CONNECT Nampak Kuat Untuk Pergi Lebih JauhCONNECT nampak sangat kuat buat masa ini. Dalam beberapa hari ini CONNECT telah memecahkan 52 weeks high, kumo resistance dan garis menurun 3 tahun (3yr DTL). Pada hari ini juga telah berlakunya persilangan diantara garisan EMA50 dan EMA200 sebagai signal bullish yang kuat. Aras rintangan / target adalah di 0.260 dan 0.330. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Arah Aliran Garisan Putus
PMHLDG Telah Memecahkan DTL 6 Tahun dan Cubaan Melepasi 52whPMHLDG telahpun memecahkann garisan menurun 6 tahun (DTL 6yr)disokong oleh volume yang kuat. Pada hari ini juga PMHLDG juga telah memecahkan aras tertinggi 52 minggu (52 week high, wh) di aras 0.130 tetapi juga ditutup di aras 0.130. Jika esok berjaya melepasi aras 0.130, secara teorinya PMHLDG akan mula membuat pendakian menaik ke aras yang lebih tinggi. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
PICORP Memecahkan Garisan Menurun 12 Tahun Dgn Volume TertinggiPICORP telah menecahkan garisan menurun selama 12 tahun (DTL12 yr) disokong oleh volume tertinggi sepajang 12 tahun. Picorp juga telah memecahkan kumo resistance dan juga garisan EMA200 pada hari ini. Garisan EMA21 juga bakal bersilang dengan EMA50. Memang setup yang sangat menarik untuk kaunter PICORP. Adakah permulaan untuk PICORP mendaki ke aras yang lebih tingi. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
ENGTEX Telah Memecahkan DTL dan Potensi Surf Bollinger BandENGTEX pada hari Jumaat lepas telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) disokong oleh volume yang kuat. Jika diletakkan indicator Bollinger Band (BB) juga, dapat dilihat ENGTEX mempunyai potensi untuk membuat pattern surf Bollinger Band. Jika berjaya, pastinya tujahan yang kuat untuk meneruskan pendakian ke atas. Pada hari Jumaat lepas juga, candle Engtex telahpun melintasi middle BB dan ditutup diatas middle BB. Satu signal yang kuat untuk meneruskan pendakian dan menukar arah trend. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
TIGER Akan Kembali Mengaum. Sangat Menarik Untuk Diperhati RapatTIGER merupakan sebuah kaunter super penny dari sektor Property. Apa yang menarik dengan kaunter ini, ianya telahpun memecahkan garisan menurun 3 tahun (3yr DTL) disokong oleh volume yang kuat dan gap. Selepas itu, Tiger berehat beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan baru dari trend menurun kepada trend menaik. Tiger juga telah memecahkan awan ichimoku dan guna telah membuat persilangan strong bull EMA50 bersilang dengan EMA200. Sama-sama kita perhati rapat ya. Jika dilihat dari rekod transaksi, para pengarah syarikat Tiger Synergy Berhad ini boleh dikatakan setiap hari membuat belian dengan volume yang besar sejak bulan Mac 2020 yang lalu. Pasti ada news menarik yang bakal menyusul dihari mendatang. Harimau yang telah tidur selama 3 tahun kini telah bangun untuk kembali mengaum garang. Sama-sama kita sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
ADVENTA Kaunter Yang Bullish Kuat. Potensi Untuk Terus Mendaki. ADVENTA kaunter healthcare yang mempunyai fundamental yang baik dan menarik. Sebelum ini Adventa telah memecahkan garisan menurun 6 tahun (6yr DTL) dan juga aras EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Selepas itu, Adventa membuat sedikit retracement dan hari ini (4 May 2020) nampak seperti bersedia untuk meneruskan pendakian. Aras rintangan kuat yang perlu di pecahkan adalah di aras 0.970 dan jika berjaya, aras target seterusnya adalah di 1.34. Aras sokongan yang kuat buat masa ini adalah di 0.880. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
