Sokongan dan Rintangan
PERHATIKAN KAUNTER PERDANA UNTUK PEMBELAJARANKami menggunakkan garisan ema sebagai tanda aras kenaikkan atau kejatuhan sesuatu kaunter.
Garisan ema 20 dan 30
Perhatikan garisan ema 20 yg diwarnakan hijau dan ema 30 diwarnakan merah sebagai panduan kita bersama..
Jadi untuk kaunter PERDANA ini garisan hijau telah bersilang dengan garisan merah yang menandakan akan ada kenaikkan ...
Jadi untuk menilai adakah kaunter ini akan menaik ataui tidak maka sama2lah kita perhatikan pergerakkan kaunter ini
Siri ke2 : pembelajaran DGCCarta harian
~gerak kerja sistem DGC selepas correction
~wujud double bottom (adam/eve)
~untuk pertama kalinya berlaku dgc, saham hanya dipegang selama sehari(intraday) atau 2ke3 hari(hari ke2 tP)
~untuk dgc kali ke2, saham dipegang selama seminggu atau 2 minggu atau menanti di puncak rintangan untuk tp
~jika BO rintangan maka peranan ema7@21 sebagai sokongan trend yang mencanak menuju ATH@52w high
~kaunter pilihan sekadar hiasan
~semoga bermanfaat
wedge jatuh1. garisan rintangan dan sokongan mengarah ke bawah.
2. harga berjaya menembusi garis rintangan
3. harga berkemungkinan akan menguji di garisan sokongan terdekat
4. harga akan melantun keatas apabila harga memecahkan garisan sokongan
5. corak ini boleh berlaku pada trend menurun (membuat perubahan arah) atau sedang menaik (meneruskan arah haluan)
6. corak ini terbatal apabila harga mampu memecahkan pada garisan sokongan
corak carta : wedge jatuh
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
PRIVA: SUPPORT & RESISTANTMungkin kacang bagi kita tp intan bg org lain. Layan...
1. Support dan resistant adalah halangan ke bawah dan ke atas yg MAYA atau halimunan. Pd yg belum tahu, pasti tertanya2 kenapa harga stop sini then ditendang ke bawah semula atau kenapa harga rebound balik tak terus jatuh.
2. Boleh guna indikator FIBONACCI RETRACEMENT. Rujuk youtube atau website pasal ni. Nak explain leceh sini. Ni kira homework lah ya.
3. Boleh guna Gann Chart. Boleh rujuk kaedah GANN CHART dlm artikel no. 16 di atas. Explanation in detail on strong weak support, ratcage dll. Search je.
4. MA atau EMA sebagai support n resistant. EMA 5 10 20 50 100 200.
Candle akan mencuba beberapa kali utk melepasi EMA. Jika dapat terlepas seluruh badan candle, EMA tersebut akan jadi support baru dan EMA di atas akan jadi resistant. Jika x dapat pecah resistant atas, candle akan jatuh ke support semula. Kalau nasib tak baik, open price bawah support, alamat esok harga turun lagi.
Keluar masuk 1 kaunter dengan menggunakan sistem DGCResepi system double golden cross (DGC)
BAHAN-BAHAN
1-resepi wajib macd, ema7 dan ema21
2-resepi tambahan RSI, stoch dan BB
3-formasi sokongan ema7 1st support dan ema21 2nd support
4-formasi rintangan jarak antara candle dan ema7
5-formasi rintangan tambahan BB jarak antara upper bb dengan candle
RANGKA KERJA
~bermula gc1 dan gc2, entry bila harga tutup atas ema7 dan tp bila harga sudah jauh dari ema7 (kaedah exit plan 1 system DGC)
~entry semula bila harga retrec dan pullback serta harga tutup atas ema7, harga akan menaik mengikut volume dan tp bila harga dah jauh dari ema7
~bila harga retrec di ema21, masa untuk pantau semula dan entry ketika pullback/volume tinggi/bo rintangan candle sebelumnya, kemudian tp bila harga jauh dari ema7 (harga spike/lemang) atau tunggu hari seterusnya sama ada harga masih mampuh mendaki atau tidak, jadikan harga tertinggi candle sebelumya untuk set cut lost
~sekiranya lemang merah pada hari berikutnya, masa untuk pantau setup gc tf15, sekiranya valid dan volum cecah 100k boleh entry dengan tenang dan mula untuk swing dalam jangka masa yang panjang atau singkat, tp bila macd cross down (DC1)
~selamat tinggal sealink, tggu setup gc1 untuk entry semula
Sekadar pembelajaran ta
Bukan buycall
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan ResistanceKAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
- Support dan Resistance merupakan dua elemen yang penting dalam membuat keputusan untuk Cutloss (CL) dan Take Profit (TP) sesuatu saham.
- Support diibaratkan seperti lantai yang kukuh manakala Resistance pula diibaratkan seperti bumbung yang teguh. Harga tidak akan mampu melepasi Support dan Resistance ini kecuali dengan momentum yang kuat.
