WHD: Memecahkan Paras TertinggiCactus, Inc. dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang terkini mematuhi sokongan dan rintangan segi empat tepat
Terkini pegangan syarikat ini dilihat berjaya membuat tinggi baharu 'ATH' setelah harga berjaya memecahkan rintangan sebelum ini
Lilin hari terakhir dilihat membentuk marubozu hijau menenggelamkan lilin merah harami hari sebelumnya
Volum dilihat menyokong pergerakan harga dengan penyertaan pedagang dilihat lebih tinggi daripada volum purata harian
Melihat pada selang masa lebih kecil (1H),volum belian dapat dilihat semakin meninggi sekitar jam terakhir dagangan
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA20 dan MA50 harian yang dilihat bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI harian dilihat berada di kawasan positif belian dan berada lebih tinggi daripada garisan purata RSI harian
RSI mingguan walaubagaimanapun dilihat sedang memasuki kawasan 'overbought'
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
METC: Bersedia?Ramaco Resources, Inc. dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini carta pada selang masa harian dilihat membentuk corak carta 'saucer' setelah harga berjaya tutup berdekatan kawasan rintangan
Profil volum juga adalah dilihat cantik, selari dengan pembentukan corak carta terbabit
Volum penyertaan pedagang juga dilihat tinggi ketika harga mendekati kawasan rintangan menunjukkan kehadiran minat belian untuk memecahkan rintangan
Walaubagaimanapun, tidak mustahil juga harga membuat penurunan sedikit untuk merubah corak carta menjadi 'Cup & Handle'
Hal ini kerana, petunjuk RSI harian dilihat sudah menunjukkan momentum belian namun sudah menghampiri kawasan 'overbought'
Selagimana harga belum melakukan 'breakout' melepasi kawasan rintangan maka tiada pengesahan harga akan meneruskan kenaikan
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
BKR: Memecahkan StrukturBaker Hughes Company dilihat bergerak dalam trend menaik bermula beberapa bulan dagangan yang lalu
Harga terkini dilihat menguji kekuatan 'RBS' corak carta 'segitiga menaik' setelah dilihat memecahkan struktur tersebut beberapa hari dagangan yang lalu
Volum juga dilihat rendah ketika harga menguji 'RBS' menunjukkan ketidakhadiran minat penjual untuk menurunkan harga
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA20 harian yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI harian dilihat berada di kawasan positif momentum namun, RSI pada selang masa mingguan dilihat sudah menghampiri kawasan 'overbought'
Dengan sentimen kenaikan harga minyak dunia, tidak mustahil harga pegangan syarikat ini mampu membuat kenaikan yang lebih jauh
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
DLTR: Meneruskan Kenaikan?Dollar Tree, Inc. dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Pada selang masa mingguan, harga dilihat seakan membentuk corak carta 'flag' setelah harga membuat jurang 'breakaway' beberapa bulan dagangan yang lalu
Harga terkini dilihat masih lagi masih lagi mematuhi dan berada berdekatan dengan kawasan rintangan corak carta terbabit
Harga dikatakan masih lagi cenderung bergerak mendatar selagi mana ia belum memecahkan kawasan rintangan corak carta
Perlu diingat, dalam corak carta 'flag', volum adalah tidak diperlukan untuk mengesahkan 'breakout' namun adalah suatu kelebihan sekiranya ia hadir
Ketika harga bertahan di kawasan sokongan, volum juga dilihat rendah dari kawasan purata menunjukkan ketidakhadiran penjual untuk menurunkan harga
Pergerakan harga juga dilihat disokong oleh MA20 mingguan yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
RSI mingguan dilihat menunjukkan kehadiran momentum dan masih berada di zon positif namun sudah mendekati kawasan 'overbought'
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
ARCH: Momentum?ARCH dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa tahun dagangan yang lalu
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA50 dan MA200 yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Harga ketika idea ini ditulis dilihat baharu sahaja membuat 'ATH' dengan membentuk jurang 'breakaway' melepasi rintangan
Volum dilihat berada lebih tinggi daripada volum purata harian namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagi hari dagangan masih berjalan
Petunjuk RSI dilihat berada di atas garis purata RSI harian namun sudah memasuki kawasan 'overbought'
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga tutup dan bertahan di atas jurang kenaikan untuk hari-hari berikutnya
Sama-sama kita perhatikan
*Tidak patuh syariah
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
BOKF: Mampukah Bertahan?
