Bukan jumaat daaaaa.. Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan. Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
Bergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib. Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi. Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat. Sambung kemudian.
Sambungan terkini - harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat - hanya perlu tunggu dan lihat - jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama. - perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti. ..bersambung
Harga ketika ini sedang bercinta berhampiran garis trend menurun dan kalau diperhatikan corak yang ternampak seakan segitiga. Seperti biasa, jika nampak corak, kita hanya perlu tunggu ke mana arah tembus harga nanti.
Carta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway). Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90. Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.
Setelah 2 bulan berdondang sayang, akhirnya carta INARI hampir ke penghujung corak bump and run terbalik. Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari sini. Antaranya - masa - sabar - corak berulang Umpama dialog cerita pendekar bujang lapok "tak sabar pergi berenang wak"
Harga kini masuk semula ke dalam zon "pullback/retracement" dan hanya menantikan kemunculan signal entri terbaru. Boleh rujuk pada video di atas
Menyambung sedikit cerita carta Kerjaya yang pada masa ini masih lagi mendiamkan diri. Aras RM1.30 sebagai signal penembusan terbaru.
Sambungan terkini carta duopharma harian. - bayangan lukisan garis channel - bayangan aras swing akan datang - tempoh masa Saya cuba buat kemaskini cerita carta ini sampailah trend dia habis.
* MAAF pasal tajaan pasukan negeri sembilan. Bukan Kerjaya, tapi Matrix Concept * Garis tren mingguan telah ditembusi dan berkemungkinan akan cuba untuk mendaki semula. Carta bergerak sangat perlahan, mungkin disebabkan pegangan institusi yang tinggi. Market Capital (RM) : 1.602b Number of Share: 1.242b Floating of Share: 266M EPS (cent): 11.14 * P/E...
Selepas keluar laporan kewangan tempohari, carta DKSH mengambil keputusan untuk terjun berjemaah. Buat masa sekarang, nampak seakan terjunan berjemaah sudah agak kurang momentum disebabkan kehadiran potensi bullish candle yang berjaya menghalang harga dari turun lagi. Boleh siap-siap buat pelan dagangan yang sesuai.
Sejak dari swing low tempohari, duopharma bergerak naik dengan pertambahan volume yang agak baik. Dan kini menuju kawasan berhantu yang pernah jadi rintangan lama. Objektif swing mungkin sudah tercapai dan untuk langkah seterusnya kita boleh lihat dan perhatikan bagaimana reaksi harga selepas ini. Ulangkaji : pullback yang baik perlukan kemasukan volum bagi...
Hanya sekadar lukisan dan tidak seharusnya mempengaruhi aktiviti dagangan yang melihat video ini. Selamat bercuti !
Corak kotak yang digambbarkan tempohari nampaknya sudah tidak valid. Sedikit tambahan penerangan terbaru untuk carta Duopharma.
Selamat Berdagang
Nak uji link ke Youtube dari tradingview sudah berfungsi atau tidak. Sambil menguji, sempat juga lah lihat-lihat cadangan ringkas untuk carta Malakoff.
Carta Duopharma Biotech (dulu CCMDBIO) sedang berehat sebentar selpas kenaikan mendadak seujurs laporan kewangan terakhir bagi tahun 2018 dikeluarkan. Memandangkan jarak tinggi dan rendah kotak yang muncul tidak lah begitu jauh, maka lebih sesuai menunggu harga tembus ke atas kotak untuk sebarang potensi beli. Jika corak kotak atau bendera tidak menjadi, boleh...
Selamat Berdagang