FLEXI (Pepenjuru Terakhir Sebelum Meneruskan Kenaikan)Sektor :
- Newly Classified Shariah-Compliant Securities, IPO, Penny Stocks (sumber: iSaham).
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- Kajian ini mengkaji pergerakan harga bagi FLEXI dalam time frame 1 jam.
- FLEXI dilihat berada dalam wave akhir triple zigzag (major wave Z).
- Triple zigzag ditanda dengan W-X-Y-X-Z.
- Setiap wave, terdapat wave lagi didalamnya dan dalam idea ini, penulis akan menyentuh hanya tentang struktur major wave Z dalam triple zigzag.
- Di dalam major wave Z ini, terdapat pattern zigzag (a-b-c) dan FLEXI sekarang berada di hujung pattern zigzag iaitu minor wave c.
- Di dalam minor wave C ini pula, FLEXI dilihat sedang membuat ending diagonal (1-2-3-4-5) dan FLEXI dilihat ingin menuju ke sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave c dan juga major wave Z.
- FLEXI dijangka akan menurun samada di mana² tiga paras support:
1⃣ Paras fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda major wave Y) pada paras harga RM 0.370.
2⃣ Horizontal support pada paras harga RM 0.365 (sebelum ini, harga telah dua kali menyentuh paras harga ini dalam time frame 1 hari).
3⃣ Paras fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda minor wave a).
- Setelah lengkap major wave Z ini, FLEXI dijangka akan meneruskan kenaikan. Jika FLEXI berjaya meneruskan kenaikan dengan melepasi resistance pada paras harga RM 0.395 dan membuat higher low, harga dijangka akan membuat major wave 1 yang baru.
~ Fundamental ~
- Memandangkan FLEXI baru sahaja disenarai awamkan di Bursa pada 30 Mac 2021, data kewangan yang dapat diteliti adalah berdasarkan dua quarter iaitu Q1 2021 dan Q2 2021.
- Perolehan (revenue) FLEXI meningkat tetapi keuntungan menurun sehingga mencatatkan kerugian pada quarter terbaru iaitu Q2 2021.
Nota kaki :
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya pada bulan Februari. Dalam idea ini, Q1 adalah pada bulan Mac.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.