HWGB | moga terus melungsur dengan cermat..HWGB, pengilang barangan elektrik ya..
Anda nampak apa saya nampak?
1. Kalau menggunakan kaedah indi oleh Encik Ichimoku , masih di atas awan. Jauh lagi kedudukannya nak menghampiri awan..
2. Kalau merujuk kepada kaedah Encik Bolingger, hatta HWGB atau anakanda HWGB-WD sedang CUBA untuk surfing the BB a.k.a melunsuri Bolingger Band ya!
3. Volume pula bukan kaleng², permintaan belian 3 hari berturut lebih tinggi dari biasa.. hari ini sahaja 30 juta transaksi dicatatkan!
4. Momentum pula macamana? Kita tanyalah pula Saudara Eiken Hashi, sebenarnya sudah 3 hari minat belian menaik secara konsisten!
5. HWGB juga berada di atas EMA200, so steady sahaja dikategorikan sebagai saham UPTREND.
Nah! nikmat apa lagi kau dustakan.. sahaja aku membeli saham ini, moga banyak dapat berzakat kepada ummah kelak..
Uptrending
6068 PCCS : Menghampiri 52 Weeks High Dengan Daily Uptrend?PCCS semakin menghampiri 52W High 0.430. Apakah cukup momentum untuk memecahkan 52W high? Saya agak berkeyakinan bahawa 52WH PCCS akan dipecahkan kelak. Mengapa? salah satunya kerana PCCS berada di dalam mood uptrend yang agak kuat. Hanya 5% lagi jarak daripada 52W high (0.430) daripada Last Price (0.410) sewaktu tulisan ini ditulis.
Analisis Xeostock
Xeostock TA :
Strong Bull
Upper Golden Cross
RSI 81%
Momentum 42.90%
Xeostock FA : 81.25% (merangkumi banyak faktor, antaranya adalah di bawah)
Peningkatan EPS dalam 2 quarter terakhir
Peningkatan Profit dalam 2 quarter terakhir
Quarter Report seterusnya berkemungkinan akan keluar disekitar penghujung bulan 3. Kelihatannya berkemungkinan akan menunjukkan keuntungan.
Sesuai untuk mid to long term
Ratio: 2.4 (Ringan)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.405
Resistance 1 : 0.425 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.480 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.420
Support 1 : 0.400 (+-0.005)
Support 2 : 0.340 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
HIBISCS – IS IT TIME TO MOVE? BAHAGIAN 1Salah satu kaunter yang sangat popular di dalam BURSA MALAYSIA. Sangat volatile dengan frekuensi buy dan sell harian yang sangat tinggi.
Dengan melihat pada Fibonacci retracement, dapat dilhat harga sedang mendaki tangga bedasarkan Fibonacci level.
Yang menariknya, ia telahpun break downtrend line dan kekal di atasnya.
Dilihat juga MACD yang kini telahpun masuk ke positive region menunjukan adanya momentum di dalam kaunter ini, apa yang perlu adalah next buying crossover berlaku di dalam positive area. Jika ia berlaku maka maka entry boleh mula dicari.
Adakah ia akan naik? YA asalkan harga kekal di atas paras support 0.85-0.875 dan tiada sentiment buruk berlaku berkaitan Oil and Gas.
DISCLAIMER – INI BUKANLAH BUY CALL TETAPI HANYA JOURNAL TRADING SAYA SENDIRI YANG MUNGKIN DAPAY MENJADI PANDUAN KEPADA TRADER TRADER DI LUAR SANA
Halim Hamdan
PAKRSON-TREND REVERSAL?Jika di lihat pergerakan harga PARKSON, dari November 2017 ia telah mengalami kejatuahn dari RM 0.675 dan jatuh hingga ke lowest price RM 0.38
yang menariknya dengan kejatuhan harga kaunter ini, ianya jatuh tanpa volume seller yang besar. ini suatu hint yang memberitahu kemungkinan pelabur masih lagi memegang dan menunggu masa untuk average down kaunter ini.
Di dalam durasi Apr ke May 2018, kelihatan formasi reversal double bottom beserta dengan volume muncul. selepas break downtrend line ia kelihatan sedang membuat High yang baru.
Ketika ini harga berada di Resistance RM 0.510 yang mana ianya penting utk harga break dan kekal di atas paras ini untuk meneruskan kenaikan
dapat dilihat, MACD juga sudahpun masuk ke positive region, yang mana ia mesti kekal di dalam region ini untuk sambung kenaikan
2 strategy boleh di apply disini
1.Break out strategy jika harga break beserta dengan confirmation
2.Buy on dip, biarkan ia break dan tunggu peluang ketika retracement Higher Low (Dow Theory)
KRONOLOGI ASIA - uptrend?setelah melalui peningkatan yang sangat baik pada 3 quarter pertama pada tahun 2017, trend menaik KRONO kelihatan berubah 'totally' dengan harga dan trend yang bertukar pada downtrend selepas itu. Namun baru baru ini, Volume buyers dan pergerakan harga yang baik telahpun break downtrend line yang bertindak sebagai 'resistance ' terhadap trend menurun sebelum ini
tetapi persoalannya adakah ia akan 'reverse' ke uptrend semula?
Belum Pasti lagi, KENAPA?
bedasarkan Dow Theory, untuk confirmkan uptrend, ia perlu menghasilkan new High dari lowest Low dari down trend yang sebelumnya dan new Higher Low.
'Confirmation pada trend tersebut adalah bila ia break new High tersebut yang mana dalam kes KRONO ni adalah 0.73 dan harga kekal di atas 0.73 yang mana ia merupakan Resistance yang terdekat
harus di ingat apabila Resistance Broken, harga perlu kekal di atas Resistance supaya ia boleh bertukar pada Support yang baru.
sedikit pergerakan positive dapat di lihat apabila volume sudahpun mula ada dan diharapkan momentum ini dapat di kekalkan. RSI juga nampak 'defended' pada paras 50% yang mana menunjukkan adanya momentum menaik pada kaunter ini