BOK Financial Corporation dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan carta pada selang masa harian, harga dilihat seakan membentuk corak carta 'Head & Shoulder' dengan bahu kedua dilihat terbentuk lebih rendah daripada bahu pertama
Harga terkini dilihat berada berdekatan dengan sokongan RBS rintangan sebelum ini yang juga bertemu dengan sokongan trend menaik jangka masa panjang
Harga dikatakan masih cenderung membuat lantunan semula daripada sokongan selagimana ia belum memecahkan garisan menurun corak carta 'Head & Shoulder'
Perlu juga diambil kira bahawa garisan sokongan RBS dan trend menaik juga dilihat bertemu dengan sokongan dinamik MA200 harian
Petunjuk RSI harian bagaimanapun dilihat belum menunjukkan kehadiran momentum yang kuat
Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Bagaimana Jenis Pesanan Berbeza BerfungsiHai semua! 👋
Hari ini kami mahu membawa anda melihat 3 jenis pesanan utama yang wujud apabila anda berinteraksi dengan pasaran, dan menjelaskan lebih lagi mengenai apa yang mereka lakukan, dan bila mereka adalah berguna.
Ok tak? Jom teruskan! 🚀
Sebelum kami membincangkan mengenai jenis-jenis pesanan berbeza yang anda boleh lihat apabila anda meletakkan satu dagangan menerusi platform TradingView, ia adalah penting untuk memahami bagaimana hampir semua pasaran berfungsi dahulu.
Bila ia datang kepada mana-mana pasaran, pada bila-bila masa, akan ada satu “BIDA TERBAIK”, dan satu “MINTA TERBAIK”. 🔢
BIDA TERBAIK adalah harga tertinggi dimana seseorang sanggup membayar untuk satu aset yang diberikan, dan MINTA TERBAIK adalah harga paling rendah dimana seseorang sanggup menjual untuk satu aset yang diberikan,
Cuba kita fikir sekali lagi. Apabila ianya mengenai saham, sebagai contoh, broker anda akan memberikan anda dengan satu pesanan pasaran yang disatukan (buku pesanan) untuk satu-satu saham. Katakan anda di dalam pasaran untuk beberapa saham Apple. Anda dapat melihat saham adalah "didagangkan pada" $175.50. Apakah maksud itu?
Ia bermaksud bahawa harga terendah yang seseorang sanggup menjual saham Apple mereka adalah mungkin pada harga $175.52, dan harga tertinggi yang seseorang sanggup membayar untuk saham Apple adalah mungkin pada harga $175.49. 💹
Bagaimanakah peserta-peserta pasaran membuat niat mereka diketahui? Dengan meletakkan PESANAN HAD. ⌛
1.) Satu PESANAN HAD adalah satu jenis pesanan yang anda hantar kepada tempat dagangan apabila anda mahu membeli atau menjual pada sesuatu harga.
Di dalam contoh Apple di atas, katakan anda mahu membeli beberapa Apple, tetapi anda tidak mahu membayar satu sen lebih dari $175.25. Apabila anda menghantar pesanan ini dan klik “hantar”, pesanan anda pergi ke tempat dagangan, dan MENYERTAI buku pesanan, pada harga $175.25. Anda sekarang adalah “LANSUNG” dan di dalam pasaran. Broker akan menolak tunai yang ia perlukan untuk memenuhi pesanan dari kuasa belian anda semasa pesanan anda adalah secara langsung.
Soalan seterusnya: Jika individu mempunyai had pesanan keluar di dalam buku pesanan, bagaimanakah harga akan sampai kepada anda? 🔽
Ada beberapa cara, tetapi salah satu cara yang paling biasa adalah: PESANAN PASARAN ⌚
2.) Satu PESANAN PASARAN adalah satu pesanan yang dihantar ke pasaran dan terus dilaksanakan untuk membeli atau menjual satu aset pada apa-apa harga yang tersedia.
Ramai orang menggunakan pesanan pasaran kerana mereka secara virtual menjamin bahawa anda akan mendapat posisi yang anda inginkan secara terus. Keburukannya pula. sebaik sahaja anda menghantar satu pesanan pasaran, anda tidak dapat mengawal apakah harga yang anda akan dapat. Harga boleh berubah sekelip mata, dan anda boleh berada pada satu kedudukan pada harga yang anda tidak lagi mahukan.
Kembali kepada contoh kami: jika anda menunggu untuk mengisi pesanan anda untuk AAPL, membeli saham pada $175.25, kemudian sesiapa yang membayar anda akan merentasi spread, mungkin dengan satu pesanan pasaran. 💵
Mari kita andaikan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian saham APPL pada $175.25, dan anda mahu keluar dari posisi anda jika saham itu didagangkan di bawah $175. Dalam kes ini, anda hendaklah menggunakan satu PESANAN RENTI. 🛑
3.) PESANAN RENTI adalah pesanan-pesanan yang anda hantar kepada pasaran yang berjalan secara langsung pada pelayan Nasdaq/NYSE. Mereka mempunyai satu harga cetusan, dan sebaik sahaja harga cetusan terkena, mereka melaksanakan satu Pesanan Had atau satu Pesanan Pasaran bergantung kepada input anda. Ini semua adalah PESANAN HAD RENTI, dan PESANAN PASARAN RENTI.
