IFCAMSC ANALISA Gelombang Ellliot PENDIDIKAN GELOMBANG ELLIOT
CARA MUDAH ASAS PERMULAAN PENGIRAAN GELOMBANG ELLIOT
1. Buka Chart Trading View
2. Pilih Kaunter
3. Buka “Time Frame” Mingguan (Weekly)
4. Kenal Pasti Struktur Pergerakan Harga Pasaran (High & Low- HH -LL)
5. Kenal Pasti Corak Struktur Pergerakan Harga Pasaran
6. Kenal Pasti Arah Pergerakan Harga Pasaran ( Uptrend @ Downtrend)
7. Kenal Pasti & tandakan Harga Tertinggi & terendah di Chart
8. Selepas itu buka “Time Frame” Harian -Daily
9. Sila Guna Alat “Lanjutan Fib Berdasarkan arah Aliran ( Fibonacci Extension )
10. Klik Alat Fibo Extension
i. Pertama - klik pada Harga terendah (LL),
ii. Kedua – Klik pada Harga Tertinggi (HH)
iii. Ketiga – Klik pada Harga rendah (HL)
11. Fibonacci extension akan memberikan tahap aras sebagai panduan sahaja
12. Pengiraan untuk gelombang satu adalah dengan mengenal pasti corak yang kerap berlaku iaitu Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal )
13. Peraturan nya adalah seperti IDEA Pendidikan Terdahulu :
14.
15.
16.
17.
18.
19. Sila rujuk Video ini & selalu mengikuti saya utk Video PENDIDIKAN EW akan datang
20. Semoga Bermanfaat kepada Semua
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
JETSON (Jet Isi Minyak di Lapangan Segitiga Sebelum Berlepas)Sektor :
- Construction, Auto Parts, Industrial Products & Services, Penny Stocks (Sumber: iSaham)
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Idea analisis ini meninjau pergerakan harga JETSON dalam timeframe 2 jam.
- Dalam timeframe daily, JETSON masih di atas MA 200 menandakan JETSON masih lagi uptrend untuk longterm.
- JETSON sekarang dilihat sedang melengkapkan bullish symmetrical triangle sebelum meneruskan kenaikan.
- Terdapat 5 bucu symmetrical triangle ini. JETSON baru selesai melengkapkan tiga bucu dan sekarang harga dijangka akan membuat bucu keempat.
- Terdapat tiga target bucu keempat ini:
1) RM 0.450 yang merupakan horizontal resistance JETSON,
2) RM 0.460 yang merupakan paras 100% fibonacci extension dan
3) RM 0.485 yang merupakan horizontal resistance bagi JETSON.
- Setelah lengkap bucu keempat ini, JETSON akan membuat penurunan pula bagi melengkapkan bucu kelima sebelum meneruskan kenaikan.
------------ Elliott Wave ------------
- Setelah melengkapkan major wave 3 dengan kenaikan sebanyak 361.8% (3.618 kali ganda) major wave 1, sekarang JETSON dilihat sedang bermain di dalam major wave 4 dengan membentuk contracting triangle (A-B-C-D-E).
- JETSON dilihat sedang melengkapkan minor wave D.
- JETSON perlu melengkapkan zigzag (A-B-C) bagi melengkapkan minor wave D ini dan sekarang JETSON berada di perakhiran wave zigzag iaitu sub minor wave C.
- Terdapat tiga target sub minor wave C yang juga merupakan minor wave D ini:
1) RM 0.450,
2) RM 0.460 yang merupakan 100% (1 kali ganda) minor wave A. Ini bertepatan dengan formula A=C yang bermaksud panjang minor wave C bersamaan dengan minor wave A dan
3) 0.485.
- Terdapat dua invalidation level yang ditanda bermakna sepanjang pembentukan minor wave D ini, harga mestilah tidak bergerak melebihi dua paras ini. Jika tidak, kiraan wave sedia ada ini akan terbatal.
- Garisan selari berwarna kelabu juga boleh dijadikan guideline bagi JETSON dimana harga perlu kekal berada di dalam garisan selari ini.
- Jika harga naik melebihi upper boundaries garisan selari ini, berkemungkinan corrective wave telah selesai dan harga sedang membuat major wave 3. Kiraan alternatif ini akan dimuatkan di bahagian komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca.
