Meem

BKR: Memecahkan Struktur

NASDAQ:BKR   Baker Hughes Company
Baker Hughes Company dilihat bergerak dalam trend menaik bermula beberapa bulan dagangan yang lalu

Harga terkini dilihat menguji kekuatan 'RBS' corak carta 'segitiga menaik' setelah dilihat memecahkan struktur tersebut beberapa hari dagangan yang lalu
Volum juga dilihat rendah ketika harga menguji 'RBS' menunjukkan ketidakhadiran minat penjual untuk menurunkan harga
Pergerakan harga dilihat disokong oleh MA20 harian yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Petunjuk RSI harian dilihat berada di kawasan positif momentum namun, RSI pada selang masa mingguan dilihat sudah menghampiri kawasan 'overbought'
Dengan sentimen kenaikan harga minyak dunia, tidak mustahil harga pegangan syarikat ini mampu membuat kenaikan yang lebih jauh

Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.