Pasaran kripto

Lihat semua idea popular 

Kedudukan syiling
SimbolHarga & perubahanPermodalan Pasaran
SimbolPermodalan pasaran / Harga
Bitcoin
BTCUSD
1.56 T
Ethereum
ETHUSD
276.92 B
Tether USDt
USDTUSD
185.2 B
BNB
BNBUSD
105.29 B
XRP
XRPUSD
97.87 B
USDC
USDCUSD
70.62 B
SimbolHarga & perubahanTVL
SimbolTVL / Harga
Aave
AAVEUSD
51.8 B
Lido DAO
LDOUSD
22.09 B
Ethena
ENAUSD
7.45 B
Babylon
BABYLUSD
4.56 B
JUST
JSTUSD
3.44 B
Uniswap
UNIUSD
3.32 B
River
RIVERUSD
−39.45%
F
Fogo
FOGOUSD
−13.26%
Monero
XMRUSD
−8.34%
Axie Infinity
AXSUSD
−7.73%
BUILDon
BUSD
−7.29%
zkSync
ZKSYUSD
−7.07%

Soalan Lazim


Mata wang kripto adalah sejenis mata wang digital yang bergantung kepada kriptografi untuk keselamatan, menjadikannya susah diciplak atau dimanipulasi. Ia beroperasi pada teknologi blok rantai — satu lejer dikongsi yang diuruskan oleh rangkaian komputer. Tidak seperti mata wang biasa, mata wang kripto tidak dikawal oleh entiti pusat seperti kerajaan dan bank, membenarkan mereka untuk berfungsi dengan kendiri, yang membantu mata wang kripto mendapat populariti besar antara pengguna seluruh dunia.
Perlombongan kripto adalah proses mengesahkan transaksi pada blok rantai dan menambahkan mereka kepada lejer tidak terpusat. Ia mengelakkan pembayaran berulang dan mengekalkan keselamatan rangkaian.

Pelombong menggunakan perkakasan dan perisian khusus untuk menyelesaikan masalah kriptografik kompleks. Apabila berjaya, mereka akan mendapat syiling yang baharu dicipta sebagai ganjaran.

Walaupun perlombongan selalunya dikaitkan dengan penciptaan syiling, ia juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keselamatan dan kefungsian keseluruhan sistem blok rantai.
Pasaran boleh menjadi sangat tidak stabil — dan kripto mendahului mereka. Harga boleh berayun dengan dramatik, selalunya dicetuskan oleh peristiwa kecil, menjadikannya sukar untuk menentukan syiling mana untuk dibeli. Disebabkan itu analisis lengkap adalah penting.

Berikut adalah bagaimana melakukan keputusan pintar kripto:
- Cartakan harga dengan Carta Super: gunakan penunjuk dan alatan lukisan, tinggalkan nota dan serlahkan trend
- Temui peluang dengan alatan seperti Penyaring Syiling Kripto dan Peta Suhu
- Terokai idea dagangan kripto untuk strategi dan cerapan
Pancangan dalam kripto adalah apabila pemegang syiling mengunci aset mereka untuk satu tempoh masa untuk membantu operasi blok rantai, seperti mengesahkan transaksi. Sebagai pulangan, mereka mendapat ganjaran — menjadikan pancangan satu cara popular untuk menjana pendapatan pasif daripada pegangan kripto.
Pilihan paling selamat apabila membeli mata wang kripto adalah dengan pergi ke bursa kripto yang terkenal. Beberapa nama yang popular adalah Binance, Coinbase, Kraken. Tetapi anda hendaklah mencari broker yang boleh dipercayai dan mencipta satu akaun dahulu. Anda boleh mendagangkan kripto terus dari carta TradingView — hanya pilih broker dan sambung kepada akaun anda.

Sebelum anda berdagang, adalah penting untuk melakukan penyelidikan terlebih dahulu:
- Analisa carta menggunakan penunjuk teknikal
- Kekal termaklum dengan berita pasaran terkini
- Nilaikan risiko dan uji strategi anda
- Bersedia untuk semua yang terjadi — persediaan pintar menghasilkan dagangan pintar
Permodalan pasaran syiling adalah harganya didarabkan dengan bilangan syiling dalam peredaran. Lihat carta permodalan pasaran terperinci untuk kekal di hadapan trend pasaran.
TVL (Total Value Locked) mengukur jumlah mata wang kripto dipegang dalam protokol token. TVL lebih tinggi memberikan isyarat keselamatan lebih kuat, kecairan lebih tinggi dan kepercayaan lebih besar daripada komuniti.

Terokai senarai penuh kedudukan syiling mengikut TVL untuk melakukan keputusan dagangan lebih bijak.
Pada hari ini, syiling dengan kenaikan harga terbesar adalah Zilliqa (83.52%), Stacks (20.80%) dan Hyperliquid (18.02%). Periksa senarai penuh kaunter rugi pasaran kripto untuk menemui trend pasaran.
Pada hari ini, syiling dengan kerugian harga terbesar adalah River (14.37%), Fogo (10.58%) dan ZORA (7.89%). Periksa senarai penuh kaunter rugi pasaran kripto untuk menemui trend pasaran.
Dalam kripto, dominasi merujuk kepada permodalan pasaran syiling relatif kepada jumlah permodalan pasaran untuk pasaran kripto lebih besar. Ia menunjukkan pengaruh yang syiling ada berbanding yang lain.

Di TradingView, penguasaan kripto adalah dikira dengan membahagikan permodalan pasaran syiling dengan permodalan pasaran digabungkan untuk semua 125 syiling teratas, kemudian didarabkan dengan 100. Ia adalah metrik berguna untuk mengukur kekuatan relatif syiling dan posisi pasaran.
Sebelum terjun ke dalam pasaran kripto, adalah lebih baik untuk menguji kemahiran dagangan anda dahulu. Dengan Dagangan Kertas di TradingView, anda boleh berlatih strategi dalam masa nyata tanpa merisikokan wang sebenar — hanya klik pada ikon Dagangan Kertas pada panel dagangan.

Mahu menajamkan kelebihan anda? Cuba Ulangan Bar untuk mensimulasikan tindakan harga sebelum dan memperkemaskan pendekatan anda.
Harga kripo dibentuk oleh banyak faktor yang sama seperti saham — tetapi dengan perbezaan unik. Sentimen pasaran sememangnya berkuasa: berita mengenai regulasi, penggunaan arus perdana atau naik taraf teknologi boleh memuncakkan harga atau menjatuhkannya. Sebagai contoh, ciapan daripada orang penting seperti Elon Musk telah menyebabkan kejatuhan dalam Bitcoin dan Dogecoin, manakala peristiwa seperti tindakan keras China terhadap kripto menyebabkan penjualan mendadak.

Pemacu utama lain termasuk:
- Permintaan untuk syiling tertentu
- Naik taraf teknologi (cth., forks atau penambahbaikan rangkaian)
- Kecairan pasaran
- Trend ekonomi lebih meluas seperti inflasi dan perubahan kadar faedah

Untuk kekal di hadapan, gunakan alatan ini untuk menjejak pasaran kripto dan menemui perubahan dari awal:
- Penyaring Syiling Kripto dan Peta Suhu
- DEX dan Penyaring CEX
- Berita pasaran kripto terkini