Analisis Fundamental :
- JETSON tidak konsisten dalam membuat keuntungan dan terkini, JETSON telah membuat kerugian dalam tiga quarters berturut².
- Perolehan (revenue) JETSON juga tidak memberangsangkan dan dalam tiga quarters terkini, revenue JETSON menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan dan revenue JETSON meningkat YoY masing² sebanyak 42.35% dan 33.7%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' menandakan saham JETSON ini tidak sesuai dibeli untuk mereka yang baru mengenali dunia saham dan masih tidak mahir dalam cutloss.
Nota Kaki :
------------ Umum ------------
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
HLAL (Masih dalam Mod Penurunan)Pengenalan Ringkas :
- Wahed FTSE USA Shariah (HLAL) merupakan etf yang mengesan stok² atau saham² di dalam FTSE USA Shariah Index.
- Etf ini juga merupakan salah satu aset yang ditawarkan di dalam Wahed Invest.
- Terdapat beberapa portfolio di dalam Wahed Invest dan semestinya peratusan dana yang diperuntukkan untuk etf HLAL ini juga berbeza² bagi setiap portfolio.
- Portfolio 'US Stocks' dan 'Very Aggressive' paling banyak memperuntukkan dana ke dalam etf HLAL ini dengan peratusan peruntukan masing² sebanyak 97.5% dan 65%.
- Jadi, para pelabur Wahed Invest yang memilih dua portfolio ini pastinya akan terkesan dengan turun naik harga etf HLAL ini.
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Melihat kepada pergerakan HLAL, sekarang harga telah jatuh di bawah MA 50 (lihat garisan ungu) menandakan harga telah bertukar daripada uptrend kepada downtrend untuk mid term.
- Harga juga cuba untuk naik kembali ke atas MA 50 tetapi tidak mampu. Ini menjadikan MA 50 sebagai SBR bagi HLAL.
- Support seterusnya adalah MA 200 (lihat garisan hitam) dimana harga masih berada di atas MA 200 menandakan HLAL masih uptrend untuk long term.
- Harga berkemungkinan akan meneruskan lagi penurunan dan berpotensi menuju ke paras:
1) MA 200 yang merupakan support dinamik HLAL,
2) 35.60 USD yang merupakan horizontal support HLAL,
3) 37.16 USD yang merupakan paras fibonacci 61.80% atau
4) 36.29 USD yang merupakan paras fibonacci 100%.
- Kemudian, HLAL perlu melepasi resistance untuk meneruskan kenaikan. Terdapat tiga resistance HLAL:
1) Upper boundaries garisan selari berwarna biru yang juga merupakan downtrend line HLAL,
2) MA 50 yang merupakan resistance dinamik HLAL dan
3) paras harga 40 USD yang merupakan horizontal resistance HLAL dan juga merupakan psychological price.
- Kejatuhan kali ini juga mungkin dasyhat kerana didorong oleh signal strong bearish divergence yang sangat luar biasa dimana oscillator histogram MACD dan Awesome Oscillator (AO) menunjukkan momentum paling kuat berlaku 'di permulaan kenaikan harga selepas pemulihan ekonomi daripada covid-19' dan selepas itu, kenaikan harga tidak disokong (tidak sekuat dan setinggi) momentum yang dahulu.
- Kesimpulannya, harga semakin meningkat tetapi momentum semakin berkurang.
- Signal divergence ini tidak mustahil akan menjatuhkan harga ke paras harga 32.80 USD.
------------ Elliott Wave ------------
- - HLAL sekarang dilihat berada dalam major wave Y dalam struktur double three yang dilabel dengan W-X-Y.
- Terdapat satu lagi bentuk corrective wave yang perlu disiapkan untuk membentuk wave Y samada zigzag, flat atau triangle.
- Target destinasi major wave Y berkemungkinan di paras:
1) MA 200.
2) 61.80% (0.618 kali ganda) major wave W.
3) 100% (1 kali ganda) major wave W.
4) 35.60 USD.
- Garisan selari berwarna biru juga boleh dijadikan sebagai guideline untuk destinasi major wave Y samada berakhir di lower boundaries atau mid boundaries.
- Jika major wave Y membentuk triangle (A-B-C-D-E), ia adalah petunjuk bahawa 'party almost over' bermakna selepas lengkapnya major wave Y, harga akan meneruskan kenaikan.
