Cari dalam idea untuk "FCPO"
Menanti Peluang untuk FCPO di carta 15 minitFCPO menunjukkan kelemahan dan akan bermula down trend di carta 15 minit
1. Pentagon jual disahkan
2. Sell-Off dengan volume yang tinggi
3. Sokongan di tembusi
4. Jualan berterusan dengan Up-Thrust
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
FCPO PembetulanJangkaan pemebtulan akan berlaku di pasaran FCPO minggu hadapan,
Statregi beli, ikut jangkaan harmonik dan jual pada harga 2260 maksimum
Jika harga jatuh dibawah harga 2165 plan ini terbatal dan plan ini hanya valid selama 5 hari.
Jika tidak sampai target atau tidak mencapai dibawah 2165, selepas 5 hari, maka pelan in terbatal.
FCPO - Signal penurunan pada carta H1 (hourly chart)Salam kepada semua.
Analisa teknikal Carta Niaga Hadapan FCPO
1. Munculnya candlestick corak "Morning Star" pada paras tertinggi pembetulan fasa downtrend.
2. Target akan jatuh sehingga 2145.
3. Signal akan batal jika harga menaik dan pecah atas 2186.
Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
FCPO carta 60 minit - sedia untuk shortanalisa terakhir pada 12 september menunjukkan bearish telah menguasai pasaran sebelum naik dan kembali diseret turun.
FCPO carta 60 minit telah melantun dari paras S1 menunjukan kekuatan sokongan paras paras tersebut dalam jangka masa pendek. Namun begitu, trend pada terkini ini kelihatan masih bearish, lantunan dari paras S1 ini dijangka hanya akan berterusan ke menuju R1, dimana paras ini merupakan paras terbaik untuk melakukan short. R1 juga terletak pada Fibo fan 0.382 yang merupakan garisan downtrend jangka masa pendek.
Jangkaan alternatif, momentum kenaikan pada hari jam terakhir pada hari Jumaat lalu agak kuat, paras R1 mungkin ditembusi dan jika ini berlaku, posisi short mesti dilupuskan dan kenaikan dijangka menuju ke Resistance Zone.
FCPO - Memecahkan Paras Sokongan KuatBy Hasnizam Hassan MSTA CFTe
Carta menunjukan harga tidak mampu bertahan di atas paras 2356
setelah membuat kenaikan ke paras 2381 dari 2368. Kejatuhan harga juga menunjukan harga
telah memecahkan paras sokongan kuat di 2356 dan membuat new low kali terakhir direkodkan
pada July 2016. Kejatuhan harga juga di sokong oleh indikator ADX dan RSI. Jangkaan harga
akan meneruskan kejatuhan ke paras 2311 jika harga mampu bertahan di bawah paras 2340.
03 May 2018
FCPO
Entry 2370
Stop 2381
Target 2341
Disclaimer: The content published is solely for information and personal use only.
Trade at your own risk.
Fuh! FCPO pecah support TP2 TFW!Ok, untuk idea FCPO minggu ni, bertepatan dengan kekacauan yang berlaku pada 24hb Ogos lepas, memang kacau habis pergerakan uptrend FCPO. Malah, dia u-turn gais. Terus menjunam dan yang paling menarik, terus pecah support TP2 TFW. Makanya, bersedialah untuk harga turun lebih bawah lagi ya (ini jangkaan saya sahaja) sebab TP2 TFW ni strong. Maka jika support ni pecah, harus dia menjunam punya.
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 4217 dan ditutup pada 3915 (penurunan sebanyak 302 ticks bersamaan RM7,550)
Minggu pertukaran kontrak aktif FCPOOk, untuk FCPO minggu ni, adalah minggu pertukaran kontrak aktif Oktober kepada November. Kalau korang perasan, sekarang saya pakai kontrak FCPO November (kod FCPOX2022).
Biasanya time minggu pertukaran kontrak, seboleh-bolehnya jangan trade ya.
Apapun, kita tandakan dulu level-level penting iaitu:
TP1 TFW: 4819 - 4941
TP2 TFW: 4011 - 4133
TP3 TFW: 3203 - 3325
Kajian FCPOHasil dapatan daripada kajian lepas harga telah mencapai TP1 dengan keuntungan maksima 52 point. Daripada pergerakan harga pada hari ini, candle telah membentuk kawasan sideway. ini menandakan bahawa accumulation sedang berlaku dan market sedang mencari arah baru. kawasan sideway berlaku pada jarak antara 2018 hingga 2030. sekiranya harga bergerak melepasi kawasan ini ia akan membentuk buy atau sell area dan akan meneruskan pergerakan untuk menuju kepada harga TP. Selamat berdagang.😎😎😎
www.t.me
Bahan Mentah Bullish Season FCPO: THPLANT. Mampukah?Overall Chart THPLANT Monthly TF: Sejarah Penuh Perjalanan.
2012: THPLANT buat EL2 Sell dengan membuka pintu IB dan CB1. Maka bermulalah downtrend yang panjang dan menjemukan. Fibo pintu CB1 M1 ni akhirnya telah hit TP2. Di sini trend menurun akhirnya menunjukkan tanda reversal apabila:
1. Terbuka pintu 1: dominan break M1
2. Terbuka pintu 2: CB1 M1
3. Struktur market berubah, middle line downtrend channel di pecahkan.
Fibo Musang menggunakan dominan break dah pun hit TP2 alhamdulillah, kawasan ini juga pernah jadi SNR level tahun 2009.
Fibo Musang yang menggunakan CB1 M1 pulak masih belum mengena, inshaAllah akan menjadi next target sekiranya:
1. Di kawasan rehat TP dominan break sekarang ini tidak ada pintu bearish yang dipecahkan. Sebarang pergerakan turun adalah PULLBACK semata-mata. Sekiranya candle putih penentu (open 0.550) tidak dapat bertahan dan dibolosi maka status ini berubah.
