PEMBELAJARAN 1 - Kenali corak 3 askar putih dan 3 gagak hitamKENALI CORAK PATEN 3 ASKAR PUTIH DAN 3 GAGAK HITAM
- 3 askar putih ialah salah satu corak candlestick bullish /menaik manakala 3 gagak hitam pula salah satu corak candlestick bearish /menurun.
- Kedua-dua corak ini adalah salah satu tanda perubahan trend sama ada berubah daripada menurun ke menaik ataupun sebaliknya
1️⃣ 3 Askar Putih
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 batang lilin solid marubozu hijau.
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka perubahan trend menurun akan berubah menjadi trend menaik. Kebarangkalian besarnya, rally ataupun kenaikan akan berterusan sehinggalah lilin tanda
retrace/ bearish muncul seperti gravestone doji, hanging man dan sebagainya.
◼ Tambahan lagi, corak paten 3 askar putih ini haruslah disokong dengan volume yang meningkat secara average dan tiada unsur anomoly ( PVA Law).
2️⃣ 3 Gagak Hitam
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 solid marubozu merah .
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka keberangkalian perubahan trend menaik akan berubah menjadi trend menurun. Kebarangkalian besar juga, penurunan akan berterusan sehinggalah lilin tanda reversal/ bullish muncul seperti hammer,morning star dan sebagainya.
Nota
+ Bullish - Trend menaik
+ Bearish - Trend menurun
+ Marubozu - lilin penuh/solid
Garisan Arah Aliran
KAJIAN 1: Panduan STOCH RSI 100% Untuk Kaunter UptrendPembelian kaunter uptrend menggunakan STOCH RSI:
1) Pastikan kaunter dalam keadaan uptrend.
2) Entry apabila STOCH RSI mula naik ke paras 20.00.
3) TP ketika STOCH RSI mula naik di paras oversold (80.00) dan menunduk ke bawah.
Anda juga boleh ride the trend. Contoh:
1) Chip in (buy dengan jumlah sedikit) ketika STOCH RSI mula naik ke atas paras 0 (perhatikan horizontal line biru).
2) Chip out (sell dengan harga sedikit dan biarkan modal) ketika STOCH RSI di paras oversold dan mula menunduk (Perhatikan horizontal line hijau).
3) CL (sell semua) apabila harga jatuh di bawah uptrend line atau MA 50.
*Kaunter UWC telah mencapai keuntungan sebanyak 160% untuk 6 bulan.
* Idea ini hanyalah bertujuan untuk penggunaan pendidikan sahaja.
MALAKOF - Institusi mungkin masih membuangMALAKOF baru2 ini rally dan terhenti pada ringtan 0.99, dan kini masih berada pada paras SMA200.
-Institusi KWAP telah melupuskan lebih daripada 4 juta unit sejak 15-17 Jan, dan mungkin masih diteruskan
-Lihat bagaimana pergerakan harga selepas RSI berada dalam keadaan overbought/oversold.
-Juga perhatikan arah tuju harga selepas memecah garisan downtrend & EMA50
-Support dalam kawasan 0.86-0.88