zackdinz

Kajian FCPO 17/12/2018

zackdinz Telah dikemas kini   
MYX:FCPOH2019   Crude Palm Oil Futures
Kajian FCPO 17/12/2018

Mengikut arah pergerakan market, Harga telah berada paras teratas. Jika mengikut konsep teknikal, harga kemungkinan akan jatuh kerana market telah berada pada kedudukan tertinggi. Ini dapat dilihat pada carta 4 jam, 1 jam dan 15 minit. rujuk pada gambarajah di bawah.




Pada carta 15 Minit, kita dapat lihat market membuat "double top"dan menjunam setelah berada pada paras tertinggi, ini juga dapat dilihat pada keadaan semasa bila mana market telah berada pada tahap tertinggi dan market pernat membuat sekali "reversal", sekiranya "reversal" kedua berlaku, kemungkinan market akan jatuh jauh ke bawah.

Berlainan dengan kajian dari sudut fundamental, dengan berita dan keadaan market secara keseluruhan yang telah diterangkan pada pos saya minggu lepas. Rujuk pos pada 13/12/2018, di mana harga minyak kelapa sawit semakin mengukuh dengan beberapa usaha kerajaan yang boleh mempengaruhi pergerakan harga market pada hari ini.

Pos pada 13/12/2018

Kembali semula pada carta kecil yang tidak boleh kita ambil mudah iaitu carta 5 minit. Carta 5 minit, dijangkakan harga buka adalah dalam jarak 2131 dan 2136.


Daripada hasil dapatan secara keseluruhan, sekiranya harga melepasi 2148, harga akan terus laju ke atas dengan memecahkan bentuk "sideway" yang telah berlaku beberapa bulan lepas dan mengiyakan teori fundamental. Sebaliknya, jika harga jatuh dan melepasi 2131, kemungkinan harga akan terus menjunam ke 2110 mengikut teori teknikal seperti biasa.

Oleh itu, para pelabur di harap dapat menunggu sehingga market mengenalpasti arah tujuan sebenar sebelum melabur supaya tidak terperangkap dengan sindiket pemain harga dibelakang market.

Perkongsian ini adalah sekadar untuk pembelajaran dan segala keuntungan atau kerugian daripada hasil perkongsian ini adalah tanggungjawab sendiri.

Sekiranya anda menyukai perkongsian ini, sila like dan kongsiakn pandangan anda untuk manfaat bersama.
Komen:
Kemaskini perkongsian. naik atau turun?

Komen:
Terbaik

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.