Cisco berpotensi untuk meneruskan kenaikanDisclaimer - segala analisis yg dikongsi di page ini adalah untuk pembelajaran semata-mata dan bukanlah nasihat professional trader. Admin page tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kerugian yg dialami oleh pengikut page ini.
Cisco berpotensi untuk meneruskan kenaikan setelah breakout
UCTT: Tiga Askar Putih?UCTT dilihat membuat penurunan menguji kekuatan sokongan dinamik EMA200 harian sebelum membuat kenaikan semula
Lilin pada 3 hari dagangan terakhir dilihat seakan membentuk corak lilin 'three white soldier' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk MACD harian dilihat seakan bersedia untuk membuat persilangan emas. Histogram MACD juga dilihat mengecil ke paras positif
RSI harian dilihat berada di atas paras pertengahan menunjukkan terdapat kemungkinan akan terdapat lebih banyak momentum menolak harga naik ke atas
Jika dilihat pada selang masa mingguan (tidak ditunjukkan), lilin terakhir dagangan dilihat membentuk 'bullish engulfing' menenggelamkan lilin minggu sebelumnya
RSI mingguan juga dilihat berada di paras positif menunjukkan terdapat kebarangkalian harga akan meneruskan kenaikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
MMS: Di Atas SokonganMMS dalam jangka masa singkat dilihat turun membuat pembetulan sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Beberapa minggu dagangan yang terkini memperlihatkan harga bergerak mendatar di atas paras sokongan EMA200 mingguan
Analisa volum secara keseluruhan mendapati volum berada pada paras purata tatkala harga berada di atas sokongan merupakan petanda yang bagus
Histogram MACD mingguan dilihat masih di bawah zon positif namun dilihat semakin bertambah baik berbanding minggu-minggu sebelumnya
RSI mingguan dilihat menunjukkan masih banyak momentum yang diperlukan untuk harga kembali membuat kenaikan
Walaubagaimanapun, analisa lilin harian (tidak ditunjukkan) memperlihatkan corak carta 'double bottom' beserta divergence pada petunjuk RSI harian telah terbentuk
Justeru boleh dikatakan harga berkemungkinan akan membuat lantunan daripada paras sokongan EMA200 mingguan dalam masa terdekat
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
NVMI: Menguji RintanganNVMI dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu. Trend secara jangka masa panjang dilihat masih menaik
Lilin carta harian terkini dilihat menguji rintangan segi empat tepat yang dilihat terbentuk setelah harga gagal meneruskan kenaikan selepas berlakunya jurang kenaikan harga pada November yang lalu
Petunjuk RSI harian dilihat menunjukkan terdapat momentum yang mencukupi sekiranya harga hendak meneruskan kenaikan memecahkan paras rintangan segi empat tepat terbabit
Garisan MACD dilihat melakukan persilangan emas dan histogram MACD harian juga dilihat seakan hendak memasuki kawasan positif
Namun, jika diperhatikan pada selang masa mingguan analisa volum (tidak ditunjukkan) mendapati jumlah volum dilihat berkurang tatkala harga membuat kenaikan jika dibandingkan dengan volum minggu-minggu terdekat sebelum ini
Petunjuk RSI mingguan (tidak ditunjukkan) juga dilihat menghampiri kawasan 'overbought' menunjukkan terdapatnya kemungkinan harga akan membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat
Justeru, para pedagang dinasihatkan untuk membuat penilaian yang sewajarnya sesuai dengan jumlah risiko dan potensi keuntungan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Adakah ombak pembetulan telah siap dan menuju ke ombak terakhir?Kajian kaunter $AMD NASDAQ
Kaunter ini masih dalam fasa pullback setelah mencapai ketinggian di ombak ketiga.
Channel telah dipecahkan dan sekarang berada di channel uptrend.
Kenaikkan ini menarik jika berjaya memecahkan harga 151.55usd dan mungkin jika harga ini pecah kaunter ini mampu mencapai harga 180usd
Boleh monitor dan lihat.
Mungkin betul mungkin silap
#BAYOR #TAYOR
LOVE: Divergence Kenaikan?LOVE dilihat membuat pembetulan sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Lilin dagangan terkini dilihat tutup membentuk lilin hijau dengan volum berada di paras purata
Carta pada selang masa mingguan mendapati terdapat corak carta 'double bottom' yang terbentuk
Melihat kepada petunjuk RSI harian, pembentukan corak carta tersebut juga disokong oleh kehadiran 'exaggerated bullish divergence'
Histogram MACD juga menunjukkan kehadiran 'divergence' yang serupa jika diperhatikan pada hari terbentuknya corak carta tersebut
Sekiranya meneruskan kenaikan, harga dijangka akan cuba menguji kekuatan rintangan sebelum ini
Trend secara jangka masa panjang dilihat masih dalam keadaan menaik
Memarik untuk diperhatikan