DNEX (Terus atau Putus?)Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.
Idea analisis:
- Sudut Fundamental DNEX telah dikupas di dalam idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, DNEX sekarang dilihat berada di atas fibo 0.382 dengan stochastic RSI menunjukkan saham berada dalam keadaan oversold.
- Boleh diperhatikan jika stochastic RSI mula cross di paras oversold, harga berkemungkinan akan rebound di atas support baru yang terkuat atau di atas MA 50.
- Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 dan MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 1.030.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382 dan MA 50, berkemungkinan uptrend DNEX berakhir dan ingin membuat reversal. Support seterusnya adalah di RM 0.615.
Nota kaki:
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend atau sideways.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Semiconductors
GREATEC (Masih Berbisa)Sektor:
- Automation, Technology, Solar, Green Tech, Semiconductors, Factory Automation, Electric Vehicles.
Idea analisis:
- Dari sudut fundamental, GREATEC merupakan syarikat yang membuat keuntungan secara konsisten QoQ.
- Dari sudut teknikal, GREATEC masih di atas uptrend line dan MA 50 menunjukkan GREATEC masih dalam keadaan uptrend.
- Dapat diperhatikan GREATEC rebound setelah menyentuh samada trend line atau MA 50.
- Lebih menarik, pembelian menggunakan Parabolic SAR menunjukkan keberhasilan 5/6 iaitu 5 kali berjaya dan sekali gagal.
- Kali ini, GREATEC seperti ingin rebound di atas MA 50 dan sekiranya muncul signal buy Parabolic SAR, adakah ia 'berjaya' memberi keuntungan sekali lagi?
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Titik Parabolic SAR di bawah merupakan signal buy.
* Titik Parabolic SAR di atas merupakan signal sell.
* Sebelum gunakan Parabolic SAR, pastikan kaunter dalam keadaan uptrend dan gandingkan indikator² lain juga.
* QoQ = Quarter over Quarter. Keuntungan quarter sebelum dengan quarter selepasnya.
* Rebound = Harga melantun keatas.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
JFTECH (Percubaan Menongkah Arus Positif)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductor.
Idea analisis:
- JFTECH merupakan saham yang sangat kukuh dari sudut fundamentalnya. Buktinya, QR JFTECH meningkat berturut² untuk lima bulan QR (Feb 20, Mei 20, Ogos 20, Nov 20 dan Feb 21).
- Dari sudut teknikal, JFTECH bergerak uptrend secara slow and steady.
- Pada 18 Januari 2021, JFTECH naik secara mendadak kemudian turun juga dengan keadaan mendadak dan hari ini, JFTECH tutup dibawah trend line dan MA 100.
- MACD juga turun di bawah paras 0 menunjukkan bahawa JFTECH kuat untuk bertukar arah kepada downtrend.
- Untuk risiko yang rendah, boleh pantau untuk entry jika MACD mula naik ke atas paras 0 atau harga berjaya melintasi downtrend line (BDTL).
Petunjuk/ Nota tambahan:
* QR = Quarter Report dikeluarkan 4 kali setahun.
* BDTL = Break DownTrend Line.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
JHM Akan Bangun Pada Bulan Mac?JHM salah satu saham dalam sektor kuat pada ketika ini iaitu semikonduktor. JHM berada dalam semikonduktor LED. Namun sejak kebelakangan ini, JHM telah cuba mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dan adakah ia merupakan satu perkembangan ke arah yang lebih baik?
ANALISA FUNDAMENTAL
1. JHM dalam sektor semikonduktor dan berfokuskan kepada sub sektor automotif. Walaubagaimanapun, pada 2019 dilaporkan bahawa JHM telah mula mempelbagaikan lapangan bisnes mereka dengan menyertai sektor Industrial dan Aerospace.
2. Pada 2019, JHM mula menceburkan diri dalam sektor Aerospace dan menandatangani perjanjian MoU bersama UACE, Universal Alloy Corp Europe, yang berpengkalan di eropah dalam metal machining dan sub assembling. Ini membuka era baru kepada JHM.
3. Dalam laporan tahunan kewangan 2019, sektor Aerospace telah menyumbang sebanyak 1% dalam perolehan mereka sebagai permulaan terbaik pada tahun pertama.
