FCPO: Arah Aliran masih Jatuh... Pasaran Ekuiti seakan memberi petanda bahawa ia berkemungkinan sedang menuju ke arah aliran jatuh, maka, peluang melabur dan berdagang mungkin semakin berkurangan, namun begitu, ada pasaran FCPO yang mana berkemungkinan menjadi lokasi untuk pedagang pedagang jangka pendek boleh membuat keuntungan, baik dalam arah aliran jatuh, mahupun dalam arah aliran naik.
Melihat pada carta mingguan FCPO untuk mencari arah aliran jangka panjang, dari petunjuk Moving Average untuk mencari arah aliran, ia menunjukkan bahawa arah aliran jangka panjang masih jatuh, dan petunjuk sochastic juga menunjukkan bahawa arah pusingan sudah pun berada di lantai, tapi belum ada petunjuk yang menyokong akan perubahan aliran arah termasuk lah dari petunjuk Moving Average mahupun petunjuk ADX.
Melihat pada petunjuk ADX, kedudukkan ADX yang sedang menaik, memberi petunjuk bahawa trend kejatuhan masih kuat dan mempunyai momentum.
Oleh itu, jika pedagang pedagang FCPO ingin berdagang FCPO, adalah lebih selamat untuk memilih dan mencari peluang berdagang arah aliran jatuh berbanding dengan arah aliran naik. ini hanyalah idea dagangan secara umum, untuk lebih spesifik anda harus melihat pada carta yang lebih singkat, samaada carta jam atau carta 15min untuk mencari peluang peluang dagangan singkat.
Analisa teknikal hanya lah satu andaian dan bukan kepastian berdasarkan pergerakan carta pada masa yang lepas. Analisa teknikal ini hanyalah untuk tujun pembelajaran.
Terima Kasih
Search in ideas for "FCPO"
FCPO berehat di area support TFWOk, untuk idea FCPO minggu ni, berlaku breakaway gap seperti 2 minggu lepas di area kritikal support/resistance (kotak kuning yang saya draw tu adalah TP2 TFW). Cumanya momentum untuk dia naik ke atas tu dah terbantut pada 24hb Ogos. Korang tengoklah, lemang sebatang dia bagi. Memang kacau habis pergerakan uptrend FCPO.
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 4228 dan ditutup pada 4181 (penurunan sebanyak 47 ticks bersamaan RM1,175)
FCPO berada di landasan yang betul.Ok, untuk FCPO minggu ni, kita dah boleh pakai kontrak FCPO November ya (kod FCPOX2022). Tapi kalau korang still nak pakai kontrak bulan lepas pun still boleh. Asalkan ada volume.
Harga sekarang betul-betul berada di support area (TP2 TFW). Jika support ni pecah, harga akan jatuh ke bawah. Manakala, jika support ni utuh, harga akan mencari TP1 TFW.
Pandangan peribadi saya mengatakan support ni utuh dan harga akan menaik. Ini berdasarkan kalau kita lihat harga dari 2 minggu lepas sehingga ke hari ini, harga telah berjaya bertahan di atas TP2 TFW. Malah, volume minggu lepas yang tingginya 2x ganda volume minggu-minggu sebelumnya pun tak berjaya memecahkan support TP2 TFW. Ini membuatkan saya yakin yang support ni utuh.
Sama-samalah kite saksikan ye.
FCPO: Puncak Berganda?Carta FCPO dilihat bergerak dalam trend menurun sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga seakan membentuk corak carta Paras Tinggi Berganda pada selang masa harian
Harga pada hari terakhir dagangan walaubagaimanapun dilihat masih cuba melakukan kenaikan
Corak carta ini dikatakan masih belum lagi terbentuk selagimana harga belum memecahkan sokongan corak carta berkenaan
Adakah harga akan bertahan atau membuat penurunan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
FCPO: Analisis Teknikal Awal Mac 2019Ini adalah apa yang dapat dilihat dari pandangan saya. Struktur jelas kelihatan telah berubah dari menurun cuma belum pasti akan menjadi sisi@menaik. 1 HH (higher high) perlu ada untuk menjadi menaik. Jika gagal, harga akan menjadi struktur sisi buat waktu ini.
