MIECO (Kuat Melawan Arus)Sektor:
- Industrial Products & Services, Wooden Products, Exports.
Idea analisis:
- MIECO masih berada dalam uptrend corridor dan di atas MA 50.
- Ketika dalam uptrend corridor ini, MACD telah menunjukkan strong bearish divergence. Sepatutnya harga jatuh tetapi MIECO cuba melawan arus secara perlahan² dengan menunjukkan signal medium bearish divergence.
- Seterusnya, MIECO memecahkan resistance dan MACD menunjukkan signal medium bullish divergence . Signal ini menunjukkan bahawa harga akan menaik.
- Adakah ini permulaan MIECO untuk naik lebih tinggi atau MIECO cuba melawan arus bullish pula kali ini (harga jatuh walaupun signal menunjukkan kenaikan)?
#TAYOR #BAYOR
----------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
WOOD
MIECO (Berjalan Dalam Terowong atau Keluar Terowong)Sektor:
- Indutrial Products & Services, Wooden Products, Exports
Idea analisis:
- MIECO mencipta HH HL dan masih berada dalam uptrend corridor.
- Walaubagaimanapun, MACD menunjukkan penurunan. Keadaan ini dinamakan bearish divergence. Harga kebiasaannya akan jatuh apabila berlaku bearish divergence.
Idea trading plan:
- Entry dan TP menggunakan teknik uptrend corridor atau;
- Entry berhampiran support 0.780 untuk BOD atau;
- Entry jika harga 'tutup' di atas resistance beserta volume yang lebih banyak daripada sebelumnya untuk BOB.
- CL jika harga 'tutup' di bawah support 0.780 atau;
- CL jika harga mula terkeluar daripada uptrend corridor.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* HHHL = Higher High Higher Low. Boleh rujuk di
* Bearish divergence = Harga menaik, MACD menurun (harga kebiasaanya akan jatuh)
* BOD = Buy On Dip
* BOB = Buy On Breakout
#TAYOR #BAYOR
ARB untuk diperhatikanARB Berhad, dengan rekod QR yang semakin baik kini masi dalam fasa consolidation dan hampir petanda untuk pertukaran trend
-volume tinggi pada jumaat lepas, dan harga masih lagi gagal mengatasi down trendline
-pressure penjualan masih tinggi, dan harga kembali kepada aras sokongan
-telah membentuk sokongan yang agak kukuh pada 0.30 (baik untuk pengumpula unit)
-confirmation seterusnya jika harga mampu untuk mengatasi rintangan terdekat pada 0.345
-monitor untuk momentum pembelian seterusnya
EVERGREEN tunggu untuk sokongan baruSedikit rumusan untuk EVERGREEN
-Gap up dengan dagangan volume tinggi namun belum mampu untuk mengatasi seller
-volume kedua tertinggi, petanda untuk pelabur baru masuk
-masih gagal untuk tutup pada atas SMA200
-bagi yang dah entri awal, pastikan untuk TP pada rintangan terdekat (kawasan 0.32 dan tunggu untuk sokongan baik seterusnya untuk entri bagi mengikuti trend seterusnya)
-jika momentum pembelian seterusnya berkurangan, sokongan seterusnya boleh dirujuk pada S2, dan atau mungkin untuk carta membentuk sokongan baru (HL)
-0.245 merupakan harga terendah bagi Evergreen sejak IPO, dan retracement seterusnya adalah baik untuk pengumpulan unit :) (peram lama2)
EVERGREEN - rebound selepas koreksi harga terendahEVERGREEN, sedikit rebound pada hari ini selepas jatuh kepada ATL, harga all time low pada 0.245. Keputusan QR yang semakin merosot merupakan punca utama harga Evergreen untuk terus jatuh.
-Berkemungkinan akan melalui teknikal rebound.
-Tunggu untuk harga jika berjaya melepasi Major DTL
-RSI/Stoch juga telah reboun daripada kawasan oversold yg agak lama.
-Sokongan boleh dirujuk pada kawasan 0.25
NWP - kenaikan pertama untuk diperhatikanNWP - menunjukkan kenaikkan volume yg ketara, di mana ada petanda untuk smart money/pelabur besar yang masuk.
1)Sekaligus trading pada atas kawansan SMA200. Monitor untuk trend seterusnya
2)Kedua2 RSI dan Stoch kini berada pada aras overbought, menandakan pentanda momentum yg kuat
3)Pada chart 30min, harga membuat sokongan kecil pada 105-110.
4)Votaliti agak tinggi selepas harga melepasi BB20 pada 099
13/4 NWP mengumumkan private placement sebanyak RM2.14Mil (29.42Mil new shares)
Juga mengumumkan mendatangani pernjanjian bersama Borneo Resources untuk aktiviti pembalakan, penjualan balak dan kayu di Ranau Sabah.
-Ini juga mungkin punca kenaikan untuk NWP pada jumaat lepas.