SMI Penampakan Corak Cawan & PemegangKaunter : SMI
Paparan masa 1 hari menunjukkan kaunter dalam bearish untuk macd , volume , stochrsi (sila rujuk maklumat pada carta yang disediakan). Namun begitu di minit-minit kecil tf 15 minit contohnya telah berlaku persilangan emas macd (petanda awal kenaikan). Boleh masukan kaunter ini dalam senarai kajian. Ini kerana untuk swing kaunter ini dilhat agak menarik. Berada di gelombang ke-3 dan sedang membuat corak carta cawan & pemegang.
Cawan & Pemegang
Area neckline : 24.5 sen - 26.5 sen
Bo : 27 sen
Harga sasaran unjuran cawan : 0.41 sen
Harga sokongan semasa : 0.19/0.17 sen
Harga rintangan semasa:0. 21/0.23 sen
Sekadar kajian pembelajaran sahaja bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
Analisis Teknikal
KIALIM Dalam Momentum Menaik! Berlakunya Persilangan Emas!KIALIM
Sektor : Industri Produk
Prestasi Syarikat: Pendapatan Negatif (tidak memberasangkan)
*Persilangan emas MACD (bersilang ke atas) berlaku di paparan masa tf 1 minggu & 1 hari. Namun tf 15 mins masih belum berlaku persilangan emas, dan tf 30 minit kelihatan sedikit menunduk. Boleh dimasukkan ke dalam watchlist. Beri perhatian sekiranya berlakunya persilangan emas di minit-minit kecil seperti tf 15 mins. Persilangan emas macd yang berlaku di atas garisan tengah (center line) melebihi 0 adalah terbaik kerana mempunyai kekuatan momentum untuk menggerakan harga ke atas.
Zq Analisis Paparan 1 Hari:
1.Teknikal analisis (kotak hijau) hampir kesemuanya menunjukkan positif (strong bullish ) kecuali stoch nilai K lebih rendah dari signal D. Untuk makluman stoch K perlu lebih tinggi nilainya daripada signal D untuk kenaikan berlaku.
2. Rsi 68.08% (momentum yang kuat)
3. Berada pada tren menaik yang kuat ( di atas ma 5, ema 20, ema 50, ema 100, sma 200)
4. Persilangan emas 2 telah berlaku petanda pengesahan tren menaik ( ma 5 bersilang ke atas ema 20)
Harga sokongan: 0.46/0.43
Harga rintangan: 0.49/0.53
Ini hanyalah sekadar kajian pembelajaran sahaja bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
UOADEV Persilangan Emas Berlaku, Gigi Emas , RCP signal !UOADEV
Sektor : Harta tanah
Prestasi Syarikat: Pendapatan Negatif (tidak memberasangkan)
Teknik gigi emas terpakai.
*Persilangan emas MACD (bersilang ke atas) berlaku di ke empat-empat paparan masa tf 1 minggu, 1 hari, 1 jam, 30 minit & 15 minit.
Zq Analisis Paparan 1 Hari:
1.Teknikal analisis (kotak hijau) kesemuanya menunjukkan positif (strong bullish )
2. Stochrsi bersilang ke atas (line biru atas merah) petanda momentum kenaikan yang positif namun telah mencapai fasa overbought
3. Rsi 68.29% (momentum yang kuat)
4. Berada pada tren menaik yang kuat ( di atas ma 5, ema 20, ema 50, ema 100, sma 200)
5. Signal B blue sudah keluar
6. Reversal Candletick Pattern (RCP) Bullish Pin Bar petanda kenaikan harga sedang berlaku, perubahan tren ke fasa menaik
Harga sokongan: 1.9/1.83
Harga rintangan:1.97/2.04
Ini hanyalah sekadar kajian pembelajaran sahaja bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
MINDA: Berada di TrendlineSektor: Saham Penny, Perkhidmatan Pengguna, Produk & Perkhidmatan Pengguna, Pendidikan
Analisis Fundamental
- MINDA merupakan syarikat yang sentiasa rugi setiap kali keluar laporan suku tahunan. Namun QR4FY20 dan QR1FY21 mula mencatatkan keuntungan,
- Indicator Isaham menyebutkan bahawa saham ini sangat mudah untuk dimanipulasikan.
Ini bermaksud perlu lebih berhati-hati dan jangan trade saham sebegini jika tidak reti cut loss. Sayangi duit anda.
Analisis Teknikal
1. Sedang berada di garisan trendline.
2. Sedang bertahan di sokongan dinamik MA 50. Menandakan masih dalam uptrend.
3. MACD belum membuat golden cross lagi. Namun masih berada di paras positif.
4. RSI melebihi 50 menandakan MINDA masih mempunyai momentum.
5. Telah melakukan kenaikan lebih 130% setelah melakukan breakout fasa sideway.
Saham penny ini amat berbahaya untuk trade jika tidak berhati-hati.
