Sokongan dan Rintangan
[Nota] CPO bulan MacMasih lagi mencari rentak untuk trade CPO?
Ini hanya sekadar kajian, bukan buy call. Mari kita lihat carta cpo bermula dari 4-3-2019 hingga 25-3-2019.
Secara asasnya, kita boleh mempertimbangkan hari isnin adalah hari untuk menentukan aras sokongan dan aras rintangan yang terkuat bagi minggu itu. Sekiranya salah satu aras ini pecah, kita boleh membuat keputusan untuk entri samaada short atau long.
TRC case study - paras sokongan dan rintanganTRC bergerak secara sideways (ranging) antara 0.52 dan 0.59. paras sokongan dan rintangan telah terbentuk antara 17 Jan (harga tertinggi) dan 11 Feb (harga terendah)
ketika harga mencecah kawasan sokongan, belian boleh dibuat dengan stoploss pada harga bawah 0.52. harga. teknik beli masa senyap. selepas itu, kaunter ini mula mendapat perhatian setelah makin ramai menyedari ia telah melantun dari paras support, dan belian panik telah berlaku dimana orang ramai tidak mahu ketinggalan membeli kaunter ini.
Target jualan adalah pada paras rintangan. namun begitu, momentum kenaikan adalah sangat kuat, (gap up) dan terus naik. trader yang bijak akan menjual separuh pegangan saham untuk mengambil untung dan membiarkan separuh lagi untuk teruskan perjalanan ride the trend, target kedua ialah Resistance 2, dua kali ganda trading range yang sebelumnya.
kesimpulannya, jika anda lihat harga sesebuah kaunter berada diparas support, tandakan paras resistance dan support, dan beli lah. ianya berbaloi.
MALAKOF - Institusi mungkin masih membuangMALAKOF baru2 ini rally dan terhenti pada ringtan 0.99, dan kini masih berada pada paras SMA200.
-Institusi KWAP telah melupuskan lebih daripada 4 juta unit sejak 15-17 Jan, dan mungkin masih diteruskan
-Lihat bagaimana pergerakan harga selepas RSI berada dalam keadaan overbought/oversold.
-Juga perhatikan arah tuju harga selepas memecah garisan downtrend & EMA50
-Support dalam kawasan 0.86-0.88
Pendidikan: Garisan Paras RintanganPsikologi paras rintangan
1. Pembelian yang banyak akan menyebabkan pembeli menjadi lemah.
2. Penjual mula memasuki pasaran & mengatasi kekuatan pembelian.
3. Ini menyebabkan harga melantun semula kebawah.
Diparas lantunan ini kita melukis garisan paras rintangan.
4. Sekiranya harga singgah semula diharga rintangan sebelum ini & melantun kebawah semula, menunjukkan harga rintangan itu menjadi lebih kukuh.
konklusi:
Paras rintangan terjadi kerana diparas itu "Supply" melebihi "Demand"
Pendidikan: Garisan Paras SokonganPsikologi paras sokongan
1. Penjualan yang banyak akan menyebabkan penjual menjadi lemah.
2. Pembeli mula memasuki pasaran & mengatasi kekuatan penjualan.
3. Ini menyebabkan harga melantun semula keatas.
Diparas lantunan ini kita melukis garisan paras sokongan.
konklusi:
Paras sokongan terjadi kerana diparas itu "Demand" melebihi "Supply"