Harga kini masuk semula ke dalam zon "pullback/retracement" dan hanya menantikan kemunculan signal entri terbaru. Boleh rujuk pada video di atas
Berdasarkan contoh-contah lama sebelum ini, jika carta HOMERITZ membuat perkara yang sama, kita sudah boleh bersedia untuk menunggu.
Beberapa idea cadangan untuk lihat lokasi lantunan akan datang, jika ada.
Bila carta ni nak insaf dan mulakan semula ke jalan yang benar? Saya ada beberapa cadangan idea untuk dijadikan pelan dagangan akan datang. Semoga terhibur.
Sejak membuat aras tertinggi sepanjang masa, carta serba dinamik tidak meneruskan lagi kenaikan dan dalam masa yang sama tidak juga menjunam kejatuhan. Mungkin boleh menunggu semula kemasukan volum dan juga kenaikan harga sebelum boleh bertindak. Saya sertakan contoh yang seakan sama semasa kejadian di carta KGB. Selamat bercuti !
Selepas kemunculan volum yang melebihi dari volum semalam dan harga yang tutup lebih rendah dari semalam, harga tidak lagi meriah menaik. Penerangan bagi menyambung cerita tempohari.
Ada ketikanya, kita kena peka dengan sebarang signal yang muncul dan pantas mengambil tindakan.
Bagi carta yang naiknya menegak tanpa ada pullback atau retracement, antara langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diberikan lebih perhatian adalah dengan melihat volum merah yang lebih banyak dari volume semalamnya. Saya sertaka beberapa contoh sebagai panduan di masa akan datang. Maaf kalau saya salah.
Beberapa contoh bentuk atau formasi lilin yang sesuai ditunggu kemunculannya jika harga mula masuk ke dalam area trendband guide.
Sambungan terkini carta DUOPHARMA BIOTECH : - belum kesampaian menuju target 1.46 - masih dalam trend menaik, kiraan dari titik terendah awal tahun ini sampai sekarang - tiada sebarang entri terbaru kecuali muncul lilin-lilin yang bullish