IMKTA: Masih BertahanSaham syarikat Ingles Market dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga dilihat masih bergerak di dalam sokongan dan rintangan saluran menaik
Volum mingguan dilihat masih lagi berada di paras purata dan belum menunjukkan sebarang anomali
Petunjuk RSI mingguan dan harian dilihat masih lagi bertahan di atas paras pertengahan
Selagimana harga belum memecahkan saluran, harga dianggap masih cenderung membuat kenaikan
Namun, tidak mustahil juga untuk harga untuk terus bergerak mendatar memecahkan saluran menaik
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualans sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!