NYLEX : MEMACAK> PEMATUHAN CORAK SNR YANG PADUAmalan teknikal Support & Resistance ( SnR ) atau Supply & Demand ( SnD ) adalah sangat penting
dalam analisa harga bagi mendapatkan peluang/potensi bagi sesebuah kaunter saham. Ia adalah
teknikal yang wajib dan tiada pilihan. Ibu kepada segala alat teknikal lain. Gabungan bersama
corak dan struktur harga memberikan hasil yang sangat signifikan.
PENAFIAN: CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN.
Structure
EMAS (GC): Analisis ringkas minggu ke-3 Mac 2019Setakat ini struktur instrumen emas masih lagi menaik. HL baru telah dibentuk tetapi belum menembusi 2 HL sekaligus.
Satu petanda teknikal menarik pada indikator MACD boleh dilihat iaitu ''MACD Convergence'' di mana harga membentuk HL tetapi histogram MACD membentuk 'lower low' (LL). Ini menunjukkan penurunan harga hanya sementara atau pengambilan keuntungan. Bagaimanapun, jika HL ditembusi, struktur telah bertukar menjadi menurun.
FCPO: Analisa ringkas bagi minggu ke-3 MAC 2019Seperti dilihat pada carta, 3 paras rintangan penting yang perlu diatasi sekiranya ingin terus menaik ke atas. Jika gagal, fasa 'sideway' adalah dijangkakan walaupun struktur HH seterusnya dibentuk.
Perhatikan juga indikator MACD yang membentuk corak Bullish Divergence dengan pergerakan harga sebelum ini.
Selamat berdagang.
KLCI: Analisis Teknikal Minggu-9 2019Indeks telah mencapai paras rintangan kritikal iaitu:
1) Kluster Fibo Retracement 50% & Fibo Projection 61.8%
2) Kotak merah yang merupakan paras sokongan berubah menjadi rintangan
3) Aras LH (lower high) tren menurun
Kebarangkalian untuk indeks berlegar & sukar menembusi sekitar paras ini adalah tinggi. Bagaimanapun, jika paras ini ditembusi, perjalanan KLCI menuju ke atas adalah sangat cerah.
Dari segi petunjuk teknikal, EMA21 & EMA50 telah bersilang manakala indikator MACD adalah positif dan indeks telah berada di atas awan ichimoku.
CCK: Kaunter ayam nak terbang lepas awanSekali imbas kaunter ini dah boleh nampak struktur menaik (H, HL dan kemudian HH). Boleh tunggu harga membentuk HL kedua untuk masuk pada harga diskaun. Walaubagaimanapun, kebarangkalian untuk naik mencanak seperti anak panah hitam tetap ada, lebih-lebih lagi jika dah melepasi awan ichimoku.
Corak seakan 'pennant' dah terbentuk dan dah BO pun. Indikator MACD pula positif menyokong pergerakan harga.
Anak panah biru adalah jangkaan yang lebih realistik bagi penggemar belian pada harga diskaun. Selamat berdagang!
Pendedahan Risiko:
Perdagangan melibatkan risiko yang tinggi dan bukan untuk setiap pelabur. Seorang pelabur berpotensi kehilangan semua atau lebih daripada modal pelaburan awal.
Modal risiko adalah wang yang boleh hilang tanpa membahayakan keselamatan kewangan atau gaya hidup. Hanya modal risiko harus digunakan untuk perdagangan dan hanya mereka yang mempunyai modal risiko yang mencukupi harus mempertimbangkan perdagangan.
LONDON BISCUITS: Biskut semakin sedapStok ini sedang dalam fasa menaik semenjak memecah garis aliran menurun. Ini ditunjukkan menerusi jujukan struktur HH (higher high) & HL(higher low) yang berterusan selepas itu. Jumlah volume dagangan yang tinggi semenjak dari awal bulan Ogos juga menyokong selari dengan kenaikan harga. Indikator MACD dan awan Ichimoku kedua-duanya pula menunjukkan kekuatan trend menaik ini.
Jangkaan harga mungkin akan:
(1) menutup jurang (gap) dahulu sebelum menaik ke atas; atau
(2) menembusi garis kipas gann dan terus naik
Struktur menaik akan terbatal jika 2 HL ditembusi iaitu di bawah harga 0.485.
Ringgit: Analisis Teknikal Minggu-4 2019Berdasarkan analisa yang lepas, jangkaan harga seperti yang diandaikan. Kali ini, pergerakan mungkin berada di antara kotak merah yang ditandakan (sideway) sebelum melemah atau mengukuh semula.
Jangkaan asal ringgit masih akan kekal mengukuh sehingga kawasan 4.05.
CJCEN: Volume spike!Minat belian semakin bertambah sejak harga menembusi garis aliran menurun (downtrendline). Jumlah transaksi dagangan pada 18/1/19 pula merupakan yang tertinggi dalam tempoh setahun lepas.
Indikator MACD menunjukkan keadaan bertukar arah apabila muncul petanda 'Bullish Divergence' dan momentum histogram yang semakin meningkat. Kedua-dua EMA21 & EMA50 juga telah ditembusi.
Harga berkemungkinan menuju kluster Fibonacci Retracement buat jangka masa sederhana. Sekiranya harga membentuk higher high (HH) dan higher low (HL) iaitu memecah paras 0.545, struktur menaik akan dibentuk. Sebaiknya tunggu pada masa diskaun (0.465-0.47) untuk membeli dengan nisbah risiko yang rendah.
KLCI: Minggu-3 2019KLCI telah berjaya menjauhi garis kipas Gann pada minggu lepas. Awan Ichimoku pula menunjukkan kawasannya semakin menipis (mengecil) manakala indikator MACD mula menghampiri nilai 0 (Nilai MACD melebihi 0 menunjukkan momentum sang kerbau telah muncul...).
Sekiranya indeks berjaya memecahkan paras 1700, paras seterusnya (1726) akan menjadi rintangan yang perlu diatasi.
FCPO Mac 2019: Dilema awal 2019?Harga terkini seperti cuba bertahan di paras sokongan terdekat (kotak merah) dan masih bergerak dalam corak 'channel'.
Jangkaan untuk memecahkan corak tersebut akan berlaku jika mengikut panah merah dan sebaliknya jika ikut panah hitam.
Secara keseluruhan, struktur menaik masih kekal dan hanya batal jika harga menuruni bawah dari paras 'swing low' terdekat (kawasan false breakout).