Untuk saham sebegini perlu adanya disiplin dalam aset allocation dan risk management yang ketat.
Jaga cutloss anda sebaiknya. Keuntungan satu bid sangat menarik namun jika jatuh satu bid pun boleh menguji jantung, sebaiknya elakkan.
Jangan ambil risiko untuk rugi melebihi 2% daripada jumlah modal kita untuk saham penny.
Bawa mentaliti 'aku membeli untuk rugi dalam saham ini.'
Apa-apa pun sekadar idea saya untuk tujuan pembelajaran bersama. Ini bukan saranan belian atau jualan.
Sediakan Trading Plan dengan sebaiknya agar risiko anda akan lebih terkawal.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di Bursa. Jaga risiko, jaga support sebaiknya
#TAYOR #BAYOR
INNO (Berehat di RBS)Sektor: Plantation
Analisa Teknikal ringkas:
Cubaan bertahan di paras halangan menjadi sokongan atau RBS /( Resistance Become Support ). Paras harga 52WH INNO ialah RM1.34.
*52WH/52 week high = paras tertinggi dalam 52 minggu (setahun).
Sekiranya INNO berjaya bertahan di paras RBS pada harga RM1.20 berpotensi besar untuk kembali mencabar paras halangan 52WH pada harga RM1.34.
Sesuai diperhatikan bagi sesiapa yang berminat untuk Buy on Weakness . INNO baru sahaja memecahkan paras 52WH dan melakukan pullback dan sekarang sedang bertenggek di atas RBS. Boleh cuba dapatkan harga yang tidak jauh daripada RBS sekiranya berminat dengan kaunter ini.
Sediakan Trading Plan untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
Analisa Fundamental:
* Market Cap: 583 juta
* Number of shares: 478 juta
* Manipulation indicator Isaham: Susah untuk dimanipulasi
-Konsisten memberikan dividen daripada tahun 2016 dan dividen tertinggi diberikan adalah 6.5% pada tahun 2020.
-Annual Report menunjukkan kenaikan kepada 36.9 juta pada tahun 2020 berbanding 13.6 juta pada 2019. INNO juga berjaya mengekalkan keuntungan setiap tahun tanpa gagal walaupun minyak sawit pada paras yang rendah sebelum ini.
-Catalyst terbesar saham ini komoditi minyak sawit. Sekiranya komoditi ini rally, harga saham ini akan turut rally.
Beberapa sektor kita telah dilihat rally dengan jayanya sejak sebelum ini. Adakah sektor minyak sawit pun akan rally selepas ini? Masa yang akan menentukan.
Sekadar idea untuk dikongsikan. Apa pula jangkaan anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk kedalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
#TAYOR #BAYOR
JAG (0024) : Masih dalam fasa kenaikanMYX:JAG : Kaunter Perkhidmatan Teknologi ini menarik bagi saya. Boleh pantau minat belian pada 3 Dis 2020.
1. EMA21 silang EMA200 hari ini 2 Dis 2020. Petanda nak meneruskan kenaikan.
2. Stochastic naik atas 50.00.
3. Jika melepasi rintangan 0.135 akan menuju ke rintangan 0.150.
#tujuan pembelajaran sahaja
TOPBLDS (5268) : Permulaan lantunan? Kaunter sektor pembinaan ini menarik pada 2 Dis 2020.
1. Setelah hampir 4 bulan dalam fasa menurun, ada sinar bullish engulfing di hujungnya.
2. Stochastic mula menaik ke garis 20.00.
3. MACD juga telah bersilang tapi di aras bawah garis 0.
4. Menarik jika memecah rintangan 0.105. seterusnya 0.120/0.135
5. Aras lantai : 0.070. Lantai terkuat : 0.055
6. Pendapat saya, jika melepasi 0.135 akan meneruskan trend kenaikan.
#tujuan pembelajaran sahaja
LEWEKO (8745): Kaunter gorengan atau bukan?Empat rintangan dibantai sehari menjadikan kaunter ini digoreng cukup-cukup.
Adakah akan terus digoreng sehingga 0.235 atau esoknya hangit ke 0.210?
Sama-sama kita saksikan tekanan belian atau jualan pada 1 Dis 2020.
Beruntunglah mereka yang beli masa merah!
#tujuan pembelajaran sahaja.
HOMERIZ (5160) : Tidak mustahil pecah 52 minggu tertinggi! Kaunter Consumer Products & Services, senang kata kaunter perabot yang menarik untuk pedagang swing. mid dan long.
