OPENSYS - Pendakian Sudah Tamat?Pemerhatian:
a) Rujuk pada posting saya mengenai OPENSYS pada 3 Jun 2020 ()
b) Harga sudah mendaki sebanyak 80% dari tarikh penulisan pada 3/6.
c) Terdapat vol. yang sangat tinggi dengan badan bar harga yang kecil pada 22/6 berbanding dengan 9/6 dan 6/6.
d) Harga cuba menembusi R2 tetapi gagal dan kini berada diatas RTS.
Rumusan:
- Jika harga mempunyai momentum untuk meneruskan pendakian, ia perlu menembusi R2 dengan vol. yang meningkat. Berhati-hati dengan 'Fake Breakout'.
- Jika gagal, bermakna harga tiada lagi momentum untuk naik dan kemungkinan akan bermulanya Downtrend.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
Tradevsa
MAGNI - Pergerakkan Sideway Untuk Seketika?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway sebelum mendaki ke zon yang seterusnya.
b) Harga cuba menembusi R1 (3 & 23/6) tetapi gagal.
c) Harga kini ditutup atas 20MA dan masih berada di zon RM 1.98 - RM2.40. 20/40MA sudah membuka landasan.
Rumusan:
- Harga kemungkinan akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika; untuk menembusi R1, harga dan vol. perlu meningkat dengan vol. tinggi ketika harga menembusi R1.
- Jika harga menembusi RTS, maka harga akan bergerak Sideway pada zon S1 - RTS dan kemungkinan akan bergerak lebih lama.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
VS - Masih Mempunyai Momentum?**Kedudukan RTS diubah dari 99sen kepada 95sen.**
Pemerhatian:
a) Rujuk pada posting saya mengenai VS pada 11 Jun 2020 ()
b) Harga cuba menembusi R1 pada 17/6 tetapi gagal.
c) Harga kini bergerak Sideway dan disokong oleh RTS dan berada diatas 20MA dan Trendline.
Rumusan:
- Harga berkemungkinan akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika SELAGI ia tidak menembusi RTS atau S1.
- Dalam masa yang sama, kita perlu melihat tanda-tanda kekuatan terlebih dahulu.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
ECOWLD - Corak Sama Seperti AIRASIAPemerhatian:
a) Pada carta mingguan, harga berada dalam Downtrend.
b) Pada carta harian, harga bergerak Sideway dari hujung Mac'20 hingga pertengahan Mei'20 apabila ia menembusi RTS.
c) Harga kemudian meneruskan pendakian hingga ia cuba menembusi R1 tetapi gagal; harga kemudian menjunam sehingga ia disokong oleh RTS.
d) Harga masih disokong atas RTS tetapi tutup antara 20/40MA; harga tutup pula pada bahagian bawah bar dengan vol. yang tinggi.
Rumusan:
- Harga mungkin akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika; untuk meneruskan pendakian, ia perlu menembusi R1 dengan vol. yang meningkat.
- Terdapat beberapa 'Gap Down' yang masih belum tutup (24/2, 9/3, dan 13/3).
- Sehingga adanya tanda-tanda kekuatan, disarankan untuk melihat carta lain dan saham ini diletakkan dalam pemerhatian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
AIRASIA - Penerbangan Tergendala?Pemerhatian:
a) Rujuk pada posting saya mengenai AIRASIA pada 1 Jun 2020 ()
b) Harga menembusi RTS dan seterusnya cuba menembusi R1 tetapi gagal.
c) Landasan 20/40MA terbuka namun harga tutup antara 20/40MA.
Rumusan:
- Tiada tanda-tanda kekuatan dilihat pada carta; harga berkemungkinan akan bergerak secara Sideway untuk beberapa ketika.
- Sama seperti SPSETIA, harga mungkin akan membuat percubaan untuk menembusi R1 sebelum turun semula.