- Jika major wave Y membentuk zigzag atau flat, terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku samada major wave Y adalah corrective wave yang terakhir atau corrective wave belum berakhir dan mendorong harga untuk membuat triple three (W-X-Y-X-Z). Triple three ini membawa maksud akan ada dua lagi corrective wave yang akan terbentuk selepas lengkapnya major wave Y.
- Menggunakan justifikasi 'garisan selari' dan 'signal divergence' (seperti yang dinyatakan di bahagian 'umum' di atas), penganalisis merasakan harga akan membuat double zigzag bermakna major wave Y akan membentuk zigzag (A-B-C) dan sekarang harga berada di dalam minor wave A dalam major wave Y. Terdapat dua lagi minor wave yang perlu dilengkapkan untuk membentuk zigzag dalam major wave Y ini.
- Signal divergence ini juga boleh mendorong HLAL untuk meneruskan lagi penurunan dan membuat triple three (W-X-Y-X-Z) sehingga harga jatuh ke major wave 4 di paras harga 32.80 USD dan ini juga merupakan salah satu guideline corrective wave dalam Elliott Wave.
Nota kaki :
------------ Umum ------------
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi oscillator menurun (lower high).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, dinamic resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SYSTECH (Momentum Penjualan Semakin Berkurang)Sektor :
- Technology, Penny Stocks, Trading & Services, IT Solutions/ IT Product, Software, Cryptocurrency (Sumber: iSaham).
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Harga masih berada di bawah MA 200 menandakan SYSTECH masih downtrend untuk longterm.
- Harga dijangka sedang membuat reversal dengan dua justifikasi:
1) Pembentukan candlestick three outside up. Walaubagaimanapun, kekuatan bentuk ini mungkin lemah kerana diakhiri dengan candlestick doji.
2) Signal 'strong bullish divergence' yang menandakan kejatuhan harga tidak disokong oleh momentum penjualan lagi. Signal ini sangat perlu diberi perhatian kerana ia ditunjukkan oleh lima oscillator iaitu Histogram MACD, Line MACD, RSI, Stochastic RSI dan AO.
- Jika harga berjaya reversal, SYSTECH berpotensi menuju ke MA 200 dahulu yang merupakan RBS SYSTECH.
- Kemudian, harga mampu menuju ke resistance terkuatnya sebelum ini pada paras harga RM 0.350 - RM 0.350.
- Jika SYSTECH mampu mengekalkan momentum kenaikan, harga juga mampu menuju ke paras harga RM 0.675.
- Paras harga RM 0.200 juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan 'psychological price'. Ini boleh dijadikan support terkuat SYSTECH.
- Jika SYSTECH tidak mampu bertahan di atas paras harga ini, harga mungkin akan jatuh lagi sehingga ke paras harga RM 0.175 iaitu kejatuhan sebanyak 12.50% daripada harga RM 0.200.
------------ Elliott Wave ------------
- SYSTECH dilihat telah berjaya melengkapkan major wave 2 dan sedang membuat major wave 3. Ini disokong oleh 2 justifikasi iaitu pembentukan candlestick three outside up dan signal bullish divergence seperti yang telah diterangkan di atas.
- Major wave 2 telah membentuk pattern kompleks iaitu double three dan kejatuhan wave 2 adalah sebanyak 61.80% (0.618 kali ganda) daripada wave 1.
- Harga mungkin akan naik sehingga ke MA 200 atau ke paras harga RM 0.335 - RM 0.350.
- Kemudian harga akan turun membuat pullback dahulu.
- Pullback ini perlu diberi perhatian:
1) Jika SYSTECH jatuh dan mampu bertahan di atas invalidation level pada paras harga RM 0.200, harga berpotensi menuju ke major wave 3 iaitu 161.80% (1.618 kali ganda) daripada major wave 1 iaitu pada paras harga RM 0.675.
- Jika SYSTECH tidak mampu bertahan di atas invalidation level ini, harga berkemungkinan membuat minor wave Z (triple three) dan berkemungkinan kenaikan sekarang ini cuma technical rebound atau dead cat bounce untuk melengkapkan minor wave X.
Analisis Fundamental :
- Secara overall, keuntungan dan perolehan (revenue) SYSTECH merosot untuk QoQ masing-masing sebanyak -1008.43% dan -18.53% serta YoY sebanyak -165.73 dan -19.33%.