CCK Nampak Kuat dan MenarikCCK hari ini telahpun memecahkan garisan menurun setahun (1yr DTL : garisan biru) dan juga EMA200 disokong oleh volume yang kuat. CCK juga telahpun memecahkan aras rintangan yang kuat di 0.525 dan aras rintangan yang seterusnya adalah di 0.580. CCK juga menawarkan dividen sebanyak 1.25 sen dimana ex date pada 30 May 2020 yang akan datang. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
AGES Momentum Kenaikkan Yang KuatAGES telahpun membuat pattern chart dan candle yang kuat disokong oleh volume yang banyak. AGES juga telahpun memecahkan garisan menurun (long term downtrendline). Sangat menarik untuk diperhatirapatkan. Jika dilihat daripada indicator Ichimoku Kumo Hyo, dapat dilihat AGES mempunyai momentum yang kuat untuk meneruskan pendakian keatas. Aras rintangan terkuat adalah di 0.155, jika dapat dipecahkan AGES akan terus mendaki ke aras yang lebih tinggi disokong oleh kekuatan chart dan momentum. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
MYSCM Menarik Untuk DiperhatirapatkanMYSCM ataupun nama lamanya Panpage menarik untuk diperhatirapatkan kerana hari ini telahpun breakout garisan menurun (DTL) dan juga EMA50 disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, MYSCM akan cuba untuk menukar trend daripada menurun kepada menaik. Dapat dilihat juga EMA21 sudahpun hampir bersilang dengan EMA50 untuk membentuk signal belian yang kuat. Jika dimasukkan indicator Bollinger Band juga, dapat dilihat bahawa MYSCM sedang membentuk pattern surf Bollinger Band. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
UCREST Adakah Telah Bersedia Untuk Menukar Arah TrendUcrest telahpun breakout garisan menurun (long term DTL) disokong oleh volume yang kuat. Ini menunjukkan Ucrest sedang mencuba untuk menukar trend daripada menurun kepada menarik. Jika esok mampu memecahkan aras rintangan kuat di 0.100 dan seterusnya bertahan diatas aras 0.100, maka ianya merupakan langkah pertama untuk Ucrest mengubah haluan trend. Jika dilihat daripada garisan EMA, dapat kita lihat hari ini Ucrest telahpun melepasi garisan EMA50 dengan signal belian yang kuat. Secara teorinya, harga yang melepasi garisan EMA50 mempunyai kekuatan untuk terus mendaki ke atas. Dapat juga dilihat, garisan EMA21 sedang dalam perjalanan untuk membuat persilangan dengan garisan EMA50 dimana jika bersilang, akan memberikan signal belian yang kuat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
VS Memecahkan Trendline Menurun, Masa Untuk Meneruskan PendakianVS telah memecahkan garisan trend menurun pada hari Khamis 9 April 2020 dan disahkan pada 10 April 2020. Seterusnya, secara teorinya VS akan mula mendaki untuk trend menaik. Boleh la kita sediakan trading plan untuk kaunter VS ni ya. Sekadar kajian dan pembelajaran.
MTAG hampir BO untuk segitigaMTAG, hampir merentasi down trendline untuk mengakhiri fasa sideway.
-membentuk sokongan kukuh pada 0.495
-lilin terakhir sedikit membentuk hammer untuk rejection lower price
-jika mampu untuk mengatasi trendline, rintangan seterusnya pada 0.56
-monitor untuk momentum pembelian seterusnya, dan monitor jika volum mampu untuk mengatasi average
AZRB Telahpun Memecahkan Garisan DTL dan EMA200AZRB hari ini telahpun memecahkan downtrendline dan juga EMA200 disokong oleh volume yang agak kuat. Berpotensi untuk surf Bollinger Band juga. Jika berdasarkan kepada indicator TCT Rocket Pro, AZRB telah menunjukkan signal permulaan bullish directional movement. Begitu juga dengan indicator TCT MEG Pro, hari ini adalah hari pertama hot money dan juga institutional sudah masuk AZRB. Memang sangat menarik. Lihat pada chart apabila MEG Pro berwarna merah dan kuning bagaimana pergerakan harga AZRB sebelum ini. Sediakan trading plan dan sama-sama kita perhati rapat ya. Sekadar kajian dan pembelajaran semata-mata :-).