- Jika harga menembusi RTS, kemungkinan ia akan bergerak Sideway pada zon 70sen - 82.5sen.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SPSETIA - Berakhirnya Downtrend?Pemerhatian:
a) Pada carta mingguan, harga berada dalam Downtrend sejak pertengahan Mei'17 sehingga sekarang.
b) Pada carta harian, harga bergerak Sideway selama 2 bulan sebelum menembusi RTS. Ia cuba menembusi R1 tetapi gagal.
c) Landasan 20/40MA terbuka namun harga tutup atas 40MA dan Trendline.
Rumusan:
- Harga kemungkinan akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika dan membuat percubaan untuk menembusi R1 sebelum turun semula; jika harga menembusi RTS, maka harga akan ditutup rendah lagi.
- Sehingga ada tanda-tanda kekuatan, maka carta ini boleh letakkan dalam pemerhatian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SAPNRG - Ada sesuatu tak kena?Pemerhatian:
a) Pada carta mingguan, harga berada dalam Downtrend sejak Apr'17 sehingga ia menembusi Trendline pada Jun'19 untuk bergerak Sideway.
b) Pada carta harian, harga bergerak Sideway antara 8sen - 11.5sen setelah ia 'Gap Down' pada 9/3.
c) Harga juga diniagakan dibawah 40/20MA sejak dari permulaan Downtrend sehingga sekarang.
Rumusan:
- Dari pemerhatian, ada seperti sesuatu yang tidak kena dengan carta kerana vol. yang sangat rancak didagangkan dari awal Dis'17.
- Adalah lebih baik tunggu harga menutupi Gap DAN juga melihat tanda-tanda kekuatan pada carta. Buat masa ini, letak dalam pemerhatian dan trade kaunter lain.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
UNISEM - Pendakian Akan Datang?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway sejak pertengahan Apr'20 dengan percubaan menembusi RTS dan R1 pada 16/5 tetapi gagal.
b) Harga berjaya menembusi RTS dengan vol. yang meningkat.
c) 20/40MA masih bersimpul dan belum membuka lagi.
Rumusan:
- Pada berikutnya, kita perlu melihat samada harga mampu berada diatas RTS atau R1. Jika ia menembusi R1, ia perlu mempunyai vol. yang tinggi.
- Jika harga gagal menembusi R1, kemungkinan ia akan bergerak Sideway untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pendakian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
JHM - Adakah terlajak laju?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway hampir 2.5 bulan dengan percubaan untuk menembusi S1 dengan vol. yang sangat tinggi tetapi gagal.
b) Harga berjaya menembusi S1 dan RTS tetapi gagal menembusi R1 dengan vol. yang sangat rendah.
c) 20/40MA membuka landasan dan kini disokong oleh RTS.
Rumusan:
- Harga sudah naik 50% dari S1 sebelum membuat Pullback / pergerakkan Sideway.
- Walaupun terdapat UT pada waktu penulisan, harga masih diniagakan diatas RTS.
- Jika harga gagal menembusi R1 dengan vol. menaik, kemungkinan besar ia akan bergerak Sideway dengan lebih lama atau ditutup rendah jika ia menembusi RTS.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
TADMAX - Bolehkah ia terus mendaki?Pemerhatian:
a) Harga bergerak dalam Uptrend 1. Ia kemudian membuat pergerakkan Sideway selama 1 bulan lebih sebelum sambung pergerakkan Uptrend 2.
b) Harga berjaya menembusi S1 dan RTS tetapi gagal menembusi R1 dengan vol. yang sangat klimatik.
c) Harga masih diatas 20/40MA yang sudah membuka landasan.
Rumusan:
- Harga membuat UT dengan vol. yang sangat klimatik. Format ini sama jika dilihat ke sebelah kiri carta yang mempunyai vol. yang tinggi sepertinya.
- Kemungkinan harga tidak dapat mara lagi dan akan membuat lower high; jika harga masih mampu mendaki, ia perlu menembusi R1 dengan vol. yang meningkat.
