Bila masuk hujung bulan, perkara yang selalu dibuat adalah menyaring carta-carta yang sesuai di bawa ke bulan baru untuk di dagangkan. Ini cara paling ringkas dan mudah untuk menyaring. Yang susahnya, mana satu nak pilih? Selamat bercuti
Harga tutup hari ini sudah melebihi aras target 1 to 1 berdasarkan corak segitiga kaki naik. Boleh jadikan aras paling rendah semalam sebagai trailing stop.
Sudah ada kemasukan volume yang agak padu. Dan kini hanya tunggu harga mula bergerak melepasi aras rintangan terdekat. Itupun kalau harga memang niat nak teruskan kenaikan. Selamat bercuti.
Semakin menghampiri harga sasaran berdasarkan breakout corak segitiga kaki menaik tempohari. Yang lebih menarik adalah, bila rakan-rakan dan sepupu sepapat (dalam industri sama) dengan PENTA pun bergerak sama. Selamat bercuti.
Mungkin perlu tunggu lilin berbentuk kaki panjang (hammer) atau yang berkaitan sebagai signal rejection sebelum boleh membuat entri terbaru.
harga dilihat menlakukan penurunan sejak 13 ogos 2019 harga membuat penolakan (rejection) di area sokongan(support) weekly.. dah telah membuat candle engufling.. peluang membeli boleh dipraktikan...
Melihat sebentar penyaring harga tertinggi 1 bulan dan tips untuk melihat kemasukan volum.
Sejak membuat aras tertinggi sepanjang masa, carta serba dinamik tidak meneruskan lagi kenaikan dan dalam masa yang sama tidak juga menjunam kejatuhan. Mungkin boleh menunggu semula kemasukan volum dan juga kenaikan harga sebelum boleh bertindak. Saya sertakan contoh yang seakan sama semasa kejadian di carta KGB. Selamat bercuti !