- Jika harga didapati memecahkan resistance (bumbung), ia bermakna harga telah berjaya breakout dan harga akan menjadikan resistance tadi sebagai support (lantai). Jika harga memecahkan support (lantai) pula, ia bermakna harga telah breakdown dan harga akan menjadikan support tadi sebagai resistance (bumbung).
- Terdapat beberapa cara penentuan Support dan Resistance:
1️⃣ Classical Support & Resistance.
- Jelas kelihatan ketika harga bergerak sideways.
- Paling banyak digunakan dan diajarkan.
2️⃣ Dinamic Support & Resistance (Moving Average).
- Tidak perlu dilukis. Hanya perlu masukkan indikator ke dalam chart sahaja.
- Moving Average ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
👉 EMA 5, EMA 7 = Dinamic Support & Resistance untuk super short term.
👉 MA 20 = Dinamic Support & Resistance untuk short term.
👉 MA 50 = Dinamic Support & Resistance untuk mid term.
👉 MA 200 = Dinamic Support & Resistance untuk long term.
3️⃣ Trend line Support & Resistance.
- Jelas kelihatan apabila sesuatu saham berada dalam keadaan uptrend atau downtrend.
- Apabila uptrend, saham akan menjadikan trend line sebagai support.
- Apabila downtrend, saham akan menjadikan trend line sebagai resistance. Apabila harga berjaya memecahkan trend line ini, ia dinamakan BDTL (Break DownTrend Line).
4️⃣ Gann Square of Nine.
- Dicipta oleh William Delbert Gann (W.D Gann) berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.
- Cara pengiraan boleh didapati di youtube. Selain itu boleh juga gunakan kalkulator gann yang disediakan oleh Mahersaham. Anda juga boleh gunakan iSaham gann table yang telah diadaptasi kegunaannya khusus untuk Bursa dengan mengambil kira lebih 100k data support dan resistance saham di Bursa.
Nota kaki:
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
* Breakdown = Harga memecahkan support.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
KAJIAN 4: Sektor Telekomunikasi dan Media Cuba Lengkapkan BentukKAJIAN 4:
- Sektor Telekomunikasi dan Media dilihat membentuk cup and handle pattern.
- Harga dilihat beberapa kali retest resistance RM 730.
- Harga berpotensi untuk naik lebih tinggi jika mampu melepasi paras harga yang penting ini iaitu RM 730 yang merupakan 'neckline' dan 'all time high' bagi sektor ini.
Saham berkaitan sektor telekomunikasi dan media di Bursa Malaysia:
- Maxis, Axiata, Digi, TM, Timecom, Astro, Media, OCK, Gpacket, XOX, Star, Redtone, Mediac, Amtel, Sridge, Nexgram, Binacom, Opcom, PUC, Priva, Innity, Sasbadi, Mtouche, MNC, SJC, M3Tech, Sedania, PPG, Ecohlds, Amedia, Rev.
* Cup and handle = Satu bentuk bullish. Kebiasaannya harga akan naik lebih tinggi jika mampu memecahkan neckline cup and handle ini.
* Neckline = Resistance bagi bentuk cup and handle.
* Retest = Harga menyentuh resistance.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
MCLEANMEMBELI SAHAM TERTINGGI 52 MINGGU KAEDAH PERSILANGAN EMAS
1 pastikan carta telah melepasi rintangan tertinggi 52 minggu
2 pastikan stik telah berhenti di paras rintangan yang baru kemudian jatuh mencari sokongan terdekat
3 jadikan ema7 atau ema21 sebagai sokongan, carta 1hari sebagai rujukan
4 sekiranya stik berhenti di salah satu sokongan dan berlaku lantunan semula, boleh diperhatikan pergerakan semasa sehingga sokongan terkuat tidak dapat d tembusi
5 untuk carta 15minit, jadikan ma50 atau ma200 sebagai sokongan terakhir, sekiranya berlaku lantunan, boleh diperhatikan sehingga berlaku persilangan 1 dan 2
6 yang terakhir membeli saham sekiranya berlaku persilangan 1 dan 2 di carta 15 minit
Sekadar perkongsian, Tiada sebarang cadangan membeli dan menjual.
Semoga bermanfaat
MINETEC [s] : Garis sokongan,rintangan,trend30/6/2020 Selasa
Latihan Melukis :
- Garis Support, Resistance & Trendline
-----------------------------------
Disclaimer :
- Idea hanya untuk pembelajaran/kajian sahaja.
- Jika bermanfaat sila LIKE & SHARE.
- TQ :)
WZSATU [s] : Garis Support, Resistance & Trendline28/6/2020 Ahad
Latihan Melukis :
- Garis Support, Resistance & Trendline
- Kotak Risk/Reward
-----------------------------------
Disclaimer :
- Idea hanya untuk pembelajaran/kajian sahaja.
- Jika bermanfaat sila LIKE & SHARE.
- TQ :)