- Walau apa pun, kita tunggu dan lihat pada bar-bar yang berikutnya.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
AZRB - Sama seperti REVENUE?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari 7/4 hingga sekarang.
b) Terdapat percubaan harga untuk menembusi R1 pada 18-19/5 dan 10-11/6 tetapi gagal.
c) 20/40MA bersimpul tetapi di sokong kuat pada RTS.
Rumusan:
- Harga berpotensi untuk naik; jika ia melepasi R1 dengan vol. menaik dan membuat Pullback yang berjaya diatas R1, maka pendakian akan diteruskan.
- Jika harga gagal menembusi R1, kemungkinan harga akan sambung pergerakkan Sideway.
- Pada waktu penulisan, harga kini berada hampir dengan RTS, menjadikan ia zon yang baik untuk Entry.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
REVENUE - Suatu Penantian?Pemerhatian:
a) Harga bergerak secara Sideway dari 7/4 hingga sekarang.
b) Terdapat percubaan harga untuk menembusi R1 pada 8/5 dan 9/6 tetapi gagal.
c) 20/40MA bersimpul tetapi sokongan kuat pada RTS dan S1.
Rumusan:
- Harga kini hampir berada diparas tinggi (RM 1.53) dengan Resistance seterusnya pada RM 1.38.
- Harga kemungkinan akan membuat pergerakkan Sideway untuk beberapa ketika sebelum menembusi R1 dengan vol. menaik.
- Jika harga menembusi S1, maka berkemungkinan harga tidak berminat untuk teruskan pendakian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MALAKOF - Pergerakkan Sideway yang Panjang?Pemerhatian:
a) Pada carta mingguan, harga bergerak secara Sideway sejak dari pertengahan 2018 sehingga sekarang.
b) Harga cuba menembusi R1 dan RTS tetapi gagal; harga terus sambung membuat pergerakkan Sideway.
c) Pada carta harian, pergerakkan harga tiada beza dengan carta mingguan.
Rumusan:
- Sejak 2018, terdapat 3 situasi pada carta mingguan dimana harga cuba melonjak naik dengan volume yang tinggi tetapi tidak menjadi.
- Jika anda seorang Swing trader, maka saham ini boleh dikatakan platform yang baik untuk trade.
- Untuk membuat trade yang lebih baik, disarankan untuk rujuk kaunter lain sementara kaunter ini diletakkan dibawah Pemerhatian.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SUPERLN - Menanti Pendakian Atau?Pemerhatian:
a) Harga bergerak dalam Uptrend sebelum membuat pergerakkan Sideway antara RTS dan R1
b) Harga menembusi Trendline namun masih disokong oleh RTS.
c) Harga membuat beberapa percubaan untuk menembusi R1 tetapi gagal. Volume pula rendah dan 20/40MA semakin mengecil.
c) 20/40MA membuat landasan dan harga masih berada diatas Trendline.
Rumusan:
- Walaupun terdapat UT dan harga menembusi Trendline, didapati harga masih disokong oleh RTS.
- Kita tunggu dan lihat beberapa bar sebelum membuat keputusan.
- Jika harga menembusi R1, ia perlu mempunyai vol. yang meningkat dan sebelum itu mungkin 1-2 tanda-tanda kekuatan; jika harga menembusi RTS, kemungkinan harga akan sambung membuat pergerakkan Sideway.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
WZSATU - Adakah Pendakian akan Bersambung?Pemerhatian:
a) Harga berada dalam Uptrend dengan pergerakkan Sideway antara 19 - 27.5sen.
b) Harga cuba menembusi RTS pada 28/5 & 3/6 tetapi gagal. Pada 19/6, harga menembusi RTS tetapi tidak dapat menembusi R1.
c) 20/40MA membuat landasan dan harga masih berada diatas Trendline.
Rumusan:
- Harga ditutup bawah R1 dengan vol. yang rendah dan agak jauh dari 20MA.