- Untuk empat quarters terkini, revenue SYSTECH meningkat tetapi tidak mencatakan keuntungan malah membuat kerugian yang lebih besar.
- SYSTECH konsisten memberikan dividen kepada para pemegang sahamnya untuk tiga tahun berturut dengan pembahagian yang sama nilainya iaitu 0.2 sen sesaham.
Nota kaki :
------------ Umum ------------
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Dead cat bounce / Technical rebound = Kenaikan bersifat sementara sebelum harga membuat kejatuhan.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam idea analisis. Oleh itu, idea ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh abaikan bahagian 'Elliott Wave'.
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
SWKPLNT Harga Sawit tengah Meletop Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
#MOMENTUM
#Harga Minyak Sawit tengah Tinggi
kini berada di gelombang impulse Kecil 3 di gelombang Besar 5 dan sedang menuju ke atas dengan momentum volume yang kuat serta akan mendaki ke arah Gelombang Besar 5 di tahap Fibo Extension 100%-127% .
bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
Nota : Sila Peratikan Volume Momentum
Unjuran Kewangan amat memberangsangkan pada suku tahun yang terbaru
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
CTOS barang baru & ada jaminan tak busuk (Kemaskini)Kemaskini Pengiraan Gelombang Elliot
Idea Terdahulu :
Sektor : Teknologi/Perkhidmatan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini berada di Gelombang pembetulan kecil B dalam Gelombang Tiga dan adanya momentum kuat dan ianya akan meneruskan pendakian ke atas.
Gelombang besar satu bercorak Pepenjuru Awal ( Leading Diagonal 12345 - 53535 )
bagi sasaran Gelombang 1 kerap berakhir di tahap Fibo 200% - 261.8%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
EPMB dlm FASA akhir gelombang Pembetulan sebelum mendaki semula Sektor : Industri Produk
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
*Kesinambungan Analisis Pembetulan Pengiraan Gelombang Elliot di Corak Paten yang terdahulu*
Gelombang pembetulan kecil 4 yang membentuk corak "Normal Flat - ABC) akan berakhir sedikit masa dan menunggu momentum yang baru sebelum memulakan pergerakan bagi gelombang kecil 5 & seterusnya di tahap fibo 200%-261.8%untuk sasaran Gelombang Besar 3
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 100% & 161%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 200%-261.8%( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
TRIMODE Strategi Dagangan Corak Segitiga Penyusutan ABCDEStrategi Dagangan Corak Segitiga penyusutan (Triangle ABCDE)
Nota : Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) kerap berlaku di gelombang besar, kecil & subkecil EMPAT dan ada juga Gelombang Empat akan berubah menjadi Corak Rata (Flat ABC) jika gelombang (B) membuat kenaikan melebihi 100%-127.2% atau juga menjadi Segitiga penyusutan berlari ( Running Triangle ABCDE ) kerana Gelombang (B) melebihi 100% .
Segitiga gelombang Elliott adalah corak gelombang pembetulan yang menyatukan arah aliran sebelumnya. Segitiga gelombang Elliott terdiri daripada lima gelombang berlabel a-b-c-d-e .
Terdapat peraturan dan tiga garis panduan dalam pembinaan dan pengenalan segitiga gelombang Elliott .
Peraturan # 1: Sub gelombang segitiga terbahagi kepada 3-3-3-3-3
Peraturan # 2: Sub gelombang mesti berupa zigzag , beberapa zigzag , atau segitiga.
(Sekurang-kurangnya empat gelombang mestilah zigzag . Satu gelombang boleh menjadi lebih kompleks seperti zigzag berganda atau segitiga lain
Garis Panduan # 1 : Gelombang 'C' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'A'
Garis Panduan # 2: Gelombang 'D' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'B'
Garis Panduan # 3: Gelombang 'E' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'C'
Pada setiap peraturan di atas, tiga gelombang akhir segitiga menjadi semakin pendek daripada gelombang sebelumnya. Hasilnya, apabila melukis garis tren yang menghubungkan gelombang yang melampau, coraknya berbentuk segitiga.