1. Secara harian dan mingguan masih trend menaik. EMA masih dalam susunan terbaik.
2. Stochastic dan MACD menunjukkan permulaan trend naik dari oversold.
3. Rintangan : 1.01/1.03
4. Lantai : 0.960/0.940
5. Homeriz ada anak yang patuh..hehe..
#tujuan pembelajaran sahaja.
INIX (0094) : Menarik jika melepasi aras rintangan 0.280MYX:INIX Kaunter Teknologi yang masih dalam fasa sideway.
1. EMA 21 bersilang atas dengan EMA 34. pada 2 Dis 2020.
2. MACD bersilang petanda beli tapi minat belian masih rendah.
3. Stochastic masih meneruskan momentum di atas 60.00.
4. Jika minat belian tinggi pada 3 Dis 2020, rintangan 0.280 perlu dipecahkan menuju 0.300.
5. Melepasi rintangan 0.300 akan memecahkan fasa sideway ke trend menaik.
#tujuan pembelajaran sahaja
QES (0196) : Petanda nak breakout?Boleh pantau pada 2 Dis 2020.
1. Volume minat belian mula kelihat pada 1 Dis 2020.
2. Keluar dari corak segitiga pada 26 Nov 2020.
3. Stochastic lebih 50.
4. MACD telah melantun 2 hari lalu dari oversold.
5. Rintangan perlu dipecah untuk keluar dari sideway : 0.325 menuju 0.335
6. Lantai terdekat: 0.300
#tujuan untuk pembelajaran
SIGN (7246) : Ada Gap Up perlu ditutup.1. Jika candle merah pada 30 Nov 2020, maka akan menguji paras support pada EMA 7 - 0.370
2. Jika berlaku lagi penurunan ingin menutup Gap Up (24 Nov 2020), maka akan menguji paras support di EMA 21- 0.350
3. Jika minat belian meningkat, halangan perlu dipecahkan adalah pada 0.400 menuju ke 0.415.
#tujuan pembelajaran sahaja
NATWIDE (9806): Melantun pada Fibo Golden Ratio.Jika esok bermula tema Logistik, Natwide antara yang menarik.
1. Rintangan perlu dihadapi boleh rujuk carta berdasarkan Fibo Retracement.
2. MACD sudah silang tapi di bawah 0.
3. Stochastic naik ke 40.
#berdasarkan TF Daily
#tujuan pembelajaran sahaja
PCCS (6068) : Menunggu masa untuk digoreng?Kaunter ini masih dalam fasa sideway.Bermain di kawasan 0.450-0.540.
1. MACD bersilang petanda beli tapi di bawah nilai 0.00, bermain atas EMA90.
2. Rintangan terdekat pada 0.490 (rujuk carta)
3. Jika keluar dari dari 0.565, akan menguji 0.575 serta meneruskan kenaikan.
#tujuan pembelajaran sahaja.
PA (7225) : Meneruskan kenaikan memecahkan 52 hari tertinggi?Kajian pada 30 Nov 2020.
1.Stochastik dongak pada 50.00.
2.MACD bersilang ada petanda belian kuat namun volume belum menarik.
3.Jika meneruskan kenaikan akan menguji paras rintangan 0.170.
4.Lantai terdekat 0.150/0.135/0.130.
#tujuan pembelajaran sahaja
ACME (7131) : Petanda reversal?Selepas gorengan hebat hampir 80% kenaikan sehari pada 16 Oktober 2020 ,
berlaku penurunan sehingga pada tarikh 27 November 2020 muncul petanda minat belian meningkat.
1. Terbit sinar bullish engulfing di Fibo Golden Ratio.
2. MACD dan Stochastic bersilang.
3. Rintangan yang perlu dihadapi : 0.490/0.520/0.545
#tujuan pendidikan sahaja
YBS (0025) : Bermain di ruang sideway..menarik jika..Kaunter dalam Sektor Industrial Products &Services.
1. Petanda pantulan pada lantai 0.160- EMA90
2. MACD telah bersilang pada 27 Nov 2020.
3. Stochastic dongak melebihi 50.00.
4. Volume masih rendah.
5. Menarik jika melepasi 0.170/0.180.
6. Akan keluar dari fasa sideway jika melepasi rintangan 0.190.
#tujuan pembelajaran sahaja
WEGMANS (0197): Menunggu peluang untuk memecahkan ATH jika...Andai masuk tema Consumer Products & Services, kaunter ini harus diberi perhatian!
1. Secara umumnya, masih dalam trend menaik.
2. MACD dan Stochastic menunjukkan persilangan.
3. Sideway selama hampir 3 minggu. Bermain di kawasan 0.350 dan 0.390.
4. Jika minat belian meningkat, halangan untuk dipecahkan adalah 0.390 sebelum menguji aras rintangan 0.405 (ATH)
#tujuan pembelajaran sahaja.