ReutersReuters

LeddarTech Mengembangkan Kerjasamanya dengan Renesas untuk Mempercepat Pemanduan Berautonomi dan Pembangunan ADAS

QUEBEC CITY, Dec. 18, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) — LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Tahap 1-5 dan pemanduan automatik (AD) mengumumkan kerjasama yang diperkukuh bersama Renesas dengan menyertai R-CarConsortium, dan kerjasama baharu pada pembangunan dan promosi platform rujukan ADAS automotif. Platform ini menggabungkan tindanan pergabungan penderia data mentah utama industri LeddarTech dan teknologi LiDAR dengan R-Car V3U yang baru sahaja dilancarkan oleh Renesas – cip pada sistem (SoC) ASIL D untuk sistem ADAS dan AD yang terbaik dalam kelasnya.

Renesas sudah pun melabur dalam pembangunan dan pengeluaran SoC LeddarTech untuk LeddarEngine™, yang terdiri daripada SoC LiDAR paling maju dan bersepadu, LCA2 dan LCA3, serta perisian ukuran LiDAR yang disertakan. SoC ini menguasakan pengerahan besar-besaran didayakan LiDAR yang paling mesra kos bagi penggunaan ADAS kereta penumpang tahap 2 dan 3 serta pelbagai jenis penggunaan mobiliti dan industri.

Platform rujukan ADAS automotif ini mengembangkan kerjasama syarikat kepada tahap sistem dengan penyelesaian pergabungan penderia yang terpakai untuk kamera dan sistem berasaskan penderia RADAR serta sistem yang menambahkan LiDAR untuk menyampaikan keselamatan dan prestasi yang lebih tinggi. Peningkatan ini dicapai dengan seni bina yang mementingkan perisian dan boleh lanjut yang serasi dengan pemproses R-Car V3U dan peta jalan Renesas.

“Kerjasama yang dikembangkan dengan LeddarTech dalam projek ini memperkenalkan sistem ADAS berprestasi lebih tinggi yang dioptimumkan untuk kuasa dan kos yang serasi dengan pengerahan volum tinggi pada pasaran,” kata Tomomitsu Maoka, Naib Presiden Kanan, Naib Pengurus Besar, Unit Perniagaan Penyelesaian Automotif dari Renesas. “Gabungan teknologi pergabungan penderia dan teknologi LiDAR LeddarTech dalam model platform terbuka dan teknologi Renesas V3U R-Car akan membantu pelanggan kami membangunkan penyelesaian nilai tambahan dan dibezakan dalam pasaran ADAS & AD yang berkembang pesat ini.”

“Renesas ialah peneraju pasaran dalam pemproses automotif,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “Kerjasama kami pada projek ini mempercepat pengenalan sistem ADAS yang lebih selamat dan cekap kos kepada pasaran yang menawarkan pengalaman pengguna yang dipertingkat.” Beliau meneruskan, “penyelesaian ini juga mendayakan perisian untuk platform ADAS & AD yang boleh dilanjutkan dan dinaik taraf, mempercepat inovasi dan kitaran pembangunan seterusnya.”

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh dari Tahap 1 hingga 5. Platform ini dikerahkan secara aktif di dalam aplikasi kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh ditemui di www.LeddarTech.com, LinkedIn, Twitter, Facebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: 

Daniel Aitken, Naib Presiden, Pasaran Korporat Global, Komunikasi, dan Pengurusan Produk

LeddarTech Inc. 

Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232 

daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/30a8ef9b-3c38-4703-b9e6-e1251363d593/ms

Log masuk atau cipta satu akaun percuma selamanya untuk membaca berita ini