Strategi Dagangan:
1) Gelombang (A) juga kerap berakhir di tahap Fibo 38.2% dgn mengunakan Alat Fibo Retracement yg di tarik dari poin Gelombang besar 2 berakhir hingga ke Poin Gelombang 3 berakhir atau tertinggi
2) kekerapan sasaran pengunduran gelombang (A) segitiga Penyusutan akan berakhir di kawasan sekata tahap gelombang subkecil 3 & 4
3) Strategi Pembelian untuk Gelombang (B) adalah dengan mengunakan Teknik Breakout Candle sebelumnya iaitu Ketika kenaikan harga melebihi melebihi harga tertinggi candle sehari sebelumnya utk pengesahan.
4) Sasaran Gelombang (B) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement 61.8%-78.6% dan perlu di ingat berkemungkinan jika kenaikan Gelombang (B) melebihi dari tahap fibo 100%-127.2% , maka kemungkinan corak segi tiga penyusutan akan berubah & menjadi corak Rata (Running Flat ABC ).
5) bagi Sasaran pengunduran Gelombang (C) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement adalah 61.8%-78.6%.
6) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin mula gelombang 3 mengundur hingga poin gelombang (B)berakhir ke bawah sebagai guide kepada gelombang (D) berakhir
7) Sasaran Gelombang (D) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir di garis Tren atas
8) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin gelombang (A) pengunduran hingga poin gelombang (C)berakhir menaik ke atas sebagai Guide Gelombang (E) berakhir
9) Sasaran Gelombang (E) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir @ Gelombang besar 4 sempurna di garis Tren bawah dan selepas itu akan membuat pantulan menaik utk permulaan Gelombang besar 5
10) Setiap Strategi pembelian & penjualan adalah di nasihatkan perlu mengambilkira setiap aspek Teknik-teknik saham yang ada seperti kaedah Buy on deep , Buy on Support atau Buy on breakout.
11) dan cuba gabungkan beberapa indicator seperti RSI , MACD & EMA7,21 sebagai panduan utk keyakinan dalam dagangan.
12) setiap Analisa gelombang untuk sasaran perlu mengunakan Fibo Retracement & fibo Extension sebagai panduan.
13) jangan lupa tentang kemasukan Volume adalah penting dalam momentum kenaikan
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
#MFLOUR di jangka akan membuat pembalikan sementara Analisa Teknikal ;
Secara teknikalnya Mflour dalam fasa gelombang pembetulan ABC besar ketika ini gelombang (A) telah berakhir dan dijangka akan membuat pantulan menaik utk
gelombang (B) ABC ke tahap Fibo Ret 61.8% -78.6%
akan tetapi amat la berisiko tinggi utk pedagang yang baru utk membeli kaunter ini kerana iainya berada dalam fasa Gelombang Pembetulan.
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
Sersol sedang menguji MA200?Berdasarkan kajian Elliot Wave, Sersol telah siapkan Wave 1 pada harga 0.275 dan telah membuat retracement
pada harga serendah 0.090. Sekarang Sersol sedang menguji MA200 dan mungkin telah siapkan Subwave 1 bagi
Wave 3. Berkemungkinan Sersol akan retrace untuk Subwave 2 bagi Wave 3. Kita tunggu dan lihat.
~Ini adalah sekadar kajian, kalau salah itu adalah cobaan~
By KobisTrader
#TECHBND Sedang memasuki Fasa Menaik (BULLISH)Analisa Teori DOW
Fasa pengumpulan telah lengkap/Matang dan kini dalam fasa pendakian ke atas seterusnya
* hanya Menunggu Volum yang kuat bagi penerusan menaik (Strong BUllish)
Analisa Gelombang Elliott
Kini sedang berada di gelombang pembetulan (2) mikro dalam gelombang c seterusnya akan
mendaki ke atas untuk melengkapkan gelombang c di aras fibonacci 141-161%
*Penafian:
Semua Idea Pelan Dagangan adalah untuk kajian Pengarang sahaja,
*Untuk tujuan membeli & menjual Aset, sila rujuk kepada wakil
daripada "Remiser atau Perunding Pakar".
*Semua pembelian atau jualan malah kerugian urus niaga saham, adalah milik anda sendiri
tanggungjawab.
AIMFLEX Dalam Fasa Menaik Bullish Analisa Teori DOW
Fasa pengumpulan telah lengkap dan kini dalam fasa pendakian ke atas seterusnya
Analisa Gelombang Elliott
Kini sedang berada di gelombang pembetulan (2) mikro dalam gelombang c seterusnya akan
mendaki ke atas untuk melengkapkan gelombang c di aras fibonacci 127-141%
*Penafian:
Semua Idea Pelan Dagangan adalah untuk kajian Pengarang sahaja,
*Untuk tujuan membeli & menjual Aset, sila rujuk kepada wakil
daripada "Remiser atau Perunding Pakar".
