naimmp98

HLAL (Masih dalam Mod Penurunan)

NASDAQ:HLAL   Wahed FTSE USA Shariah ETF
Pengenalan Ringkas:
- Wahed FTSE USA Shariah (HLAL) merupakan etf yang mengesan stok² atau saham² di dalam FTSE USA Shariah Index.
- Etf ini juga merupakan salah satu aset yang ditawarkan di dalam Wahed Invest.
- Terdapat beberapa portfolio di dalam Wahed Invest dan semestinya peratusan dana yang diperuntukkan untuk etf HLAL ini juga berbeza² bagi setiap portfolio.
- Portfolio 'US Stocks' dan 'Very Aggressive' paling banyak memperuntukkan dana ke dalam etf HLAL ini dengan peratusan peruntukan masing² sebanyak 97.5% dan 65%.
- Jadi, para pelabur Wahed Invest yang memilih dua portfolio ini pastinya akan terkesan dengan turun naik harga etf HLAL ini.

Analisis Teknikal:
------------Umum------------
- Melihat kepada pergerakan HLAL, sekarang harga telah jatuh di bawah MA 50 (lihat garisan ungu) menandakan harga telah bertukar daripada uptrend kepada downtrend untuk mid term.
- Harga juga cuba untuk naik kembali ke atas MA 50 tetapi tidak mampu. Ini menjadikan MA 50 sebagai SBR bagi HLAL.
- Support seterusnya adalah MA 200 (lihat garisan hitam) dimana harga masih berada di atas MA 200 menandakan HLAL masih uptrend untuk long term.
- Harga berkemungkinan akan meneruskan lagi penurunan dan berpotensi menuju ke paras:
1) MA 200 yang merupakan support dinamik HLAL,
2) 35.60 USD yang merupakan horizontal support HLAL,
3) 37.16 USD yang merupakan paras fibonacci 61.80% atau
4) 36.29 USD yang merupakan paras fibonacci 100%.
- Kemudian, HLAL perlu melepasi resistance untuk meneruskan kenaikan. Terdapat tiga resistance HLAL:
1) Upper boundaries garisan selari berwarna biru yang juga merupakan downtrend line HLAL,
2) MA 50 yang merupakan resistance dinamik HLAL dan
3) paras harga 40 USD yang merupakan horizontal resistance HLAL dan juga merupakan psychological price.
- Kejatuhan kali ini juga mungkin dasyhat kerana didorong oleh signal strong bearish divergence yang sangat luar biasa dimana oscillator histogram MACD dan Awesome Oscillator (AO) menunjukkan momentum paling kuat berlaku 'di permulaan kenaikan harga selepas pemulihan ekonomi daripada covid-19' dan selepas itu, kenaikan harga tidak disokong (tidak sekuat dan setinggi) momentum yang dahulu.
- Kesimpulannya, harga semakin meningkat tetapi momentum semakin berkurang.
- Signal divergence ini tidak mustahil akan menjatuhkan harga ke paras harga 32.80 USD.

------------Elliott Wave------------
- - HLAL sekarang dilihat berada dalam major wave Y dalam struktur double three yang dilabel dengan W-X-Y.
- Terdapat satu lagi bentuk corrective wave yang perlu disiapkan untuk membentuk wave Y samada zigzag, flat atau triangle.
- Target destinasi major wave Y berkemungkinan di paras:
1) MA 200.
2) 61.80% (0.618 kali ganda) major wave W.
3) 100% (1 kali ganda) major wave W.
4) 35.60 USD.
- Garisan selari berwarna biru juga boleh dijadikan sebagai guideline untuk destinasi major wave Y samada berakhir di lower boundaries atau mid boundaries.
- Jika major wave Y membentuk triangle (A-B-C-D-E), ia adalah petunjuk bahawa 'party almost over' bermakna selepas lengkapnya major wave Y, harga akan meneruskan kenaikan.
- Jika major wave Y membentuk zigzag atau flat, terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku samada major wave Y adalah corrective wave yang terakhir atau corrective wave belum berakhir dan mendorong harga untuk membuat triple three (W-X-Y-X-Z). Triple three ini membawa maksud akan ada dua lagi corrective wave yang akan terbentuk selepas lengkapnya major wave Y.
- Menggunakan justifikasi 'garisan selari' dan 'signal divergence' (seperti yang dinyatakan di bahagian 'umum' di atas), penganalisis merasakan harga akan membuat double zigzag bermakna major wave Y akan membentuk zigzag (A-B-C) dan sekarang harga berada di dalam minor wave A dalam major wave Y. Terdapat dua lagi minor wave yang perlu dilengkapkan untuk membentuk zigzag dalam major wave Y ini.
- Signal divergence ini juga boleh mendorong HLAL untuk meneruskan lagi penurunan dan membuat triple three (W-X-Y-X-Z) sehingga harga jatuh ke major wave 4 di paras harga 32.80 USD dan ini juga merupakan salah satu guideline corrective wave dalam Elliott Wave.

Nota kaki:
------------Umum------------
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi oscillator menurun (lower high).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, dinamic resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:

------------Elliott Wave------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.

🎈 Semoga Bermanfaat 🎈

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.