Velesto - Masih bertahan di atas MA20Kajian Kaunter VELESTO
Masih menarik untuk diperhatikan kerana kaunter ini masih bertahan di atas MA20.
Pada kebiasaanya, sesuatu kaunter akan cuba untuk test di paras DTL setelah melepasinya sebelum meneruskan kenaikkan.
Selling pressure juga kelihatan sudah berkurang dan pullback ini masih lagi terkawal.
Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang.
Adakah kaunter ini akan mencapai Paras Pivot atau tidak
#BAYOR #TAYOR
Garisan Arah Aliran
CCK - Pullback ke MA50Kajian Kaunter CCK
Kaunter Telur
Kaunter ini melakukan pullback namun kelihatan candlestick pattern hammer terbentuk dengan Significant Volume pada hari dagangn 27 Sept 2023.
Boleh perhatikan jika kaunter ini mampu bertahan di atas MA50 dan meneruskan kenaikkan atau sebaliknya
#BAYOR #TAYOR
E&O - Pullback ke RBS ?Kajian Kaunter E&O
Kaunter ini kelihatannya masih mempunyai momentum kerana masih mampu untuk bertahan di atas Tenkan dan juga MA20.
Volume jualan juga kelihatan tidak tinggi dan pullback ini juga masih terkawal.
Boleh perhatikan jika paras RBS di 0.660 mampu bertahan.
#BAYOR #TAYOR
KNM - Permulaan reversal yang baru ?Kajian Kaunter KNM
Secara keseluruhannya kaunter ini kelihatan masih berada di dalam Downtrend yang panjang.
Namun kelihatan kenaikkan kali ini berkemungkinan sebagai tanda kecil untuk kaunter ini memulakan gerak untuk reversal.
Paras confirmation untuk dilepasi adalah pada Pivot 0.325.
Boleh perhatikan untuk jangka masa panjang.
#BAYOR #TAYOR
CENSOF - Permulaan Reversal ?Kajian Kaunter Censof
Sektor Teknologi
Kaunter ini telah melepasi paras MA200 pada hari dagangan 12 Sept dengan Volume yang agak tinggi.
Ini boleh dijadikan tanda tanda awal untuk kaunter ini menukar trend.
Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang
#BAYOR #TAYOR
SPSETIA - Nampak menarikKajian Kaunter SPSETIA
Percubaan untuk melepasi Upper Channel sebelum ini tidak berjaya.
Namun pullback kali ini kelihatannya masih mempunyai kekuatan di mana kelihatan volume semakin berkurang yang berkemungkinan juga selling pressure juga telah berkurang.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
MKLAND - Percubaan di DTL 2014Kajian Kaunter MKLAND
Kaunter ini telah berjaya keluar dari DTL 2014. Ini adalah satu tanda positif dari kaunter ini.
Namun, pada kebiasaaanya setelah keluar dari paras ini kaunter itu akan melakukan percubaan di paras DTL ini semula sebelum meneruskan kenaikkan.
Paras ini harus bertahan untuk kaunter ini meneruskan kenaikkan.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
VELESTO - Nampak menarik, DTL pendekKajian Kaunter VELESTO
Susunan Moving Average yang menarik dan juga DTL pendek antara perkara yang terlihat pada kaunter ini.
Namun harus diperhatikan juga paras Rintangan di 0.270 dan 0.280 yang agak kuat dan harus ditembusi.
Boleh perhatikan untuk jangka masa panjang
#BAYOR #TAYOR
E&O - Mampukah mencapai Pivot ? Permulaan baru ?Kajian Kaunter E&O
Kaunter ini kelihatan secara keseluruhannya masih berada di dalam fasa Downtrend.
Namun kini, kelihatan Moving Average sudah mula tersusun cantik dan berkemungkinan juga kaunter akan melakukan percubaan untuk reversal.
Paras yang harus dilihat adalah pada Pivot dan juga DTL 2014.