4. Sebagai langkah awal, mereka berjaya mendapatkan tugasan daripada UACE untuk membekal 72 bahagian mesin aerospace.
5. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran pandemik Covid-19, ia agak memberi kesan kepada sektor Aerospace kepada seluruh dunia sepanjang tahun 2020 yang lepas. Namun, dikatakan tiada tempahan yang telah dibatalkan oleh klien mereka, tempahan yang ada hanya ditangguhkan dan bakal dianjak kebelakang.
6. Setelah menyambung semula operasi selepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tempahan yang ada semakin bertambah. Ini memberikan gambaran oleh beberapa Analisis Bank Pelaburan bahawa 'waktu sibuk' telah tiba kepada JHM. 'Sibuk' dalam bisnes memberi tanda positif bahawa kerja sedang rancak dan dikatakan bakal memberikan pulangan yang baik sepanjang 2021 ini.
7. Dilaporkan bahawa pada May 2020, dua pengeluar kapal terbang utama di dunia iaitu Airbus dan Boeing mempunyai tunggakan menyiapkan tempahan kapal terbang mereka sebanyak 7621 and 5301 unit masing-masing.
8. JHM juga dilihat mahu memperluaskan lapangan bisnes mereka ke lapangan semikonduktor Telekomunikasi 5G dan Electric Vehicles, yang mana bakal menjadi sektor yang panas dalam tahun 2021 ini.
9. Dalam lapangan Electric Vehicles, JHM sedang membangun sistem pengecas Kereta Elektrik dalam sistem yang dinamakan CDS, bukan akaun CDS saham anda, tetapi Charging Discovery System. Iaitu satu sistem yang direka untuk versetaliti dalam penyesuaian sistem pengecas antara Kereta Elektrik yang berlainan jenis dengan sistem pengecas yang berlainan jenis.
10. Pada 11 Dec 2020, JHM dilaporkan membeli sebidang tanah secara tunai di Pulau Pinang untuk memperluaskan kilang untuk sektor Telekomunikasi. Ini seolah-olah menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneroka sektor semionduktor Telekomunikasi 5G.
11. Pada Nov yang lepas juga, JHM telah berjaya menaiktaraf saham mereka untuk tersenarai dalam Pasaran Bursa Utama daripada Pasaran Saham Ace sebelum ini. Untuk menaiktaraf ke pasaran saham utama, beberapa syarat ketat diperlukan termasuk berjaya mengekalkan keuntungan bersih setahun lebih daripada 30juta setahun selama 3 tahun berturut-turut, dan JHM telah berjaya melepasi syarat itu.
12. Pada minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat telah menandatangani satu Arahan Eksekutif untuk memberi penekanan dan menilai semula kebimbangan terhadap kekurangan semikonduktor termasuk 100 sektor industri yang terjejas termasuk sektor automotif.
13. Dari segi 3 QR terakhir, JHM mencatat 3 peningkatan QR berturut-turut iaitu:
Q2 20, mencatat keuntungan 2.7juta, 5.7% daripada 48.1juta pendapatan
Q3 20, mencatat keuntungan 5.3juta, 6.8% daripada 78.1juta pendapatan
Q4 20, mencatat keuntungan 8.0juta, 10.5% daripada 76.2juta pendapatan
14. Setelah sektor semikonduktor berehat panjang sepanjang Febuari yang lepas, adakah kaunter saham semikonduktor akan bangun semula pada bulan Mac ini?
ANALISA TEKNIKAL
1. Daripada carta, harga kini berada pada 2.32, sebanyak -7.6% daripada paras support, dan berjarak +14.2% pada paras rintangan tertinggi ATH di 2.67
2. Harga juga telah kelihatan membuat lonjakan setelah mencecah MA 50 beberapa hari yang lalu.
3. RSI berada pada paras 50 sekiranya pergerkan harga bersedia membuat momentum larian harga.
4. RSI Stoch juga baru sahaja membuat persilangan pada bahagian Lebihan Jualan beberapa hari yang lepas, seperti bersedia membuat momentum larian.
5. Dari segi Price Earning Ratio, kini JHM mencatat PE 60.48, sedikit melebihi PE median sektor semikonduktor iaitu 56.11 boleh dikatakan pada kedudukan purata.
Adakah sektor semikonduktor berjaya bangun untuk bulan Mac ini dan menolak JHM untuk turut serta dalam larian, dan adakah JHM berjaya menarik pelabur setelah menunjukkan peningkatan yang baik dalam QR terbaru mereka?
