Teropongbursa
GHLSYS - kelihatan ada momentum kenaikanGHLSYS telah membuat struktur pasaran "higher low" dan hari ini terdapat keaniakan harga berseta dengan volume lebih dari biasa.
paras sokongan S1 (uptrendline) dengan target R1.
G3 - trend menaik yang kuatG3 dengan garisan uptrend yang sangat curam, kenaikan yang mantap. namun harga kini berhenti pada paras tertinggi 26/7 2019 iaitu R1. Jika berjaya memecahkan paras ini dengan volume yang kuat, potensi harga bergerak ke R2 ada lah tinggi, R2.
paras sokongan untuk short term, S2, untuk swing, S1
PLATINUM _ carta 4 Jam - Bullish EngulfingBullish Engulfing telah terbentuk pada carta 4 jam. seperti dalam bulatan oren pada 11/9 dan 19/9 bullish engulfing berjaya memberikan signal pergerakan harga akan naik. Sasaran R1 dengan short term stop loss S1.
Swing stoploss S2, bermakna struktur pasaran bearish dan dijangka akan turun lebih banyak lagi .
FCPO harian - Short dibawah S1FCPO carta harian telah membuat pattern double top (bulatan ungu) dan pergerakan harga telah melepasi paras Neck line. keadaan ini menunjukkan 'confirmation" untuk pembentukan double top dengan sasaran pada S1. Namun begitu, saranan untuk short lebih baik pada harga dibawah paras S1 kerana disitu adalah support kuat kerana perlakuan gap pada 9/8/19.\
jika harga bertahan atas S1, maka pergerakan harga dijangka akan kembali menuju 50% R1 dan R1.
FRONTKN - masih bullish menuju R1, tapi hati-hati..FRONTKN masih bullish, diatas paras S2, tetapi candle pada 20/9 melambangkan distribution dengan volume yang besar. jika harga bertahan diatas S1, mungkin akan mencuba paras R1 dahulu. Jika berjaya tembus R1, maknanya momentum kenaikan masih ada dan sasaran seterusnya ialah R2.
jika harga tembus S2, maka ianya dah menjadi bearish.
SCIENTEX - bullish jika tembus R1SCIENTEX medium term masih berada didalam downtrend sejak Oktober 2018. harga untuk short term telah naik dan mungkin akan mencuba paras R1. Jiks harga berjaya menembusi R1, paras rintangan seterusnya adalah R2. zon sokongan pada S1 untuk short term. Jika zon S1 gagal menahan harga dari turun, paras sokongan seterusnya ialah S2.
SKPRES - mingguan momentum yang baikSKPRES membuat lantunan harga yang baik pada hari terakhir minggu ini dengan volume dan kenaikan harga yang baik. namun begitu, penjual berjaya menolak kembali harga jatuh ke paras 1.10
kemungkinan penjual dijangkakan mereka yang ingin cut loss setelah beberapa lama memegang saham yang turun nilainya. Sebahagian lagi adalah short term trader yang mengambil kesempatan kenaikan harga yang mendadak. Jika harga stabil diatas paras Strong Support Level (biru), harga berpeluang untuk menuju ke Minor Resistance Level (hijau) dam downtrendline (oren). Jika paras downtrend line ditembusi, sasaran seterusnya ialah garisan pink (Strong Bull).
Kepentingan Volume (dan penjelasan panjang lebar)Volume adalah nadi pergerakan suatu saham. Volume keseluruhan merupakan jumlah saham yang didagangkan oleh penjual dan pembeli. Volume secara lebih terperinci, terbahagi kepada dua bahagian. volume jualan dan volume belian. kualiti volume terletak pada dua jenis volume ini.
Analogi volume seperti anda mengepam tayar basikal secara manual
VOLUME = kekuatan anda tekan pam basikal untuk memampatkan angin ke dalam tayar. bayangkan otot-otot anda keluar semasa nak pam angin tayar basikal anda. kalau pam besar (duit banyak) lebih senang mengepam tayar berbanding dengan pam kecik (duit sikit)
SALURAN ANGIN ke tayar = buyer and seller
saluran sempit = rintangan yang kuat = jumlah seller yang besar / ramai
saluran besar = rintangan yang sedikit = jumlah seller yang sedikit / tak ramai
sama juga untuk harga sedang turun.
TAYAR BASIKAL masuk angin = pergerakan harga = hasil dari volume tersebut. secara tipikal:
Jika Volume besar yang berkualiti = ramai pembeli dari volume tersebut akan berjaya menolak harga naik (jika saluran besar - lebih senang angin nak masuk). tayar akan makin naik dan terisi angin.
Jika Volume besar yang tidak berkualiti = ramai penjual dari volume tersebut harga akan jatuh (saluran bocor, angin takleh masuk, keluar ikut tempat lain). Tayar tidak berjaya naik, malah, makin surut anginnya. Smart Money gagal.
Dalam kes APEX - terdapat anomali, dimana volume besar tetapi harga tidak bergerak banyak pada hari tersebut. hal seperti ini boleh menghasilkan 2 keputusan. sama ada harga akan terus jatuh selepas itu, atau terus naik.
dalam kes ini, setelah harga jatuh selepas 3 minggu, ramai trader dan pelabur cuba untuk melepaskan pegangan saham mereka kerana takut harga akan lebih turun. mereka biasanya akan key in order untuk jual pada harga tertentu, dan hal ini Smart Money mengambil kesempatan untuk membeli pada harga trader and investor tawarkan. Begitu ramai yang hendak menjual , sehinggakan belian yang banyak oleh Smart Money, masih tidak dapat menaikan harga saham tersebut pada minggu itu (ingat analogi saluran angin diatas?). Smart Money menggunakan kesempatan seperti ini untuk masuk membeli dengan harga terbaik tanpa meninggikan kos belian mereka. setelah majoriti saham ditangan Smart Money, lebih mudah bagi mereka untuk menolak harga naik. ingat supply and demand ye. harga akan naik jika supply berkurangan (ada orang monopoli)
Keadaan ini dikatakan sesuatu kaunter itu "well supported" atau "selling pressure absorbed" Kerana harga tidak jatuh banyak walaupun volume yang besar.
volume sebegini menunjukkan suatu fasa pengumpulan terakhir oleh Smart Money. setelah hal ini disedari oleh ramai traders dan pelabur, mereka tidak lepaskan peluang untuk menumpang Smart Money mencapai objektif mereka.
Anda trader bijak, ambil kesempatan, Follow the Smart Money.
Tulisan ini hasil dari pembacaan buku seperti "Reminiscences of a Stock Operator" / Jesse Livermore, dan rujukan teknikal yang lain seperti Dow Theory and Wykoff Method