Jangkaan adalah seperti anak panah hitam & biru iaitu jangkaan berdasarkan corak carta Cup & Handle. Setakat ini, harga telah mencapai jangkaan anak panah biru (handle).
FCPO carta jam - monitor pergerakan harga untuk Long, atau shortSetelah sekian lama berada dibawah resistance zone (kotak ungu), akhirnya pada 4 september yang lalu, pergerakan harga telah berjaya memecah zon ini dan mencecah paras 2300 setelah sekian lama.
Adat pergerakan harga tidak akan sentiasa lurus, mesti ada zig zag. Sekarang ia sedang dalam fasa retracement, didalam kotak paras resistance yang lama (kini dianggap Support zone, kotak ungu) dan masih dalam trend menaik (uptrend), selagi pergerakan harga berada diatas garisan biru (U1).
Perhatikan pergerakan harga untuk jam-jam seterusnya. Jika harga membuat lantunan (rebound) dari zon ini, maka anda boleh buy dengan target 2280 (R1) dan 2298 (R2). target ini boleh dipakai selagi harga berada diatas garisan biru (U1). Jika harga telah melantun naik dan pada bila-bila masa selepas itu, harga menembusi U1, anda boleh close position buy dan short untuk target harga kembali ke dalam support zone.
Seandainya harga menembusi support zone (kotak ungu), untuk short term, anda boleh short FCPO dengan target 2251 (S1, 50% dari kenaikan sebelumnya) dan 2221 (S2)
Analis yang mudah menggunakan support & resistance. Follow profile saya untuk mengetahui lebih lanjut. Post soalan ada diruangan komen dan saya akan cuba jawabnya.
selamat berjaya!
FCPO : SND KEYLEVEL ACT KEPADA ISYARAT BELIAN@JUALAN TF KECILSupply & demand adalah kunci kepada had jarak pergerakan harga dan
sebagai unjuran kepada pembetulan dan pantulan harga.
Kombinasi bersama dengan alat pengukur trend seperti EMA dan overbought/oversold
juga menjadikan kedudukan posisi lebih kuat/teratur.
CARA SETUP FIBONACCI KEYLEVEL GCOV5
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN.
FCPO1! - dan Penunjuk Kekuatan RSISecara teknikal dapat dilihat FCPO telah memantul dari paras terendah 52 minggu dan sedang menguji halangan terkuat (SBR), Sekiranya berjaya tembus pada paras ini halangan seterusnya adalah paras tertinggi Mei, Kemungkinan untuk kembali pada aliran menaik, harga mesti kekal berada diatas garis menurun (down trendline). Jika dapat diperhatikan pergerakan harga dan penunjuk RSI sudah tidak lagi sekata ( bullish regular divergence ), kemungkinan untuk berlaku pembetulan sementara agak tinggi. Boleh perhatikan kemajuan teknikalnya akan kemana. Sekadar kajian teknikal sebagai pelajaran.
FCPO : 1H RANGING TRADE, MONITOR KEY LEVEL JARAK DEKAT SAHAJASelepas membuat bearish pada minggu lepas, sesi terkini ada sedikit pembalikan namun ia
masih belum kukuh dimana harga masih dibawah eksponen 50 bagi 4H.
Untuk masa terdekat, lebih kepada ranging mood. Untuk itu, observe key level
berdasarkan pivot weekly, dan supply demand. Harga semasa( Isnin malam) berada
di area pivot, dan range semasa hanya antara R1 dan S2 fibo level weekly.
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
FCPO1! : Sideway Mood- Harga FCPO1! bergerak dlm julat 2288 - 2377 mata.
- Jika harga berjaya break 2377 maka destinasi seterusnya akan mencari 2421.
- Jika tidak dapat tembus 2377 harga akan turun kembali mencari support 2318.
- TFD1 masih menunjukkan trend bearish.
-Perhatikan arah harga harga FCPO1! ini.