Ia kedengaran agak rumit tetapi ia adalah lebih mudah daripada apa yang disangka.
Sekali lagi; balik kepada contoh kami. Katakan pesanan anda dipenuhi untuk pembelian AAPL pada 175.25, tetapi apabila pesanan renti anda terkena pada 174.99 (anda mahu keluar jika saham itu turun di bawah 175).
Jika pesanan renti adalah satu pesanan pasaran, anda akan terkeluar dari posisi anda, tidak kira berapa harga. Ia adalah semudah itu! ✅
Minggu hadapan, kami akan membincangkan beberapa teknik pesanan yang digunakan oleh pedagang-pedagang profesional untuk mendapatkan harga yang lebih baik. 🦾
Jaga diri anda!
-Pasukan TradingView 👀
METC: Mampukah Melakukan Kenaikan?METC dilihat bergerak dalam trend mendatar selepas harga membuat pembetulan pada beberapa minggu dagangan yang lalu
Carta pada selang masa mingguan dilihat seakan membentuk corak carta 'cup & handle' yang kebiasaannya merupakan isyarat kenaikan
Petunjuk RSI harian dan mingguan dilihat berada di atas paras purata menunjukkan kehadiran momentum
Pergerakan harga dilihat disokong rapat oleh EMA20 harian (tidak ditunjukkan) dan EMA20 mingguan
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga berjaya melepasi rintangan dengan volum
Boleh diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
AA: Volum Kemuncak?AA dilihat bergerak dalam trend menaik sejak dari tahun-tahun dagangan yang lalu
Harga dilihat masih bergerak mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik
Lilin mingguan terkini dilihat tutup lebih tinggi berbanding minggu dagangan sebelumnya
Walaubagaimanapun harga dilihat seakan sudah menunjukkan beberapa tanda kelemahan
Lilin minggu terakhir dagangan dilihat seakan membentuk corak lilin 'hanging man' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Analisa volum juga dilihat penyertaan pedagang seakan sudah mencapai paras ekstrim
Petunjuk RSI mingguan, harian dan bulanan juga telah berada di paras 'overbought'
Justeru, tidak mustahil harga akan menukar arah sekiranya paras sokongan saluran berjaya ditembusi
Pergerakan harga pada minggu dagangan mendatang menjadi penentu
Sama-sama kita perhatikan
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
AR: 'Double Top' Atau?AR dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu menguji kekuatan sokongan dan rintangan
Harga pada minggu dagangan terkini dilihat tutup berdekatan paras rintangan
Jika dilihat sekilas pandang harga dilihat seakan membentuk corak carta 'double top'
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat rendah berbanding puncak sebelumnya
Meskipun begitu, volum belian dilihat semakin tinggi berbanding minggu-minggu sebelumnya
Kedudukan EMA mingguan (tidak ditunjukkan) juga dilihat masih lagi dalam trend menaik
Sekiranya harga membatalkan pembentukan corak carta, tidak mustahil harga akan naik menuju ke paras rintangan saluran
Tidak mustahil juga harga akan menurun dan bertahan di atas paras sokongan membentuk trend pengagihan sebelum menunjukkan arah tuju sebenar
Menarik untuk diperhatikan
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
LOVE: Mencari Sokongan?LOVE dilihat bergerak dalam trend menurun sejak carta mingguan dilihat membentuk corak carta 'double top' beberapa bulan dagangan yang lalu
Harga pada minggu dagangan terkini dilihat tutup lebih rendah daripada minggu dagangan sebelumnya dengan penurunan sebanyak -14.94%
Harga dilihat masih turun mencari sokongan dan dijangka akan menguji semula kekuatan RBS sebagai paras sokongan terdekat
Petunjuk EMA 20 dan EMA50 mingguan (tidak ditunjukkan) dilihat seakan hendak membuat persilangan penurunan
RSI mingguan juga dilihat masih berada di bawah paras purata RSI dan seakan menuju kawasan 'oversold'
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga membuat petanda kenaikan di paras sokongan
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
SLB: Jurang Kenaikan?
SLB dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Lilin pada hari terakhir dagangan dilihat membuat 'breakaway gap' dan tutup di atas paras rintangan
Analisa volum mendapati pembentukan jurang tersebut adalah disokong dengan kehadiran volum penyertaan yang lebih tinggi dari paras purata
Petunjuk RSI pada selang harian dan mingguan kedua-duanya berada di zon positif namun semakin menghampiri kawasan 'overbought'
Pergerakan harga adalah dilihat disokong kuat oleh EMA20 yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Lilin pada selang masa mingguan juga dilihat baru sahaja melepasi garisan EMA200 mingguan beberapa bulan dagangan yang lalu
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga berjaya bertahan dan meneruskan kenaikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!