Khairul Hafiz
Nasihat dari guru-guru saham saya yang mungkin boleh dikongsikan:
- "Pasaran saham adalah tempat memberi pulangan kepada yang sabar, dan menghukum kepada yang gelojoh"
- "Bila berdagang hanya dengan TA, ia seperti bertarung dengan sebelah tangan. Berdagang dengan TA dan FA, ia seperti bertarung dengan kedua belah tangan."
LUSTER (5068) : Sifatnya lepas naik akan sideway- Tunggu masa1. Kaunter masih pada fasa sideway dalam trend menaik. (sokongan kuat 0.180)
2. Bila tema teknologi (berkaitan semi konduktor) kaunter ni boleh dipantau.
3. Menarik jika memecah rintangan kuat pada 0.215 untuk meneruskan kenaikan. (momentum belian kuat)
4. Stochastic melantun dari oversold (pantau pada 17 Dis 2020)
INFO KAUNTER :
Corporate Name: LUSTER INDUSTRIES BHD.
Board: MAIN
Sectors: Industrial Products, Penny Stocks, Manufacturing, Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services, Newly Classified Shariah-Compliant Securities
Market Cap: 375 M.
Number of Shares: 1976 M.
Float: 57.58%.
Kenyataan : Tiada 'buy call' diberikan. Kajian bertujuan untuk pembelajaran sahaja berdasarkan pandangan peribadi.
Kajian berdasarkan indikator yang bersifat laggard memerlukan backtest serta kesan daripada sentimen semasa.
Jika kajian ini memberikan manfaat, dipersilakan untuk tanda SUKA, KONGSI dan SEBARkan kepada orang lain.
D&O (7204): Into Uncharted Territory (02/09/2020@2:20pm)D&O GREEN TECHNOLOGIES BERHAD (7204)
SECTOR: TECHNOLOGY
SUB-SECTOR: SEMICONDUCTORS
TOTAL SHARE ISSUE: 1,133,028,454
PUBLIC FLOAT %: 28.31% (812,260,753)
SYARIAH: YES
D&O Green Technologies Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan (termasuk perkhidmatan kemudahan kilang pembuatan). Segmen Syarikat merangkumi Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Negara-negara Lain. Anak syarikat Syarikat termasuk Omega Semiconductor Sdn. Bhd. (Omega), yang merupakan syarikat pemegangan pelaburan; Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd. (Dominan), yang bergerak dalam pembuatan komponen dan mesin semikonduktor; Dominant Opto Technologies Korea Inc, yang bergerak dalam bidang komponen semikonduktor merchandising, dan Dominant Opto Technologies (Shanghai) Co., Ltd., yang bergerak dalam pengembangan teknologi aplikasi semikonduktor, pemasangan, pemborongan dan peruncitan peranti semikonduktor, komponen elektronik, elektrik peralatan untuk pencahayaan, skrin paparan elektronik, kelengkapan pencahayaan, import dan eksport produk berkaitan.
Harga D&O berjaya mencipta paras ATH yang baharu pada sesi pertama hari ini (02/09/2020) dengan jumlah volume yang tinggi. Perhatikan jika harga mampu bertahan ataupun meneruskan kenaikan pada sesi kedua petang ini.
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #probability #BursaMalaysia
VIS - Minat belian telah kembaliVIS pada harini, menunjukkan minat belian kan harga telah mencapai harga rintangan kuat sebelum ini, 0.525.
- Pada harga rintangan 0.525 sekaligus adalah SMA200.
- Mungkin dalam fasa uptrend dan minat belian bermula selepas harga melepasi garisan Downtrend pada 7 Feb lepas
- Harga masih lagi maintain atas EMA50 dan destinasi seterusnya pada SMA200. Jika melepasi next TP adalah pada area 0.58. CL jika harga break EMA50.
- Next QR1 adalah pada hujung March utk FY19. Saya menjangkakan QR seterusnya adalah 90% utk QoQ.
- Utk kepastian Uptrend, kita tunggu harga melepasi 0.53
- RSI & Stoch masi lagi belum overbought.
- Jika harga x lepas rintangan pada hari ini.. kita lawat kaunter ini semula pada hari Khamis ni :)
Sila monitor utk arah pergerakan harga seterusnya.