FCPO1! : Peluang short PALM OILFCPO1!
1. Harga menunjukkan jualan masih kuat. Sesuai untuk membuat entry sell.
2. Teknikal BB menunjukkan kekuatan signal jual apabila harga melepasi LowerBB.
3. Target sy harga akan turun mencari support terdekat 2513. Buy Stop 2586.
4. Kemungkinan harga akan turun lagi rendah kerana terdapat selling pressure.
p/s: Ini adalah pendapat peribadi admin sahaja. TAYOR.
FCPO dah pecahkan downtrendline dan singgah TP2 TFW. Now what?Pada posting saya yang lepas (Minggu 40), saya menjangkakan salah satu daripada senario berikut akan berlaku:
(i) harga FCPO akan break the trendline dan mencari TP2 TFW
(ii) harga FCPO tak mampu break the trendline (seperti minggu lepas) dan akan meneruskan penurunannya, mencari TP3 TFW.
Nampak gayanya, harga FCPO telah mengikuti senario (i), di mana harga FCPO telah break the downtrendline dan telah singgah di TP2 TFW. Memandangkan hari ni cuti, maka kita tak tahulah apa halatuju seterusnya.
Saya jangkakan, jika TP2 TFW ni kuat, maka harga FCPO akan melantun ke bawah. Manakala, jika banyak volume membeli masuk secara berterusan, boleh jadi TP2 TFW akan pecah dan jadi RBS (resistance become support).
Sama-samalah kite saksikan ye.
FCPO patah trendline (TF15m)Ok, untuk idea FCPO minggu ni, saya hampir-hampir mempersoalkan kaedah pecah midBB ni. Mana taknya, pada hari Isnin, market dah terang-terang bagitahu pergerakan adalah downtrend. Harga FCPO pun menurun pada waktu tu. Kemudian, pada Rabu, 21hb September jam 2.30 petang, berlaku gap up sebanyak lebih 50ticks. Dan momentum ni pergi lebih tinggi melebihi highest price pada Isnin. Orang cakap, tergugat iman sekejap. Haha.
Alhamdulillah, selepas daripada tu, harga FCPO keep on making lower high. Hal ini menandakan momentum ke atas dah berkurang. Dan sure enough, pada 22hb September jam 11 malam, harga FCPO patah trendline. So harga pun turun.
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 3840 dan ditutup pada 3736 (penurunan sebanyak 104 ticks bersamaan RM2,600)
FCPO penampakan KLCC berakhir dengan sedikit penurunanOk, untuk idea FCPO minggu ni, saya suka highlight pergerakan harga pada awal minggu (isnin 10.30am) ketika market dibuka. Kalau korang mengikuti saya selama beberapa minggu ni, saya dapati, setiap kali market buka pada awal minggu, kite tentukan dulu direction market tu.
Sebagai contoh, pada
isnin lepas, Harga FCPO cross up midBB. Ini menandakan pergerakan harga adalah uptrend. So kite fokus untuk cari long/buy position je.
Cuba korang tengok pada 5.15pm hari isnin tu jugak, harga FCPO cross down midBB dan stay closed di bawah midBB. So boleh la short? Ha, tadi kan saya dah cakap untuk cari long position je kan? Cube korang tengok kalau korang masuk short jugak, apa akan terjadi? TP1 pon tak sampai yeop! Yang lebih teruk lagi, kalau jenis yang tak reti set CL level, kompom2 banyak loss korang tu. Silap-silap boleh margin call! (sayangilah capital anda, huhuhu).
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 3570 dan ditutup pada 3724 (kenaikan sebanyak 154 ticks bersamaan RM3,850)
FCPO-TF15 minit ( untuk catatan & idea peribadi sahaja) I/Allah
NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual instrumen ini
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma13ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
1. Keseluruhan di tf besar fcpo , downtrend.
2.Di tf5 seolah2 dan terkial2 mencari arah trend , seperti untuk mengelirukan pedagang
kecil ( Kita la tew- tapi masih boleh membuat sedikit profit pada 'scalper' )
3.jika nanti market buka ( 2.30pm) GU , harga mungkin mencari Dan 'mengCompletekan'
aka menyempurkan range yang dibuatnya di pagi tadi. Akan tetapi jika harga melepasi
line purple ( rujuk Carta) maka set up untuk 'short' terbatal untuk Hari ini.
