EMAS (KOMODITI)Analisa Trader Bilis : Emas (Komoditi) - Kaedah Pemetaan untuk mencari entri pada minggu 2 - 6 Ogos 2021
Teknik : S&D + S&R
Zon Permintaan : Kotak biru (Bawah)
Zon Penawaran : Kotak biru (Atas)
Zon Rintangan Menjadi Sokongan : Kotak hijau
Zon Sokongan Menjadi Rintangan : Kotak merah
Nota:
Kita akan memetakan pelan pelaburan untuk tempoh seminggu hadapan berdasarkan data pada minggu sebelum nya. Namun kita bertuah sebab lilin Bulanan telah ditutup awal pagi tadi. Jadi ini amat-amat membantu untuk menjangka pergerakan harga Mingguan atau Harian.
Berdasarkan penutupan harga Bulanan (Gambar 1), trend terkini dalam keadaan menurun disebabkan harga berjaya membuat harga terendah pada bulan Mac 2021 dan setakat ini harga gagal mencatatkan harga tertinggi berbanding harga tertinggi Januari 2021.
Kemudiannya kita akan mendapatkan data berdasarkan pergerakan harga Mingguan (Gambar 2). Trend masih sama iaitu trend menurun. Keadaan yang sama masih berlaku di Harian (Gambar 3). Oleh itu, kita mengandaikan bahawa pergerakan harga terkini secara keseluruhannya adalah dalam trend menurun. Data ini amat penting untuk kita memastikan entri major adalah berdasarkan trend manakal entri minor adalah bersifat sementara.
Setelah kita telah mendapatkan data yang cukup untuk jangkaan hadapan, barulah kita akan mencari peluang-peluang entri untuk minggu hadapan. Kita akan bermula dari selang masa 1Jam (H1). Kita akan memeta dengan menggunakan S&D dan S&R (Gambar 4). Bagi mengurangkan lagi risiko kerugian dan meningkatkan lagi paras untung, kita akan menurunkan selang masa kepada 15Minit (M15) seperti Gambar 5. Jadi zon kita akan lebih kecil dan risiko kita akan menjadi lebih rendah.
Terdapat 2 kaedah untuk membuat belian atau jualan iaitu kaedah Pesanan (PO) atau Segera seperti di bawah:
1. PO - meletakkan Pesanan Belian Terhad/Jualan Terhad di dalam zon permintaan (Belian Terhad)/zon penawaran (Jualan Terhad). Seperti Gambar 6 (Belian Terhad pada 1810.29); atau
2. Segera - menunggu harga masuk ke dalam zon dan membentuk zon baru yang sama dengan zon asal (contohnya zon permintaan baru ke atas zon permintaan asal), segera membuat Belian. Dan sebaliknya Jualan apabila zon pernawaran baru dibentuk. Seperti Gambar 7 (Belian Segera pada 1811.48).
Gambar ke 8 adalah entri pada 30 Julai 2021. Alhamdulillah. Insha Allah pada perkongsian seterusnya akan tunjukkan bagaimana Pelan Pengurusan Modal bermula USD10 hingga USD1,000+ dalam tempoh 20 hari atau 20 kali entri.
Mudahkan teknik pelaburan. Cuba kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko & Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya!
-TAYOR-
Cari dalam idea untuk "EMA"
EMA Masih UptrendHarga Terkini: 2.18
Rintangan : 2.22, 2.325
Sokongan : 1.92, 1.82
Ulasan : EMA 20/50 tersusun cantik
Sektor : Kling Pengeluar / Peralatan/Bekalan Pejabat
PENAFIAN :
Segala carta yang dilampirkan adalah tujuan kajian dan pembelajaran sahaja.
Tiada unsur panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Keuntungan dan kerugian di atas usaha anda sendiri.
#TAYOR
#SedekahSubuh
#GoBeyondThatLimit
Emas BULLISH hingga akhir tahun?Berdasarkan analisis mingguan ini, tinggi peluang pasaran emas akan terus meningkat ke arah paras tertinggi sebelum ini pada bulan Ogos 2020 lepas.
Harga akan retest pada kawasan rintangan 2.618, jika menembusi keatas? tinggi peluang akan teruskan peningkatan. lihat pada anak panah hijau bullish
Emas Permata SementaraPOHKONG nampak seperti akan meneruskan kenaikan pada hari ini setelah indeks gold dunia juga dilihat naik setelah beberapa krisis covid di UK semalam. Ini merupakan peluang bagi kaunter emas untuk mendapat perhatian setelah sekian lama sideway. Paras rintangan bagi kaunter ini dilihat pada paras 0.900 manakala garisan MA20 sebagai paras sokongan.
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
EMAS menjadi rebutan masa kini!!!Kajian POH KONG 21.08.2020
FA
> Sector Consumer product (Pengeluar Emas)
> Market Capital (RM): 426.77m
> Number of Share: 410.35m
TA:
>> Candle Di Atas 3 Garis MA : MA20:MA50:MA200 (Menarik)
>> Stoch RSI masih Paras Lantai
>> Macd masih tekanan jualan (tunggu masa pullback)
TP1: 1.170
TP2; 1.275
TP3: 1.800 (jauh)
Cari harga terbaik pada Entry Box
#Penafian: Kajian pembelajaran semata-mata
Sila sediakan pelan dagangan masing-masing
#Studentmahersahampremium
#Rezekiuntukoranglain
EMAS .... MEROKET!!!!Harga emas terus meningkat pada hari Selasa dengan peniaga Amerika Syarikat dan pelabur datang kembali selepas cuti Hari Buruh ke apa yang menjadi minuman beracun Brexit dan risiko perang perdagangan. Harga logam kuning telah meningkat daripada rendah $ 1,521 ke paras tertinggi $ 1,549.73 yang dicetak dalam perdagangan baru-baru ini berikutan penjualan dalam Dolar.
Terdapat pesimisme yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan global secara keseluruhan dan prospek kemelesetan yang diimport untuk ekonomi AS. Data hari ini dari Amerika Syarikat dalam ISM adalah ukuran utama apa yang boleh digunakan oleh pasaran untuk menilai ekonomi oleh, seperti yang dinyatakan oleh para penganalisis di ING Bank, "telah secara historis menjadi salah satu indikator petunjuk ekonomi terbaik dan fakta semua komponen utama kini di wilayah penguncupan adalah punca utama untuk dikhuatiri. " FOREXCOM:XAUUSD