*Semua pembelian atau jualan malah kerugian urus niaga saham, adalah milik anda sendiri
tanggungjawab.
Kajatuhan melepasi invalidation ii, perlu kiraan semulaKajian Kaunter Censof
Pengiraan elliot wave untuk kaunter ini perlu pengiraan semula kerana kejatuhan telah melepasi kerendahan sebelumnya.
Ini telah melanggar Rules Elliot wave iaitu :- Kerendahan ombak Kedua tidak boleh melepasi Permulaan ombak pertama .
Afujiya Sedang Cuba Naik Membuat Wave 3?
Afujiya menunjukan tanda-tanda reversal up (boleh masukan ke dalam watchlist)
Bagaimanapun adalah lebih baik menunggu bodtl dan candle naik di atas middle BB
RSI masih di bawah 50 (RSI di atas 50 untuk momentum bullish trend)
Heikin ashi telah menunjukkan bullish candle pada kedua-dua tempoh masa 1 hari & 1 minggu
Gann Support: 0.37/0.34 | Resistance: 0.4/0.43
Sekadar kajian dan untuk journal pembelajaran elliot wave , fibonacci dan corak carta bagi saya sahaja. Bukan bertujuan buycall. Sila kaji terlebih dahulu. Tentukan risk & reward anda. Saya tidak bertanggungjawab di atas keuntungan mahupun kerugian anda. #tayor
#HHGROUP Kenaikan 'SuperBullish' ?Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
#SuperBull
kini akan membuat pembalikan menaik semula di gelombang Primary 3 dalam Gelombang Cycle III dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Cycle III sebagai sasaran .
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
EG Menuju ke Gelombang Super Cycle W (III)Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang memulakan pendakian di gelombang Gelombang Cycle I dengan momentum yang baru dan dijangka akan buat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Super Cycle (III) sebagai sasaran & mencapai sasaran harga tertinggi .
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
CHINHIN Pendakian Memecahkan Harga Tertinggi Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang membuat pembalikan menaik semula di gelombang Minor 3 dalam Gelombang Intermediate (5) dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Primary " ((3)) sebagai sasaran & mencapai sasaran Harga tertinggi sepanjang masa
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
WONG pembalikan semula menaik dalam gelombang Minor 5Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang membuat pembalikan menaik semula di gelombang Minit ((iii)) dalam Gelombang Minor 5 dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Intermediate 3 sebagai sasaran & mencapai sasaran 52 minggu harga tertinggi
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
CUSCAPI Tren Menaik Sasaran Tertinggi 52 MingguAnalisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang mendaki di gelombang minit (iii) dalam gelombang Minor 5 dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Intermediate (3) sebagai sasaran & mencapai sasaran harga tertinggi 52 minggu sekali lagi
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
AYS Pembalikan menaik Gelombang Minor 3 / Intermediate 5 ATHAnalisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang membuat pembalikan menaik semula di gelombang Minor 3 dalam Gelombang intermediate 5 dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Minor 3 sebagai sasaran & mencapai sasaran harga tertinggi sepanjang masa lagi
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
JETSON Pelan Dagangan Gelombang Minit ((1)) menaik Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang memulakan mendaki di gelombang minit ((i)) dalam Gelombang Minor 3 dengan momentum yang kuat dan dijangka akan membuat kenaikan bagi melengkapkan gelombang "Impulse 12345 " Minit ((i)) sebagai sasaran di tahap fibo extension 227.2%
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
DESTINI Pelan Dagangan Singkat Analisa Teknikal Gelombang Elliot : Pengiraan Semula EW & penukaran darjah label EW
#MomentumBreakout
kini sedang berada di penghujung akhir gelombang Minute (iv)/Minit (iii) dalam Gelombang Minor 1 dan dia jangka akan membuat pembalikan menaik ke atas Gelombang Minor 1
"impulse 12345" dengan aras alat Fibonacci 227.2% sebagai sasaran utk pelan dagangan jangka masa singkat tempoh seminggu.
"Pengunaan Alat Fibonacci Extension dengan tahap sebagai anggaran unjuran setiap kenaikan harga dan juga panduan Rintangan serta Sokongan*