- Harga mungkin akan membuat Pullback atau pergerakkan Sideway singkat sebelum sambung pendakian.
- Jika harga menembusi R1 dan R2 dengan vol. yang berkurangan, kemungkinan besar harga tidak lagi mampu meneruskan pendakian dan mungkin akan samada bergerak Sideway atau ditutup lebih rendah dalam bar-bar yang akan datang.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
CAB - Permulaan Pendakian?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway sejak dari awal Apr'20 dengan 2 percubaan untuk menembusi R1 tetapi gagal.
b) Vol. berkurangan semasa tempoh Sideway dan kini 20/40MA mula membuka sedikit.
c) Pada waktu penulisan, harga menembusi R1 dengan volume yang tinggi dan kini berhadapan dengan R2.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, harga kini berada pada aras 35sen. Jika harga dapat menembusi R2, maka pendakian sudah pun bermula.
- Kemungkinan harga akan membuat pullback diatas R2 sebelum meneruskan pendakian; jika pullback gagal, harga akan bergerak secara Sideway untuk beberapa ketika sebelum meneruskan pendakian.
- Berhati-hati sekiranya harga tutup dibawah R2 atau R1 ATAU berlakunya pergerakkan parabolik dalam beberapa hari.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
K1 - Bersedia untuk (Terjun) Mendaki?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway lebih dari 6 bulan sebelum memulakan pendakian pada 13/5.
b) Harga 'Gap Up' pada 2/6 dan gagal menembusi 59.5sen sebelum bergerak 'Sideway'.
c) 20/40MA membentuk landasan dan harga berada diatas RTS sambil mencecah 20MA.
Rumusan:
- Harga kini disokong pada RTS dan volume semakin berkurangan. Harga mungkin akan bergerak secara Sideway untuk beberapa ketika lagi.
- Untuk meneruskan pendakian lebih jauh, harga perlu menembusi R1 dengan volume menaik dan membuat pullback diatas R1; jika tidak harga mungkin akan jatuh dibawah R1 dan kemungkinan akan turun lebih lanjut lagi.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
AT - Adakah Terdapat Potensi?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway lebih dari 6 bulan sebelum memulakan pendakian pada 29/5.
b) Harga terus mendaki hingga cuba menembusi R1 pada 11/6 dengan vol. yang sanga tinggi sebelum turun.
c) 20/40MA membentuk landasan dan harga kini berada diatas garisan RTS.
Rumusan:
- Walaupun terdapat tanda kelemahan (UT), harga masih diatas aras RTS dan kemungkinan akan bergerak Sideway untuk beberapa hari.
- Untuk harga meneruskan pendakian, ia perlu mempunyai volume yang meningkat; jika harga menembusi RTS dan 20MA, kemungkinan besar ia akan turun bawah lagi.
- Disarankan untuk tunggu beberapa hari untuk melihat arah pergerakkan harga.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MINETEC - Rintangan sebelum berlepas?Pemerhatian:
a) Harga bergerak Sideway hampir 1 tahun sebelum memulakan pendakian dari 1-17/4.
b) Harga membuat pergerakan Sideway lagi hampir 2 bulan dengan vol. yang rendah sebelum menembusi RTS dengan UT dan vol. yang tinggi.
c) Harga kini ditutup pada R1 dan 20/40MA mula membuka simpul.
Rumusan:
- Jika harga dapat menembusi R1 dengan vol. yang tinggi, ia akan berada pada zon yang baru kerana 34sen merupakan zon paling tinggi saham ini pernah capai.
- Jika harga gagal menembusi R1, kemungkinan harga akan membuat pergerakkan Sideway untuk seketika sebelum meneruskan pendakian.