Boleh lihat kaunter ini untuk jangka masa panjang kerana Volume juga kelihatan mulai masuk.
Harus diperhatikan juga paras retracement untuk kaunter ini.
#BAYOR #TAYOR
GOLDSPOT: KE ARAH DEMAND 3MoNTHsXAUUSD trend masih bearish, harga semasa di area demand 1 bulan.
Harga berpotensi/agak kuat ke demand 3 months .
Dalam tempoh terdekat unjuran pergerakan ialah antara 1925/1927 dan 1903/1900.
Area ini adalah best sell & buy masing-masing.
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN.
WIDAD - Keluar Awan KumoKajian Kaunter WIDAD
Selain daripada susunan Moving Average yang menarik, kaunter ini juga telah berjaya keluar dari awan Kumo.
Awan ini boleh dikatakan sebagai salah satu dinamik resistance.
Kenaikkan melepasi paras ini adalah tanda positif untuk sesuatu kaunter mula untuk bergerak.
Boleh perhatikan
#BAYOR #TAYOR
AGMO Kaunter Pertukaran Trend dan Menanti Untuk Pecahkan KotakAGMO telahpun membuat pertukaran trend dan kini berada didalam kotak pengumpulan dalam range harga 0.590 (S) - 0.620 (R). Jadi, ianya sedang menanti untuk pecahkan aras rintangan 0.620 untuk gerakan menaik yang seterusnya. Jika berjaya pecahkan R 0.620, ada satu lagi rintangan keras iaitu di 0.635 (harga tertinggi candle volume spike dan gap up). Jika berjaya pecahkan, maka secara teorinya akan terus menguji garisan - garisan aras rintangan di atas.
(Penafian : Sekadar analisis chart untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap maklum).
CUSCAPI Memecahkan EMA200 dan Dalam Fasa UptrendCuscapi berjaya memecahkan aras EMA200 dan rintangan psikologi RM0.200 apabila ditutup pada harga RM0.205 disokong oleh volume yang kuat. Jika dilihat pada chart 2 tahun, Cuscapi telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) pada bulan Julai 2023 yang lalu dan sekarang ini dalam fasa menaik. Jika berjaya pertahankan aras sokongan 0.200, potensi gerakan seterusnya adalah untuk menguji dan cuba memecahkan aras - aras rintangan. Jika dilihat pada chart, aras rintangan rapat - rapat juga iaitu di aras 0.215, 0.230, 0.240, 0.260, 0.275 (keras) dan 0.295. Mampukah Cuscapi untuk melanggar kesemua aras rintangan ini? Aras rintangan di 0.275 merupakan aras rintangan keras, jika berjaya pecah dan bertahan di atas 0.275, aras rintangan keras / aras target seterusnya adalah di aras 0.385.
(Penafian : Analisis chart ini sekadar analisis peribadi dan untuk pembelajaran semata - mata. Harap maklum).
Indek Property Bullish Kuat Tetapi Adakah Sudah Di Puncak?Indek Porperty memulakan gerakan bullish pada hujung tahun 2022 apabila breakout EMA200. Kemudian, turun untuk retracement / pullback dan memantul membuat reversal di aras EMA50. Pada Feb 2023, membuat pengesahan strong bullish apabila EMA50 membuat persilangan emas (Golden Cross) dengan EMA200. Hari ini, candle sudah jauh dari golden cross. Adakah kenaikkan sudah dipuncak dan masanya untuk membuat pembetulan (correction). Buat masa ini, range dalam aras sokongan 781.87 dan rintangan 807.82. Jika bocor sokongan 781.87, maka akan mula turun membuat correction. Tetapi jika masih kuat, akan naik menguji rintangan 807.82.
Lama dah bullish, semoga ramai rakan trader yang mengambil peluang dan berjaya menjana profit yang lumayan dengan kaunter - kaunter sektor Property.
(Penafian : Sekadar analisis peribadi dan tujuan pembelajaran semata - mata)