4. Jika harga tidak melepasi line 'purple' maka bolehlah :
- Kita bersedia Dan mengkaji untuk membuat sebarang posisi dengan ilmu masing2.
-low 3298 ( itu jer nak bagitau)
5.atau terus ' gap down" , buatlah sesuatu dan kaji dengan ilmu masing2
6) itulah keunikan FCPO ini..kerana akhirnya market bukan kita punya..
7.saya sertakan juga pautan kajian bersama fcpo pada 10/06/2021 untuk kita semua
belajar sesuatu yang percuma ( terima kasih pada guru saya cikguFly&dayat di atas ilmunya )
Untuk berdagang di fcpo ini, berdaganglah mengikut kesesuaian masing2
citarasa kita tidak sama kan ..
begitulah dunia TA, perkara sama tetapi lihat berbeza2 .
tiada yang betul atau salah kerana ianya belum berlaku
-pun begitu sila kaji dengan ilmu masing
FCPO berdiriKalau di lihat pada chart FCPO, menunjukkan dia telah memecah tahap rintangan 2780 dan pada 15hb breakout pada 2888mata.Hari jumaat pula FCPO telah memecah tahap rintangan 3000. Jika tiada berita yang menganggu, FCPO mungkin meneruskan kenaikannya pada minggu hadapan.
SMA 50 dan SMA 200 bertemu pada 19 ogos memberi isyarat yang FCPO akan naik.
Sekian.
FCPO masuk semula ke area TP2 TFWOk, untuk idea FCPO minggu ni, macam post saya sebelum ni, kalau banyak volume membeli masuk, maka, harga FCPO akan masuk ke dalam area kotak hijau (TP2 TFW). Boleh tengok di dalam chart di atas, pada hujung-hujung sesi dagangan, banyak volume membeli masuk.
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 3342 dan ditutup pada 3837 (kenaikan sebanyak 495 ticks bersamaan RM12,375)
FCPO naik atas hanya untuk terjun lebih dalam?Berpandukan trendline warna kuning yang saya lukis tu, saya jangkakan harga FCPO akan mengalami salah 1 senario:
(i) harga FCPO akan break the trendline dan mencari TP2 TFW
(ii) harga FCPO tak mampu break the trendline (seperti minggu lepas) dan akan meneruskan penurunannya, mencari TP3 TFW. Saya biased pada yang ini.
Sama-samalah kite saksikan ye.
FCPO sila ambil perhatian bila harga menghampiri support TFWOk, untuk idea FCPO minggu ni, kite kene zoom out sedikit untuk dapatkan cerita dia. Kalau korang perasan, minggu lepas ada triangle di area TP2 TFW. Kalau tak silap saya, triangle ni sifat dia, kalau pecah atas, harga akan naik. Tapi kalau pecah bawah, harga akan turun. Begitulah.
Dalam kes ni, harga FCPO pecah ke bawah triangle. Jadi kite boleh tengok, betapa banyaknya harga jatuh (lebih kurang 600 ticks yeop!)
Minggu ni harga FCPO dibuka pada 3603 dan ditutup pada 3416 (penurunan sebanyak 187 ticks bersamaan RM4,675)
FCPO meneruskan penurunannyaOk, untuk FCPO minggu ni, dah betul dah jangkaan saya iaitu harga akan meneruskan penurunan (ada gap down pun).
Cumanya pada isnin lepas, harga FCPO dah cross up midBB so sepatutnya (mengikut pengetahuan saya yang terhad ni) harga FCPO akan meningkat. Tapi realitinya, harga teruskan penurunan. Di sinilah pentingnya kita pahami bahawa semua ni adalah probability game. Yang penting CL level tu kita jaga ketak-ketat. Harap maklum.