- Kita perlu berikan perhatian kepada tanda-tanda kekuatan dan kelemahan sebelum membuat keputusan.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
IKHMAS - Adakah berpotensi?Pemerhatian:
a) Dari segi tempoh masa yang panjang, harga berada dalam Uptrend. Dari segi tempoh 6 bulan pula, harga berada dalam Uptrend.
b) Pada 20/5, harga menembusi Trendline dengan vol. yang tinggi dan pada 21/5 ia cuba menembusi R1 tetapi gagal.
c) Harga kemudiannya keluar daripada Trendline dan kini tutup antara 20/40MA dengan vol. yang sangat rendah.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, harga kemungkinan bergerak Sideways selagi ia tidak menembusi RTS.
- Untuk meneruskan pendakian, harga perlu menembusi R1 dengan vol. yang tinggi.
- Adalah lebih baik tunggu dan lihat tanda-tanda kekuatan dan situasi harga terlebih dahulu.
- Dinasihatkan supaya lebih berhati-hati jika mahu trade kaunter dibawah 10sen kerana pergerakkan harga yang sedikit memberi impak yang besar kepada wang pelaburan anda.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
MGRC - Downtrend yang lama.Pemerhatian:
a) Pada carta minggu, harga berada dalam Downtrend sejak dari IPO pada 4/10/2010 dengan pergerakkan harga yang 'kurang cantik' dan volume yang sangat rendah.
b) Pada carta harian, harga cuba menembusi R1 pada 12/5 dan 1/6 dengan volume yang tinggi tetapi gagal. Perhatikan bagaimana harga tertinggi pada 12/5 menyentuh garisan Trendline.
c) Harga bergerak secara Sideway dan kini tutup antara 20/40MA dengan landasan mengecil.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, tidak ada banyak aktiviti dagangan (volume) di dalam carta selain dari tempoh 12/5-1/6.
- Carta seperti ini sebaiknya dielakkan kerana ia tidak memberikan pulangan yang baik.
- Untuk mendapatkan trade setup yang bagus, pergerakkan harga yang sihat dengan volume yang baik adalah perlu.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
NOTION - Dalam Downtrend?Pemerhatian:
a) Harga cuba menembusi R3 pada 14/5 tetapi gagal. Jika dilihat sebelah kiri, harga juga gagal untuk menembusi R3.
b) Harga bergerak secara Sideway sebelum ia Gap Down dan didagang antara RTS dan R1. Ia dapat 'close the gap' pada 11/6 tetapi ditutup rendah.
c) Harga juga berada dalam Downtrend dengan posisi terkini harga dibawah 40MA dan 20/40MA sudah tutup.
Rumusan:
- Berdasarkan pemerhatian, harga kini berada dalam Downtrend dan berkemungkinan akan turun hingga ke RTS.
- Kebarangkalian harga boleh turun lagi sehingga 27.5sen (Harga paling rendah bagi tempoh 6 bulan).
- Jika harga keluar dari Trendline, kemungkinan ia akan membuat pergerakan Sideway. Dari situ, kita akan membuat analisa lebih lanjut.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
SEKTOR PERLADANGAN - Pertumbuhan Sejajar Dengan Harga FCPOPosting ini mengenai sub-sektor "perladangan kelapa sawit".
Pemerhatian:
a) Analisa Minyak Sawit Mentah (rujuk posting saya "PASARAN MINYAK SAWIT MENTAH - Harga Bersedia untuk bergerak?". Link dibawah.)
b) Pada waktu penulisan, harga mempunyai formasi yang sama:
- Harga cuba menembusi R1 tetapi gagal.
- Harga turun kembali dengan sebahagian tutup antara 20/40MA. Majoriti tutup diatas RTS.
- Volume yang semakin rendah.
Rumusan:
- Harga bergerak seiring dengan pasaran harga minyak sawit mentah.
- Jika harga ingin untuk meneruskan pendakian, ia perlu tutup atas 20MA DAN melepasi R1 dengan volume yang menaik sebelum membuat pullback diatas R1.
- Bagi Swing trader, kini terdapat peluang untuk trade dengan TP antara 11-22% bergantung kepada kaunter.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.