Penunjuk Volum

Idea Dagangan 1
Skrip 603

Ramalan dan Analisis

Penunjuk Volum

Volum menunjukkan kepada jumlah instrumen kewangan yang didagangkan dalam satu tempoh tertentu. Ia boleh merujuk kepada saham, kontrak atau lot. Data dijejak dan disediakan oleh bursa pasaran. Ia adalah salah satu penunjuk tertua dan paling popular dan biasanya dilukis dalam lajur berwarna, hijau untuk volum menaik dan merah untuk volum menurun, dengan satu moving average. Ia adalah salah satu daripada beberapa penunjuk yang tidak berdasarkan kepada harga. Volum tinggi menunjukkan minat yang tinggi pada satu-satu instrumen pada harga semasa dan sebaliknya.

Peningkatan mendadak dalam volum dagangan menunjukkan adanya satu kebarangkalian peningkatan akan terjadinya perubahan harga. Berita merupakan saat-saat di mana volum boleh meningkat. Pergerakan aliran yang kuat berjalan seiring dengan peningkatan volum dagangan. Oleh itu, ia dapat dilihat sebagai satu ukuran kekuatan. Pedagang boleh menjangkakan volum pembelian yang tinggi pada satu tahap sokongan dan volum jualan yang tinggi pada satu tahap rintangan. Ada beberapa cara untuk menggunakan volum dalam sesebuah strategi dagangan dan kebanyakan pedagang menggunakannya dalam kombinasi dengan teknik-teknik analisis yang lain.