari sudut fundamental, secara amnya syarikat Apple antara syarikat yang terbesar di dunia dari sudut perolehan (revenue).
• Permintaan kepada saham AAPL ini juga meningkat dari masa ke semasa. Kesannya, harga saham AAPL meningkat tinggi sehingga saham AAPL perlu di'split' harga sebanyak 5 kali sejak 1980 bagi membolehkan pelabur² bilis seperti kita mampu beli saham AAPL ini.
- Dari sudut teknikal, terkini harga saham AAPL dah jatuh sebanyak 30% daripada harga tertinggi (USD 182.94) dalam masa kurang 6 bulan dan sekarang masih berusaha untuk naik melebihi harga tertinggi.
• Selepas kejatuhan drastik ini, harga saham AAPL dilihat sekarang sedang membuat reversal dengan petunjuk:
i. Breakaway gap di atas dinamic SnR yang agak kuat bagi saham AAPL iaitu MA 200.
• Walaubagaimanapun, saham AAPL juga berpotensi untuk meneruskan kejatuhan lagi selepas ini dengan dua petunjuk:
i. Hidden Bearish Divergence yang berpotensi terbentuk. Ini memberi gambaran bahawa momentum pembelian yang kuat masih tidak mampu menaikkan harga kerana minat penjualan masih lebih kuat.
ii. Exhausting gap yang terbentuk setelah pembentukan leading diagonal.
• Penulis lebih memilih pendapat kedua iaitu saham AAPL masih lagi bearish dan belum tiba masa untuk reversal.
• Pendapat ini juga bersandarkan kepada bacaan² dan berita² terkini yang banyak menunjukkan bahawa pasaran saham global masih lagi dalam keadaan bearish.
Nota Kaki
• Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada bearish kepada bullish.
• Bearish = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
• Bullish = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
• Breakaway Gap = Gap permulaan trend.
• Exhausting Gap = Gap dihujung trend.
• Gap (Up) = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.
• SnR = Support and Resistance.
• Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
• Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
• Hidden Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower high) tetapi oscillator menaik (higher high).
• Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
• Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER
⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan.
⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
KGB bakal1. KGB bakal menguji semula garisan 50% fibo,
2. berhati hati sekiranya harga mampu membuat jatuhan dibawah garisan 50%
3. untuk membuat kenaikan KGB perlu melepasi dan kekal diatas garisan rintangan menurun
corak carta : elliot wave, segitiga menurun, fibo
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
HEXIND (s) WL Mac 2022Ada tanda pembentukan corak carta bendera dan berada di sekitar gelombang kedua Elliot yang membolehkan ia menjadi calon untuk watchlist swing jangka sederhana. Paras fibonacci retracement boleh dijadikan rujukan untuk sejauh mana harga akan membuat lantunan. Dari segi prestasi kewangan, syarikat nampaknya semakin positif.
GOLD (Kenaikan Drastik Berikutan Krisis)• Harga emas naik dengan drastik berikutan krisis yang berlaku antara Russia dan Ukraine.
• Krisis yang berlaku ini telah menyebabkan para pelabur berpindah kepada emas yang merupakan aset selamat.
• Harga dijangka akan meneruskan kenaikan untuk melengkapkan intermediate wave (3) sehingga:
i. 2,001.67 USD - 2,025.04 USD yang merupakan 3.618 - 4 kali ganda kenaikan intermediate wave (1).
ii. 2,075.14 USD yang merupakan ATH bagi emas.
• Harga juga berkemungkinan telah melengkapkan intermediate wave (3) dan sedang membuat intermediate wave (4).
• Intermediate wave (4) dijangka berakhir pada:
i. Upper trend line berwarna kelabu.
ii. 1872.55 USD - 1,877.15 USD yang merupakan RBS bagi emas (rujuk garisan oren).
• Setelah melengkapkan intermediate wave (4), harga akan meneruskan kenaikan sekali lagi sebelum membuat penurunan yang agak drastik atau penurunan mendatar yang mengambil masa yang lama.
• Kiraan wave ini adalah valid selagimana harga tidak jatuh dibawah invalidation level pada 1,780.36 USD.
• Harga emas ketika penulisan ini dibuat adalah 1,923 USD.
Nota Kaki :
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER :
⚠️ Penulis / penganalisis bukan perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji.
📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
Update : Pengiraan ombak untuk TF1H Kajian Elliot Wave
Kaunter ini seakan berada di hujung ombak pembetulan dengan berbaki satu lagi ombak kecil sebelum bermulanya ombak motif.
Ombak pembetulan berbentuk Double Zig Zag dapat dilihat bagi kaunter ini.
Menarik apabila kaunter ini berjaya bertahan di RBS.
Boleh monitor dan lihat
Mungkin betul mungkin silap
#BAYOR #TAYOR
KGB Kajian Elliot WavePada 31 Disember 21, saya ada menulis kajian untuk KGB. Saya dapati kajian EW tak berapa tepat kerana saya tak plot EW dari carta mingguan .
Saya lukis semula dan ini adalah kajian terkini saya untuk KGB.
Setelah melukis di carta mingguan saya dapati sekarang ia menuju ke gelombang besar ke 5 (wave 5)
Di carta harian sekarang kita lihat ia sedang menuju ke subwave 5 of wave 5. Ma 20 sudah cross atas ma 50.
Ada kemungkinan besar ia akan terus ke hujung channel uptrend (fibo 1.0), kita tengok nanti kena atau tak.
Apa pun boleh TP ikut keadaan candle yang muncul.
Hidden bullish divergence sudah jelas kelihatan antara wave 2 dan wave 4.
p\s - Saya pernah menumpang di kaunter ini pada Sept 21 di subWave 3 dan berjaya meraih keuntungan sekitar 50%
TAYOR
CENSOF bermula Wave 51. CENSOF agak menarik untuk diperhatikan. Sekarang EMA 100 & 200 masih merapat menandakan masih sideway, volume masih kurang namun potensi kenaikan masih ada.
2. ka diperhatikan sudah ada divergence menandakan bakal berlaku pertukaran arah.
3. Jika menurut Teori Elliot Wave, kaunter ini baru habis wave 4 iaitu fasa correction dan wave 5 baru sahaja bermula.
4. Mungking akan sideway beberapa waktu, consider smart money akan collect dan wave 5 baru sahaja bermula di mana bakal jd uptrend kembali. Untuk trade lebih santai boleh park dahulu sebelum kangkang lebih luas untuk spike leboh tinggi.
Penafian: Ini adalah kajian sahaja, bukan Buy atau Sell call. Tolong buat kajian ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian. Berdagang Diatas Risiko Sendiri.
#TAYOR
#SupportEMA
#TradeSmartTradeWisely
SERSOL Perjalanan Masih Panjang Habiskan Gelombang Ke-lima1. SERSOL pada skala besar dilihat masih uptrend dan sedang menuju unyuk menghabiskan gelombang kelima.
2. Corak lilin dan OSC Elliot juga nampak bearish dan dijangka akan berlaku lagi sedikit penurunan sebelum sambung menghabiskan gelombang kelima.
3. Petunjuk OSEM dilihat sedang menggambarkan kaunter sedang dalam fasa bearish apabila garis menegak chocolate sedang membuat penurunan.
4. Boleh jadikan paras sokongan atau tempat EP pada 0.44 manakala paras rintangan pada 0.72 atau target untung.
Kawasan masuk: 0.440 - 0.450
Ambil untung: 0.720
Potong Rugi: 0.410
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping+OSEM. Hubungi untuk maklumat lanjut.
SPSETIA Mulakan Pendakian Gelombang ke-51. SPSETIA pada skala besar mematuhi hukum gelombang Elliot dimana kelihatan tepat padanan setiap gelombang. Pada ketika ini dilihat sedang berada pada gelombang kelima.
2. Jika benar ramalan hukum gelombang ia akan sampai kepada paras terakhir pada paras 1.875 menurut fibo extension sebagai penutup gelombang kelima.
3. Petunjuk SMI juga dilihat seakan menyokong apabila masih berada pada kawasan neutral dan ada potensi untuk membuat kenaikan.
4. Beberapa hari ini dilihat sedang membuat paras sokongan baru di EMA 100 dan jika ia tidak menembusi paras EMA100, potensi tinggi untuk meneruskan kenaikan dalam masa terdekat.
5. Cadangan ini tidak menjadi jika harga menembusi kebawah harga 1.175.
Kawasan masuk: 1.255 - 1.295
Ambil untung: 1.870
Potong Rugi: 1.19
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. Sila berdagang atas risiko sendiri.
Indicator yang digunakan adalah OSC Combo Smart Entry / Combo Mapping.