Amalan teknikal Support & Resistance ( SnR ) atau Supply & Demand ( SnD ) adalah sangat penting dalam analisa harga bagi mendapatkan peluang/potensi bagi sesebuah kaunter saham. Ia adalah teknikal yang wajib dan tiada pilihan. Ibu kepada segala alat teknikal lain. Gabungan bersama corak dan struktur harga memberikan hasil yang sangat signifikan. PENAFIAN:...
Hanya mengulangkaji carta dan juga membayangkan apa yang hendak ditunggu.
Setakat ini struktur instrumen emas masih lagi menaik. HL baru telah dibentuk tetapi belum menembusi 2 HL sekaligus. Satu petanda teknikal menarik pada indikator MACD boleh dilihat iaitu ''MACD Convergence'' di mana harga membentuk HL tetapi histogram MACD membentuk 'lower low' (LL). Ini menunjukkan penurunan harga hanya sementara atau pengambilan keuntungan....
Seperti dilihat pada carta, 3 paras rintangan penting yang perlu diatasi sekiranya ingin terus menaik ke atas. Jika gagal, fasa 'sideway' adalah dijangkakan walaupun struktur HH seterusnya dibentuk. Perhatikan juga indikator MACD yang membentuk corak Bullish Divergence dengan pergerakan harga sebelum ini. Selamat berdagang.
Setakat ini, harga emas dalam mod menaik. Jika pecah HL kedua (1275.3), barulah memasuki fasa sisi (sideway) atau menurun (downtrend). Harga di atas awan ichimoku dan berada hampir dengan paras sokongan (kuat) terdekat.
Indeks telah mencapai paras rintangan kritikal iaitu: 1) Kluster Fibo Retracement 50% & Fibo Projection 61.8% 2) Kotak merah yang merupakan paras sokongan berubah menjadi rintangan 3) Aras LH (lower high) tren menurun Kebarangkalian untuk indeks berlegar & sukar menembusi sekitar paras ini adalah tinggi. Bagaimanapun, jika paras ini ditembusi, perjalanan KLCI...
Sekali imbas kaunter ini dah boleh nampak struktur menaik (H, HL dan kemudian HH). Boleh tunggu harga membentuk HL kedua untuk masuk pada harga diskaun. Walaubagaimanapun, kebarangkalian untuk naik mencanak seperti anak panah hitam tetap ada, lebih-lebih lagi jika dah melepasi awan ichimoku. Corak seakan 'pennant' dah terbentuk dan dah BO pun. Indikator MACD pula...
Stok ini sedang dalam fasa menaik semenjak memecah garis aliran menurun. Ini ditunjukkan menerusi jujukan struktur HH (higher high) & HL(higher low) yang berterusan selepas itu. Jumlah volume dagangan yang tinggi semenjak dari awal bulan Ogos juga menyokong selari dengan kenaikan harga. Indikator MACD dan awan Ichimoku kedua-duanya pula menunjukkan kekuatan trend...
Berdasarkan analisa yang lepas, jangkaan harga seperti yang diandaikan. Kali ini, pergerakan mungkin berada di antara kotak merah yang ditandakan (sideway) sebelum melemah atau mengukuh semula. Jangkaan asal ringgit masih akan kekal mengukuh sehingga kawasan 4.05.
Minat belian semakin bertambah sejak harga menembusi garis aliran menurun (downtrendline). Jumlah transaksi dagangan pada 18/1/19 pula merupakan yang tertinggi dalam tempoh setahun lepas. Indikator MACD menunjukkan keadaan bertukar arah apabila muncul petanda 'Bullish Divergence' dan momentum histogram yang semakin meningkat. Kedua-dua EMA21 & EMA50 juga telah...
KLCI telah berjaya menjauhi garis kipas Gann pada minggu lepas. Awan Ichimoku pula menunjukkan kawasannya semakin menipis (mengecil) manakala indikator MACD mula menghampiri nilai 0 (Nilai MACD melebihi 0 menunjukkan momentum sang kerbau telah muncul...). Sekiranya indeks berjaya memecahkan paras 1700, paras seterusnya (1726) akan menjadi rintangan yang perlu diatasi.
Harga gas asli telah turun semula ke bawah dari paras 52 Week High yang telah ditembusi iaitu 3.661. Tahun 2019 ini mungkin menyaksikan harga gas asli menaik sementara sebelum meneruskan penurunan sehingga ke paras sokongan terdeka bterhampiran 2.760.
Setakat ini, KLCI masih mengikut jangkaan anak panah merah dan belum ada tanda untuk melepasi halangan berdekatan. Sekiranya paras 1667 ditembusi, kemungkinan untuk menuju 1627 adalah tinggi. Boleh rujuk analisa sebelum ini bagi halangan yang dimaksudkan.
Harga terkini seperti cuba bertahan di paras sokongan terdekat (kotak merah) dan masih bergerak dalam corak 'channel'. Jangkaan untuk memecahkan corak tersebut akan berlaku jika mengikut panah merah dan sebaliknya jika ikut panah hitam. Secara keseluruhan, struktur menaik masih kekal dan hanya batal jika harga menuruni bawah dari paras 'swing low' terdekat...
Tiga daripada empat halangan utama telah dipatahkan sehingga penghujung 2018 iaitu hari kelmarin. (rujuk idea sebelum ini bagi halangan yang dimaksudkan). Mungkin akan turun sedikit dahulu sebelum meneruskan kenaikan...atau jatuh berdesup ke bawah? jom kita perhatikan...