KLCI Rebound - Tanda kenaikan KLCI
Sambugan dari analisa lepas, KLCI menunjukkan telah berlaku reversal. Ini adalah tanda bahawa ia akan terus naik sehingga resistance terdekat. Kenaikan ini mungkin akan berlaku sehingga 25/01/2021. Inilah masanya untuk masuk market dan membuat keuntungan sebelum market membuat sideways menurun. Sekian
Smokevo
Panduan Entry Pada PullbackSalah satu entry yang selamat atau mempunyai risiko yang rendah dalam saham adalah enry pullback. Sekiranya anda jumpa dengan breakout, jangan terus masuk, tunggu pada level breakout dan entry pada level breakout atau tunggu kotak hitam muncul. Contoh seperti dalam chart mengikut nombor.
{1} Harga telah breakout pada line biru, harga kembali semula setelah breakout. Entry dibuat pada level breakout.
{2} Harga kembali pada level breakout tetapi tidak melepasi level breakout dan membuat shadow. Entry boleh dibuat pada level ini.
{1} Harga breakout tetapi jatuh dibawah level breakout. Sekiranya harga naik semula pada level breakout dengan membuat higher low, entry boleh dibuat pada level breakout.
{4} Entry dibuat setelah harga breakout dan bertemu dengan kotak hitam.
Panduan Entry Pada BreakoutSebelum ini saya berkongsi berkenaan dengan entry pullback, tetapi kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan entry pada breakout. Entry yang berisiko tinggi tetapi jika kita tahu caranya risiko boleh menjadi rendah. Untuk entry breakout, anda perlu mencari kaunter yang sideways, kemudian tunggu pada garisan breakout. Secara praktikalnya anda boleh meletakkan alarm pada level breakout. Ketika harga bergerak dan mencecah level breakout, dari timeframe daily, anda boleh tukar kepada timeframe 15 minit. Pada timeframe 15 minit pastikan harga berada di atas awan iaitu baru melepasi awan. Hold selagi harga berada di atas awan.Cutloss sekiranya harga melepasi bawah awan pada hari yang sama (pukul 4.50 petang). Sekiranya harga tidak melepasi bawah awan anda boleh hold sampai keesokan harinya dan cutloss anda adalah dibawah level breakout. Dan anda boleh bertukar kepada timeframe daily untuk monitor harga seterusnya. Ke unikan indikator Bandevo ini adalah support dan resistance tidak bergerak atau berubah pada mana-mana timeframe. Yang berubah hanyalah awan untuk entry breakout dan momentum harga. Rujuk pada gambar di bawah. Selamat berdagang.
AccumulationCensof telah membuat 3 kali sideways (accumulation). Ini menunjukkan momentum naik yang sangat kuat. Tetapi kebiasaannya harga akan membuat fake breakout (manipulation) di sebabkan oleh big player yang mengumpul order. Planning untuk masuk dengan teknik breakout dan take profit sekiranya ada signal keluar dan masuk balik menggunakan teknik pullback untuk kenaikan yang sangat kuat.
High risk high returnKaunter yang menarik. kaunter ini telah membuat dua kali sideways (accumulation) dan satu false breakout (manipulation). Ini menandakan kaunter ini kemunkinan akan pergi jauh ke atas dalam masa yang singkat kerana harga di bawah 1.00. Planning untuk kaunter ini adalah entry menggunakan entry breakout dan tidak meletakkan modal yang besar untuk mengurangkan risiko kerugian.
Kaunter GorengKaunter yang menarik. Sekiranya kita lihat sejarah pergerakan harga, kaunter ini sangat responsive pada breakout tetapi sangat volatile. Kaunter ini telah membuat breakout pada hari ini. Planning untuk kaunter ini adalah masuk dan keluar pada hari yang sama dan tidak boleh hold lama. Breakout entry adalah teknik paling baik.
Entry dan Cutloss dalam sahamTrading adalah satu bentuk probability atau kemungkinan yang akan berlaku dari kajian yang dibuat menggunakan data yang terdahulu. Oleh itu apa yang penting adalah cara kajian, entry dan cutloss untuk mengurangkan risiko kerugian. Bila kita kata kemungkinan pastinya akan ada kaunter yang loss dan untung. Dinasihatkan kepada trader untuk membeli kaunter lebih dari satu supaya ada kaunter yang kita untung dan dapat cover kerugian. Secara ringkasnya :-
1 - Guna teknik yang telah terbukti berkesan untuk memaksimumkan keuntungan
2 - Entry perlu pada tempat yang betul supaya jika kajian tidak menjadi kita boleh cutloss pada kerugian yang sedikit
3 - Beli 3 atau 5 kaunter bagi meningkatkan peratus keuntungan. Jika beli satu kaunter ditakuti akan loss dan mengakibatkan trader patah semangat. Jika beli lebih dari 1 akan ada kaunter yang untung dan boleh cover loss. Secara purata akan untung.
Selamat berdagang