Bersiar-siar selepas kemasukan volum yang tinggi. Mungkin akan ada cerita terbaru di masa terdekat.
Ada nampak seakan corak double bottom . Terbaik jika kita mampu tunggu sehingga corak lengkap dulu.
Tapi, belum masanya lagi. Itupun kalau harga dan volume memenuhi syarat seperti dinyatakan dalam video.
Bila harga sudah melepasi aras pening dan kekal di atas aras pening, kita tunggu dan cari corak kesinambungan (continuation pattern).
Hari tu ukur2 target tak kesampaian. Maka kita berubah kepada PLAN B
Dari permulaan volum masuk, krono meneruskan kenaikan tanpa toleh belakang dan ketika ini bersekedudukan di aras sasaran awal. Semoga terhibur.
Setelah setahun berlalu, saya sambung semula video terbaru. Carta OKA - tunggu atas dan bawah
Target untuk menuju aras 52 minggu tertinggi semula. Tapi ada beberapa syarat seperti dinyatakan.
Ada beberapa cara yang selalunya diguna untuk mencari target. Sampai atau tak bukan terpulang pada market. Yang penting target perlu ada dalam setiap pelan dagang yang di buat lebih awal sebelum beli.
Cadangan saya untuk menunggu di atas atau di bawah , mengikut syarat2 jika terjadi.
Memandangkan kita menghampiri penghujung tahun dan kebiasaannya ada aktiviti cuci tingkap (windows dressing), berkemungkinan spsetia tergolong dalam kategori tu. Tapi dari pergerakan harga, nampak corak yang baik dan kita hanya perlu tunggu harga tembus ke atas corak untuk layan momentum kenaikan, itupun kalau ada.
Tak tau berapa lama dia nak bersiar-siar. Jadi saya lukis kotak dan tunggu sehingga ada harga tembus ke atas atau ke bawah.
Masih mode bersiar-siar. Bertabah seadanya.
Masih tiada volume hijau padu menolak harga ke atas sebaliknya volum merah padu pulak yang muncul
Masih lagi bersiar-siar di bawah garis tren menurun..kalau dapat volum padu masuk dengan lilin pun bagak, baru lega hati..
Penerangan kepada indicator PRICEVOLUME
Sedikit penerangan berkenaan tanda segitiga biru di trendband guide..
Kehadiran volum hijau yang lebih tinggi dari merah menampakkan ada minat belian dari bawah. Itupun kalau dia dah bersedia untuk keluar dari kawasan pening..