2. Pullback berakhir dan pintu baru akan dibuka musang untuk teruskan perjalanan ke atas. Di mana ending pullback? Dimana pintu bullish yang perlu dipecahkan musang? Dimana entry level paling musang sekali? Semua ini dapat diperhatikan di lower TF.
Target sudah ada. CL level pun ada. Mari cari EP di TF kecil.
FCPO janganlah memberi harapan palsu! Bismillah inshaAllah ada rezeki..
Jumpa di ulasan TF kecil.
NSM
Kajian FCPO 18/12/2018Kajian FCPO 18/12/2018
Seperti biasa kita bermula dengan carta yang lebih besar untuk melihat keadaan market secara lebih luas. Dari pemerhatian saya melalui carta 4 jam, berbanding dengan kajian pada 17/12/2018, saya dapati harga masih pada paras tertinggi. Ini menunjukkan kekuatan untuk naik adalah besar. Sekiranya dilihat secara terperinci, market telah bergerak dan membentuk "Ascending Triangle" di mana kuasa atau momentum yang disimpan di market adalah semakin besar. Saya lukiskan pada carta 4 jam bagi memudahkan para pembaca untuk melihat keadaan market seperti apa yang say sebutkan tadi. untuk teori teknikal, keadaan petak segi tiga dengan muncung ke atas (ascending triangle) akan memungkinkan harga untuk terus ke atas. Sekiranya dibandingkan dengan inidikator smoke, sekiranya harga berada pada paras tertinggi, ia akan berpatah balik dan menjunam. kedua-dua teori ini adalah bertentangan. Oleh itu apa yang saya dapat jangkakan ialah market perlu memecahkan paras rintangan pada 2150 untuk berada pada keadaan menaik dan sekiranya market memecahkan ke bawah paras sokongan yang membentu segitiga, ia akan jatuh dan mencari paras sokongan pada 2069.
Melihat keadaan carta 1 jam dan carta 15 minit, apa yang saya dapat lihat adalah kedaan jarak market antara paras tinggi dan rendah adalah sangat kecil dan ini adalah sangat susah untuk menentukan pergerakan market secara terperinci. Untuk itu saya tiada ulasan sehingga market menentukan hala tuju.
Carta 5 minit adalah carta kegemaran saya, dari carta ini secara mudah kita dapat menentukan paras lompatan atau halatuju awal harga. Kemungkinan, harga akan buka atau tuju awal pada sekitar 2116 dan 2110 sebagai titik rujukan sebelum menentukan halatuju.
Lihat pada pos saya yang terdahulu berkenaan dengan analisa fundamental.
Perkongsian ini adalah sekadar untuk pembelajaran semata-mata. Sebarang keruntungan atau kerugian adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sekiranya anda menyukai perkongsian ini sila tekan butang suka dan komen untuk memberi manfaat kepada semua.
Sekian.
Kajian FCPO 17/12/2018Kajian FCPO 17/12/2018
Mengikut arah pergerakan market, Harga telah berada paras teratas. Jika mengikut konsep teknikal, harga kemungkinan akan jatuh kerana market telah berada pada kedudukan tertinggi. Ini dapat dilihat pada carta 4 jam, 1 jam dan 15 minit. rujuk pada gambarajah di bawah.
Pada carta 15 Minit, kita dapat lihat market membuat "double top"dan menjunam setelah berada pada paras tertinggi, ini juga dapat dilihat pada keadaan semasa bila mana market telah berada pada tahap tertinggi dan market pernat membuat sekali "reversal", sekiranya "reversal" kedua berlaku, kemungkinan market akan jatuh jauh ke bawah.
Berlainan dengan kajian dari sudut fundamental, dengan berita dan keadaan market secara keseluruhan yang telah diterangkan pada pos saya minggu lepas. Rujuk pos pada 13/12/2018, di mana harga minyak kelapa sawit semakin mengukuh dengan beberapa usaha kerajaan yang boleh mempengaruhi pergerakan harga market pada hari ini.
Pos pada 13/12/2018
Kembali semula pada carta kecil yang tidak boleh kita ambil mudah iaitu carta 5 minit. Carta 5 minit, dijangkakan harga buka adalah dalam jarak 2131 dan 2136.
Daripada hasil dapatan secara keseluruhan, sekiranya harga melepasi 2148, harga akan terus laju ke atas dengan memecahkan bentuk "sideway" yang telah berlaku beberapa bulan lepas dan mengiyakan teori fundamental. Sebaliknya, jika harga jatuh dan melepasi 2131, kemungkinan harga akan terus menjunam ke 2110 mengikut teori teknikal seperti biasa.
Oleh itu, para pelabur di harap dapat menunggu sehingga market mengenalpasti arah tujuan sebenar sebelum melabur supaya tidak terperangkap dengan sindiket pemain harga dibelakang market.
Perkongsian ini adalah sekadar untuk pembelajaran dan segala keuntungan atau kerugian daripada hasil perkongsian ini adalah tanggungjawab sendiri.
Sekiranya anda menyukai perkongsian ini, sila like dan kongsiakn pandangan anda untuk manfaat bersama.
Kajian FCPOCarta 4 jam dan carta 1jam
Harga telah sampai ke patas tertinggi
Rujuk pada pos sebelum ini yang menerangkan berkenaan dengan teknik swing menggunakan smoke evolution.
Perkongsian ini adalah sekadar pembelajaran untuk melihat pergerakan harga market. Segala maklumat yang digunakan melalui perkongsian ini adalah tanggungjawab sendiri dan pihak saya tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan atau kerugian.